Semasa hadir di majlis Rumah terbuka Alumni TBSST Ahmad Fadzil Yassin di Sungai Buloh pada Hari Raya Aidilfitri (tarikh tak ingat) bersama-sama tetamu lain. Kelihatan Allahyarham Zainal Jani (dua dari kanan), Abu Aman Bachik di sebelah kananya. Produser TV3, Zilan Abd. Rahman (kanan sekali), Rashid Ahmad (tiga kiri), Wahba (kedua-duanya daripada Utusan Melayu dan Abdul Ahmad dari Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beliau ke
Kolej Teknik KL, saya ke Kolej guru, di Brinsford Lodge, England. Lepas itu
kami putus hubungan. Tak tahulah sama ada beliau dapat diploma KT ke tidak.
Apabila ketemu semula ketika beliau jadi Setiusaha Khas kepada Datuk Rais Yatim
tak pernah pula saya bertanyakannya. Masing masing take things for granted
sahaja. Satu perkara yang saya tahu ialah beliau memang banyak pengalaman bekerja.
Sebab pun saya katakan begitu kerana beliau pernah bertugas menjadi juru
propaganda Jabatan Penerangan. Beliau
lama dalam Jabatan ini.
Kemudian beliau bertugas di firma swasta, beliau
diambil oleh Menteri Besar Datuk Rais Yatim sebagai setiasusaha tugas tugas
khas. Selepas Datuk Rais tidak menjadi MB lagi saya pun tak tahulah apakah
tugas Zainal ni. Sebab beliau pun telah Ke KL. sedangkan saya masih lagi di
Tampin.
Semasa hayatnya yang boleh saya ingat, beliau
seorang yang sangat periang. Kata katanya bernas penuh makna dan klisye.
Bahasanya banyak berkias. Dan kadangkala penuh jenaka.
Memori
akhir peninggalannya buat saya ialah keriangan yang dilahirkannya melalui
telefon, apabila beliau memberi tahu bahawa anaknya yang bongsu, kok tak silap
saya, telah selamat balik dari India sebagai seorang doktor perubatan. Ternyata
dari perbualan telefon kami itu beliau sungguh berbangga dan bersyukur atas
kejayaan anaknya itu. Semasa hayatnya juga setip kali beliau akan akan ke HKL
untuk rawatan kimoterafinya beliau akan sms saya memberi tahu tentang
rawatannya. Kemudian setelah habis rawatannya beliau juga akan sms saya rawatan
kimonya telah berjaya. Anehnya di saat akhirnya tiada lagi sms-nya saya terima.
Dan langsung tidak terduga oleh saya kenapa sms saya tidak di jawabnya.
Biasanya apabila beliau menerima sms saya beliau
akan menjawab dengan menalifon saya. Rupa-rupanya keanaehan ini terjawab ketika
sohabat-sohabat menalipon handsetnya dari rumah Anjang Zahriman, Khamis 23 Ogos
lalu. Alangkah terperanjatnya saya apabila Hj. Mohd Zain Mohd. Yassin menalipon
saya mengatakan beliau telah pergi menemui Allahnya sekitar lima bulan yang
lalu. Al-Fatihah!
Catatan AAB.
25.08.2012. 22.48 mlm
Ketika Datuk Seri Dr. Rais Yatim tidak lagi dalam Kerajaan dan menjadi salah seorang pemimpin Parti Semangat 46 dahulu Allahyarham datang menemui saya di Penerbit Fajar Bakti bertanyakan peluang "job" percetakan untuk Datuk Seri. Allahyarham mewakili Datuk Seri menjemput saya makan tengah hari bersama Datuk Seri di sebuah hotel terkemuka di Jalan Raja Laut. Ketika itu saya bertugas sebagai Pengarah Penerbitan 1 di Fajar Bakti. Dalam perjalanan menuju ke restoran hotel itu dari pejabat Datuk Seri , Datuk Seri bertanya apakah saya tidak segan berjalan seiring dengan pemimpin parti yang bukan dari Parti UMNO. Saya hanya tersenyum tetapi Allahyarham mencelah "Kami bukan daripada mana-mana parti, kami apolitical. Datuk tak usah risau tentang kami." Sampai hari ini saya masih tidak dapat melupakan celahan Allahyarham itu. Dan semasa kami menjamu selera, tidak putus-putus orang datang bersalaman dengan Datuk Seri dan Allahyarham. Ternyata semua yang ada di tempat makan di hotel itu mengenali Allahyarham. Ini satu pengalaman berharga buat diri saya sebagai orang biasa. Menumpang tuah daripada nama besar Datuk Seri Rais Yatim dan pembantunya Allahyarham Zainal Jani.
ReplyDeleteAl-Fatihah...
ReplyDeletePergi yang takkan kembali lagi. Al-Fatihah...
ReplyDeleteBoto-boto sodeh dan tohaghu bilo baca cito Arwah kito ini. Nak naghis dibuek eh. Walaupon den tak ghapat bona dongan arwah, tompi sonyum dan kotawo eh molokek sampai bilo2. Tak dapeklah en nak caghi ganti.Al-Fatihah sobat den...
ReplyDeleteDah tigo dah kawan ese yang poi dulu. Mulo-mulo arwah Zainal Shariff, kawan sokolas daghi Kolomak, Pulau Sobang, poi wktu mudo kek London. Komudian arwah Zainal Mohd Dom, tingga kek Soromban, terakhir jumpo kek ghumah AAB di Putra Height, nikah anak AAB tahun 2003 dan ini a'ah arwah Zainal Jani, kawan baik sojak arwaj jadi oghang kuek Datuk Rais Yatim waktu kojo kek pejabat MB di Soromban. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga arwah semuo.
ReplyDeleteKenkawan somuo, den lihat grup Alumni TBSST ini dah moncocah lobeh 50 oghang anggota. Kigho2 dah godang tu. Macam mano kalau kaghang ini den cadangkan kito kono kona pasti sapo-sapo yang dah dapek pekej, maksud den dah kono hinggap penyakit baik anak mahupun moreko sondiri kito ziarah mereko. Kalau pun ahli-ahli sogan nak cakap dio ada pekej kito kona pasti daripada batch mano mereko borado. Kita ziarahi mereko. Kito boleh muloan dengan anggota dari bec yang paling senior. Dalam senarai Zain tu yang paling senior adalah dari bec 1957. Zain boleh kordinet dan kito mintak izin ghayo ko ghumah moreko. Ini satu bakti jugak. Kalau ada bec yang lobih lamo daripda itu bagus gak, tak kirolah samo ada oghang senior ini dah jadi ahli ko bolom. Yang den ingat ado boborapo oghang yang den anggap lobeh senior daripada bec 1957. Kek Tampin ado sorang, den panggil dio Pak Udo. Komudian ada kakak Salleh Somen, ada duo kakak eh. Cumo den tak pasti dio oghang ini sekolah TBS ko atau URES. Raso eh TBS. Lopeh itu ada Cikgu Azahari daripada Mawardah, Soromban. Ghaso-ghaso eh dio ini dulu mantan ADUN NS daripada PAS.Den jumpo dio kek Tampin (ghumah oghang nikah) dah botungkek dah. Kito kono pasti an. Ghumah eh kek Koto yo.Den tak pasti samo ado TS Rashdan Baba ponah sekolah Tampin dulu atau tak tapi elok gak kalau ada yang tanyo-tanyo an dio ni. Komudian ada mantan Pramugari MAS yang kono ponyakit lupus (rare disease) macam anak Ibrahim Said (bec 1962) yang sudah arwah setahun duo ini. Ado juga Fahil Tera, anak eh kono ponyakit rare didease gak , baghu moningga sobulan duo ini. Mungkin Datin Ruhani balu arwah Datuk Ismail Anbia tahu coroto ini. Den fikir kalau kito buek aktiviti ini grup kito ini akan lobeh mantap. Den kigho Ahmad Fadzil Yassin mungkin tahu ogang2 ini. Kalau boleh Zain dapek boghubong dongan oghang2 in baguih gak.Salam
ReplyDeleteW.salam Anonymous 27 August 2012 16:34 Den sotuju bonar dgn cadangan/pandangan ekau tu. Den willing utk mengumpulkan data-data berkaitan oghang-oghang TBS yg menerima dugaan tuhan sedemikian. Kito kono play by the ear - sesiapo ajo ado nongar kngkawan kito yg dah dapek 'pakej', panjangkan info tu kek den, Fadzil atau Zahriman. Dari situ bulehlah kito selidik info lanjut laie. Bak kato ekau, biarlah tidak terhad kpk ahli TBSST ajo. Malahan den fikir biarlah tak juga terhad kpd satu kaum ajo. Selagi dio tu ex TBS, kito ambik kigho. Anyway, haghi ni adolah permulaan hasrat kami utk menjongok kngkawan ex TBS kito yg dah adao 'pakej' Jam 11.00 pgi ni kito dn kngkawan yg sudi, akan poi Behaghi ghayo/melawat Abu Aman Bachik '61 kek Putra Heights, Subang Jaya. Dio ni sobolah kaki eh dah jadi Million Dollar Man dek diabetes. Lopeh tu kami nak poie ghayo/melawat Khalid Rahman '63 kek Tmn Setiawangsa, KL. Dio ni 'pakej hebat: tigo kali seminggu poie dialysis kek Ampang Putri, mato dah ghabun, tak buleh nak meghayau-ghayau sendiri. Lopeh tu cadang nak poie tengok Ishak (tahun'65?) kek Bandar Tun Razak, KL. InsyaAllah lah, ghaso eh ghamai yg setuju dgn cadangan/pandangan ekau ini. I fully agree, let's do something meaningful selain merapatkan silaturrahim dan bercerito-cerito sesamo kito.
ReplyDeleteTerimo kasih banyak Anonymous 27 August 2012 16:34. - MZMY
Abuaman bachik. La kan melawat orang ado pekej tu suruhan ugamo kito. Itu lailah menghubungkan silaturrahim yang afdhal. Nyongok orang sehat pun di tuntut. Nyongok orang orang yang ada pekej lailah baik. Mano tau ngan lawatan kito tu dio jadi lobih ceria. Dio terus segar semula dengan izin Allah jua. Se raso ini lobih memberi nilai tambah kepada alumni kito ni. Macam se semalam, betapa besar nya raso hati dengan kehadiran sudara sudara ke teratak saya. Betapa rasa dihargai diri ini apabila di kunjungi oleh kengkawan yang entah berapa lama tak bersua muka. Usha ziarah menziarah ini amat wajar di semarakkan dan disubur bugarkan. InsyaAllah
ReplyDelete