Cikgu Abu Aman Bachik (kiri) di Reuni TBSST di Kedai Kopi. Shah Alam pada 1 Mei 2012 yang lalu. Beberapa alumni wanita TBSST turut bertanya khabar akan keadaan Cikgu Aman. Cikgu Abu Aman telah mengajar selama 33 tahun 3 bulan sebelum bersara.
Pada Januari tahun 1954, setelah mengucapkan selamat tinggal kepada sekolahku, Sekolah Melayu Nuri, Air mawang, Johol, maka berpindahlah aku ke Government English School, Tampin, yang jauhnya 10 km dari rumahku. Aku memasuki Special Malay Class One di GEST, barmulalah aku menerima pendidikan Inggeris mulai pada tarikh itu bersama beberapa orang kawan sekelas dari Sekolah Nuri. Aku terpilih ke SMC itu pun adalah atas jasa guru yang amat ku kasihi, Cikgu Ismail Haji Saad, yang telah melihat potensialku untuk berjaya.
Pengalaman pahit ku sebagai seorang murid dari kampung yang ulu ialah di usir dari kelas oleh beberapa rakan sekelas yan duduk bersebelahan ku. Mereka ini dari Sekola Melayu Repah. Mereka tinggal berjiran di bandar Tampin. Mereka memang biasa bersama dan bapa mereka pun adalah penjawat kerajaan di Tampin. Jadi mereka menganggap diri mereka lebeh serba serbi dari aku yang langut yang datang dari kampung. Demikianlah penampilan sulungku pada pandangan mereka yang dari bandar ni begitu lekeh sehingga sanggup mereka menghalau aku balik ke sekolah lama.
pengalaman pahit yang pertama ini membarakan azam aku untuk cemerlang menamatkan tanggapan kenalan sekelasku yang cukup bongkak itu. Nyata setelah keputusan peperiksaan kali pertama diketahui mereka tiada lagi memandang hina terhadapku.
Keputuasan peperiksaan kali pertama itu, alhamdulillah dapat ku kekalkan sehingga akhir zaman persekolahanku di TBS. Dalam zaman persekolahan ku di TBS aku alhamdulillah telah mengalami beberapa peristiwa pahit mannis yang lain. Pernah semasa aku di Tingkatan Dua, aku di tampar oleh seorang guru sehingga terpelanting cerminmataku. Mujurlah ia tidak pecah. Ini adalah kerana salahku sendiri kerana tidak fokus kepada apa yang diajar oleh guru itu, padan muka aku.
Satu lagi episod dalam zaman persekolahanku yang tak mungkin akan kulupakan ialah satu jangkamasa di mana aku sungguh syokkan seorang awek dalam kelas junior darku sehingga pelajaranku merosot kerana tiada tumpuan belajar, asyik tergilagilakan awek ini. Apa yang menyedarkanku ialah keputusan peperiksaanku yang merosot. Ia membuatku berfikir jika aku terus menggilai awek ini, aku akan menjadi sampah masyarakat. Sedangkan anehnya awek itu tak tahupun yang aku menggilainya. Allah masih terlalu sayang kepadaku kerana aku di sedarkan dari episodku yang sia sia ini. Syukur. Dan pengalaman ku ini amat berguna bagi ku Sepanjang aku menjadi guru dan dalam membesarkan anak anak ku. Aku melarang anak anak muridku dan anakku sendiri terjebak seperti yang berlaku kepada ku sekiranya mahu sentiasa berjaya dan fokus dalam pelajaran. Ramai murid ku yang meneladani pengalamanku. Dan aku bersyukur kerana anak anakku empat orang semuanya semuanya memilih pasangan mereke ketika di universiti.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin, dulunya dikenali Government Primary English School Tampin. Di tempat ini dulunya terletak kantin sekolah yang dinamai "School Tuck Shop".
Satu lagi episod yang amat ku syukuri ialah peristiwa aku di lantik menjadi School Captain. Anehnya aku bukanlan pelajar yang terbaik untuk layak dilantik menjadi ketua sekolah tu > Tapi hanya sekadar tiada pelajar lain yang lebeh layak lagi. Aku tak ubahlah seperti, pabila tiada rotan bergunalah akar. Ini kerana pelajar yang best best, seperti Md Akbar Baba, Ridzuan Md Piah (Allahyarham) dan A Subramaniam semuanya telah berjaya ke Royal Military College di Sungai Besi. Aku mencuba juga untuk ke RMC tapi kantoi. Itulah ranking aku. Aku kata pabila tiada rotan bergunalah akar, kerana aku ni kaki bangku, satu permaian sukan pun aku tak shine. Namun dilantik juga SC. tapi alhamdulillahlah aku maintain kecemerlangan akademik ku. Betapa tidak, aku satu satunya Melayu di TBS 1961, yang memperolehi dua satu: Division One for School Certificate dan Division One for Federation of Malaya Certificate. Tompi kecemerlangan takat tu jolah! Mendapat pendidikan tertiari dah tua. Melalui Rancangan Pengajian Luar Kampus, USM yang di promotekan oleh Tan Sri Hamzah Sendut, god bless his soul. Sedangka kawan kawan yan lain: Akbar terus dapat ijazah, Datuk Aris Abas terus dapat PHD, Dr zainal Said terus PHD, Abdullah Mulup terus buat ijazah, dan ramai lagi yang tak shine spm terus dapat ijazah.
Dalam episod hidup aku mengalami banyak kegagalan. Aku gagal untuk masuk RMC, aku gagal masuk Maktab Teknik, aku gagal masuk Maktab Pertanian dan aku gagal dalam cinta pertamaku sehingga aku merana dan sengsara. Mujurlah Allah memberiku kejayaan untuk jadi guru sehinggalah aku menikmati tahun tahun persaraan sehingga sekarang. Alhamdulillah!.
Satu perkara yang menarik juga untuk dinukilkan ialah,aku amat amat berbangga dan bersyukur kerana dikesan oleh arwah Cikgu Ismail Hj Saad sebagai seorang yang ada potensi untuk maju dan disekolahkan di TBS. Aku bukan sahaja memulakan pendidikan Inggeris ku disitu sehingga aku berjaya ke maktab di Brinsford Lodge, Wolverhampton, England, malah aku telah memulakan karier guruku sebagai guru sementara di TBS, disitulah mula bermesra dengan Tuan Zahriman Alias, Salleh Semin, arwah Tahirul Arifin dan arwah Shuha Hj Shukur, untuk mengingat beberapa orang, sebagai muridku. Di TBS jugalah aku telah mengajar, dan di TBS juga lah aku telah memegang batang kapur terakhirku kerana terpaksa bersara setelah tiga puluh tiga tahun tiga bulan aku menjadi guru. Pengkisahan ......
Pengalaman yang ditempoh penulis Abu Aman Bachik ini hampir sama yang dialami calon pelajar yang henak masuk sekolah orang putih. Maklumlah bukan sahaja tukar sekolah tetapi juga tukar bahasa pengantar. Dari sekolah Melayu ke sekolah Inggeris. Dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Dahlah begitu sebelum masuk kena buat test dahulu. Tak lulus kena terus dekat sekolah Melayu sampailah darjah tujuh untuk berpeluang ke maktab di Tanjung Malim jadi guru. Saya ingat pengalaman mengambil test (peperiksaan) di Sekolah Melayu Repah. Itu tahun 1954. Ketika itu saya masih di Sekolah Melayu Kota yang terletak di Kampong Perah. Alhamdulillah, lulus dan dapat masuk Government Primary English School Tampin.Kalau tak lulus saya akan ke Undang Rembau English School. Kena masuk Remove Class dulu dan kita rugi setahun.
ReplyDeleteReplyDelete