Allahyarham Zainal Jani (Batch 1961 TBS Tampin) ketika menyambut tetapu di Majlis Perkahwinan anak lelakinya di Taman Melawati tahun 2009. Kelihatan Zainal bersama Mohd Zain Mohd Yassin (Batch 1963).di majlis berkenaan.
Dengan penuh takzim dan rakaman rasa duka ALUMNI TBSST menyiarkan beberapa foto Allahyarham Zainal Jani (batch 1961 TBST) yang diabadikan Mohd Zain Yassin untuk kita hayati bersama. Zain merakamkan foto-foto ini pada majlis Perkahwinan anak lelaki Allahyarham di Taman Melawati. Tidak kita duga samasekali yang Allahyarham pergi tanpa kita ketahui akibat mungkin ceteknya akal budi kita untuk saling kerap berhubungan dengan Allahyarham dan keluarga.
Namun demikianlah, kita hanya dapat merencanakan tetapi segala-galanya dalam ketentuan dan genggaman Illahi jua akhirnya. Sebaik sahaja kami mendengar berita pemergian sahabat kita ini Khamis, 23 Ogos 2012 sekitar jam 4.00 petang , kami (Zahriman Alias, Zain Mohd Yassin, Karim Abu @Car Lim Aboo, Ahmad Fadzil Yasin dan keluarga hanya mampu bertafakur, berastagfirullah sambil mengucapkan Innalillah... Ketika itu kami berada di rumah Zahriman sempena Hari Raya Aidilfitri 1433 dan saling bermaafan. Terpegun, tersentak dan bungkan seribu bahasa merupakan reaaksi spontan kami.
Semoga Allah mencuri rahmat ke atas rohnya... Amin Ya Rabul Alamin!!
Kami sertakan salinan emel yang dikirimkan Zain Yassin kepada Blog Alumni TBSST seperti di bawah ini:
Fadzil,
Saya tak tahu macammana nak upload gambar-gambar ni kedalam
Blog anda berkenaan Arwah Zainal Jani kita. Jadi saya hantarkan gambar2 ini
melalui emel. Harap anda boleh gunakan
gambar2 ini di dalam blog anda. (Ada gambar yg saya telah edit supaya nampak
lebih jelas).
Saya dan isteri menghadiri majlis walimatul urus anak arwah
Zainal. Majlis perkahwinan anak (lelaki?) Zainal ini berlangsung
pada 27 Sep 2009. Bertempat di perkarangan Masjid Taman Melewati, Ulu Kelang,
Selangor. Semua urusan masak memasak/menghidang dll atas gotong royong
AJK masjid dan anak kariah.
Memang ramai tamu yg hadir. Jelas arwah ada ramai sahabat
handai (dan sdra mara). Arwah was his usual exuberant self and it must have been one
of his very, very happy days. Beliau tidak nampak macam seseorang yg menghidapi
penyakit yg kritikal (cancer).
Fadzil olahlah kisahnya utk tatapan kngkawan kita yg
mengenalinya. Terima kasih.
Alfatihah.
s.k. kepada AAB - kerana anda adalah rakan seperjuangan
arwah. Mungkin anda ingin menambah sepatah dua kata utk dimasukkan kedalam blog
AFY tu.
Suasana di Majlis Perkahwinan anak Lelaki Allahyarham Zainal Jani di Taman Melawati pada tahun 2009 daripada lensa Mohd Zain Mohd Yassin yang hadir meraikan Walimatul Urus.
Zainal Jani (kiri) dan Zain Yassin
Kedua-dua Pengantin Baru diapit para jemputan khas di meja "santapan".
Para jemputan yang hadir menambah seri majlis
Para jemputan yang datang dan yang pulang ketika Majlis meraikan dua pengantin.
AFY, Berbanyak-banyak terima kasih kerana memuatkan (mungkin) gambar-gambar terakhir arwah Zainal Jani bersama salah seorang kawan ex TBS nya, buat tatapan kawan-kawan alumni TBSST. MZMY.
ReplyDelete