Saturday, 22 September 2012

PESARA TUA BERTUKAR ARAH JADI PETANI


 
Zahriman Alias pesara tua yang kini menjadi petani
 
 Saya bersara pada tahun 2000. Bermakna kini sudah 12 tahun jadi orang pencen. Saya tinggal di Kg. Sungai Yu, Kuala Selangor. Kampung ini bukan tempat asal saya, malah saya langsung tidak ada saudara mara di sini. Penduduk kampung ini terdiri daripada 400 keluarga, yang rata-rata merupakan petani. Oleh itu memanglah saya rasa cocok duduk di sini kerana saya juga berjiwa tani. Saya mencebur diri dalam bidang sawit dan kelapa pandan.
 Malam tadi, hujan agak lebat. Memang saya ternanti-nanti tika begini, kerana kalau malam hujan, keadaan tanah sesuai untuk menabur baja. Oleh itu, pagi-pagi lagi saya sudah bersiap untuk mengambil baja bawak ke kebun. Ada dua tong semuanya. Baja yang saya guna pada hari ini bukan baja conventional, tapi "baja ajaib". Bubuh satu sudu (40 grm) sudah memadai untuk satu pokok sawit. Harga pun mahal, RM 20 satu kg.

 Jam 7.30 pagi saya dah sampai ke kebun saya yang hanya 1 km dari rumah. Mulalah saya menabur baja dari pokok ke pokok. Nampak mudah je, maklumlah hanya satu sudu untuk satu pokok. Tapi sapa nak buat sendiri, mungkin dia akan fikir 2-3 kali. Pertama kawasan luas, kira-kira 11 ekar. Bilangan pokok banyak, iaitu 660 pokok. Bayangakan anda berjalan mengendong baldi berisi baja di tiap-tiap lorong, dan tiap-tiap pokok seluas 11 ekar......memang memenatkan.
Tambahan pula, pokok-pokok sawit saya masih rendah. Daun-daunnya bergesel-gesel dengan badan dan kepala saya. Nak tau apa yang ada di atas daun-daun tu.....kerengga yang beribu-ribu. Jadi, masa saya membaja, sambil membaling baja, saya terpaksa terkitai sana terkitai sini, memicit kerengga dan menggaru bekas-bekas gigitan. Apabila kerengga masuk ke dalam baju, lagilah haru. Ada kalanya ia menggigit bijik mata.

 Namun semua itu dilalui dengan tabah. Alah bisa tegal biasa. Sebenarnya tidaklah lama mana saya bekerja untuk menghabiskan tugas. Tepat 10.00 pagi sudah siap membaja 600 pokok, iaitu dua jam setengah bekerja tanpa henti. Hanya tinggal 60 pokok yang belum siap, itu pun disebabkan saya kehabisan baja. Besok pagi bolehlah sambung lagi.
 Kerja jadi petani ni sebenarnya sangat menyeronokkan. Pertama, ia memberi kepuasan tidak terhingga kepada kita, melihat pokok-pokok yang ditanam sendiri tumbuh membesar hinggalah mengeluarkan hasil. Hasil berkebun ini jugak sebenarnya sangat lumayan. Dulu saya tidak pernah terfikir begini. Dulu saya sentiasa sangka orang-orang kampung yang bercucuk-tanam itu sengkek belaka. Sekarang baru tahu hasil pertanian memang lumayan. Pokonya, kita rajin...

 Contohnya, Kebun dua ekar belakang rumah yang saya tanam kelapa pandan. Hasilnya sebulan hampir sama dengan duit pencen saya. Juga, hasil kebun-kebun sawit yang saya usahakan secara peribadi tanpa bantuan pekerja sedang menghasilkan buah sawit 10-12 tan setiap bulan. Itu pun dengan keadaan pokok sawit saya masih muda dan belum matang. Kalau sudah matang, hasilnya boleh berganda berbanding sekarang. Namun kerja-kerja memetik buah sawit kena saya serah kepada kuli Bangla. kerja itu memang tidak terbuat oleh saya.
 Seperkara lagi, apabila kita jadi petani, duit tidak putus kerana hasil pertanian sentiasa ada. Pokok sawit sentiasa berbuah, walau kadang-kadang ada masa-masanya buah lebat, kekadang buah kurang.

 Saya berasa sangat bersyukur kerana telah terbuka ruang di hati saya untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian. Bukan sahaja ia membawa kepada keuntungan, malahan juga ia memberi kepuasan kepada diri saya.
 Kawan-kawan pula bagaimana? Tak berhajat nak berjinak-jinak dengan pertanian ke? Jangan takut....tak berat mana kerjanya. Pagi tadi jam 7.30 saya mula kerja tabur baja, pukul 10.00 siap tabur. Saya terus balik rumah mengadap komputer (belum mandi lagi), , sekarang jam 11.25 pagi saya dah siap cerita untuk diposkan buat tatapan kawan-kawan semua. Nukilan Zahriman Alias, 23 September 2012.

13 comments:

  1. Tahniah, sebuah penghijrahan yang menjanjikan hasil lumayan. Badan pun sihat kan. Kenkawan, bilo laie nak jadi macam pesaro tuo ini. Tapi ese ghaso, hati dn jiwonyo masih mudo.

    ReplyDelete
  2. I like it, I like it, Menteri Pertanian dan Asaa Tani mesti suko ini. Syabas orang tuo yang bojiwo mudo. Boleh pakai laie kot aponyo tu!

    ReplyDelete
  3. Itu buah apo yang dipogang tu. Bosongirip nampak eh. Buah longan ko?

    ReplyDelete
  4. Haaa....buah yg sei pogang tu buah longan pingpong namo eh. Buah sodap, bosa2 macam pingpong. Kek kodai lon ado jual buah macam tu.

    Montori Asas Tani.....haaa, dio memang dah konal sei. Ompek bulan lopeh Dato Noh Omar datang kek rumah jiran sei, dio ketuo Cawangan Umno. Torus sei ulorkan longan pingpong sei.....dio tokojut nengok eh, buah bosa2!!. Lopeh tu dio nampak pokok nior sei....dio tanyo tanah berapo luas dan brapo dapek hasil sebulan. Sei kato, tanah 2 ekar, hasil sei pasarkan sendiri dapek 3k sebulan. Torus dio jalan kaki datang rumah sei bawak rombongan dio sekali, dokek 30 orang....kato eh nak tengok konsep pertanian esei......huih....kan men jobo raso eh doh. Maso tu pemberita pun ado, toruih masuk paper Sinar 2 kali dan masuk TV sekali. Kombang kuncup idung den dibuek eh.....

    ReplyDelete
  5. Aponyo tu masih handa....handa. Kon kurang morkah lg doh.

    ReplyDelete
  6. Montoghi Pertanian dan Asas Tani apo? 2-3bulan yg lalu YB. Datuk Seri Noh bin Omar dah sampai ghumah ZA, makan buah longan ping pong dan minum air neo mudo pandan eh! Kok caghi dlm fb TBSST ado gambar eh tu. (MZMY)

    ReplyDelete
  7. Haa Kan dijawab sendighi dek ZA - pasal Montoghi Pertanian tu! (MZMY)

    ReplyDelete
  8. Habibah Manaf: Tan Sri Norian Mai mantan Ketua Polis Negara adalah yg sgt ketara berjaya dlm bidang tersebut juga Bro... Telah beberapa kali dianugerahkan Petani Modern of the year...

    Zahriman Alias: A ah, tak boleh lah nak lawan Tan sri tu.....kita ni berjaya tarap kampungan saja.....

    ReplyDelete
  9. Tahap kampongan pon bayangkan montoghi datang bokunjong ko ghumah ZA. Makan buah laie. Nasib baik buah pimpong itu boleh makan, kalau tak boleh takkan nanyo dibuek eh. Nak tanyo ko oghang banyak buah-buah, buah mano yang tak boleh makan, tapi boleh pandang yo...

    ReplyDelete
  10. Ese, bukeh cikgu kepada petani tuo yang ponoh berjayo, yang hebat dengan pencapaiannya, di atas tu, berasa sungguh bersyukur dan berbangga, keatas azam dan kegigihannya. Saya katakan begitu kerana pertama dia bekas pelajar saya yang di ketukan oleh fb ini setelah berpuluhpuluh tahun tak dengar kabar berita; kedua berbangga kerana beliau berbudi kepada tanah, dan beliau mengusahakan kebun kebunnya dengan kudrat aAllah yang menganugerahkan beliau tulang yang emat kerat itu. Saya telah pergi kerumahnya. Selain di jamu makan, biasalah kita OM, mana kurang makan, beliaubtelah membekalkan saya ketika nak balik , dengan kelapa pandan, buah durian belanda, longan pimpong , yam kampung siap berproses, dan telur ayam kampungnya sekali. Demikian menifeestasi dan tanda terimakasih seorang bekas pelajar kepada bekas cikgunya. Saya kerumahnya kerana menjemput nira nipah masam, secara kebetulannya. Bukanlah sebagai ziarah biasa. Disamping itu saya telah berkereta melawat kebunnya, memang hebat bekas pesara polis yng berpangkat godang ini. Saya bersyukur di ketemukan semula dengan petani tua yang sentiasa berbudi ini, Syabash!!!!

    ReplyDelete
  11. Inilah hebatnya anak Penajih ini. Ese bilo donga cito dio, ese ghaso takjub. Dalam polis dulu handa dio sampai boleh tangkap kriminal yang berkait dongan espionage luar negara. Dalam hal dio tukar profesion tua jadi potani, mungkin apo yang diperoleh itu lobih daripada pencen dio. Apo tak handa. Ponajih oh ponajih. Hebatlah kau molahirkaan anak yang boto-boto handa. Tak nyosa omak eh molahirkn dio. Kalu ese macam dio ese buek ofis penyiasat persondirian, nangkap oghang yang tak boto.

    ReplyDelete
  12. Timo kasihlah ateh kato2 omong kalian.....janganlah terlobeh bona angkek eh, goyau pulak raso eh. Tapi biarlah sei koba, sei memang minat bertani. Di peringkat awal dulu sei bukan sajo minat, malah ghairah hinggo jadi obsessed. Maso di Gerik, sei banyak boli kobun sobab rogo eh murah bona, topi jalan rayo bosa pun dalam 10 ribu yo se ekar. Sei poi kawasan Taiping, tengok orang yg ado pokok asam gelugur, dio orang boleh dapek hampir 2 ribu inggit dari satu pokok gelugur dalam satu musim. Mako sei tanam hampir 600 pokok gelugor. Malangnya projek tu gagal 100% sobab takdo pengalaman dan terlalu ghairah bubuh bajo banyak2.

    Dari segi pendapatan memang sei akui, jadi petani jauh lobih lumayan berbanding jadi OCPD. Kojo eh pulak jauh lobih sonang dari jd OCPD. Kalau sapo ingin nak cubo pulak, silokanlah......hanyo nijam tanah dah terlalu mahal hinggo tak terboli. Sei dulu, tahan sei teroka tanah kerajaan dalam hutan untuk bertanam. Sampai sekarang, selepas 18 tahun sebahagian tanah saya masih belum bergeran......tapi tak apo, geran tak ado, hasil totap ado.......

    ReplyDelete
  13. salam encik..saya pelajar dari UiTM Puncak Perdana ditugaskan untuk menemuramah petani modern yang belum dibukukan lagi kisah mereka..jadi saya memilih encik utk kami menemuramah bagi menjalankan kerja kursus kami ni..jadi kalau tidak keberatan, boleh tak encik tinggalkan nombor telefon encik di email saya utk lebih senang kami berurusan terus dgn encik.

    email : ain_diyana91@yahoo.com

    ReplyDelete