Friday, 24 August 2012

ZAINAL JANI: POIE YANG TAK PULANG LAIE! AL-FATIHAH...



Arwah Zainal Jani. Foto ini dirakamkan di Majlis perkahwinan anak Abu Aman Bahik di Putera Heights pada 25 Mei 2003.

Saya sempat mengabadikan beberapa keping gambar Arwah ketika menghadiri Majlis perkahwinan anak sahabat rapatnya Abu Aman Bachik (AAB) di rumah AAB di Putra Heights, USJ, Petaling Jaya. Itu pada 25 Mei 2003.
Ketika kami ziarah raya di rumah Zahriman Alias di Kuala Selangor Khamis lalu, kami merancang untuk ke rumah Arwah di Taman Melawati setelah berziarah raya di rumah AAB di Putra Heights. Mohd Zain menghubungi rumah keluarga Zainal namun jawapan yang diterima Zain memeranjatkan kami. Kata Zain, “Zainal sudah pergi.” Kami semua tersentak, tak dapat berkata-kata. Hanya suara kecil “Innalillah…!  Sahaja yang dapat kami ucapkan. Kami mendapat tahu bahawa Zainal telah pergi buat selama-lamanya lima bulan dulu. Ini bererti Zainal telah menjadi arwah kia-kira bulan  April 2012.
Gambar Kolaj Majlis Perkahwinan anak Abu Aman Bachik di Putera Heights 25 Mei 2003. Kelihatan Zainal  Jani (empat dari kiri) bergambar ramai dengan Alumni TBSST. Isteri Zainal (kiri sekali) turut sama hadir dalam majlis berkenaan. Cikgu Zainal Mohd. Dom (No. 3  dari kiri)

Hanya takziah dapat kami ucapkan kepada keluarga Arwah. Kami kira Zain orang terakhir dapat menemui Allahyarham. Sahabat rapat, AAB pun tidak menyangka yang Zainal telah pergi. Ini dapat kami fahami ketika Zain menghubungi AAB untuk menyampaikan berita duka itu.
Arwah Zainal mula saya kenal rapat ketika Arwah bertugas sebagai pegawai Khas kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Rais Yatim pada tahun-tahun 1978 -1982. Pernah beberapa kali saya ke rumahnya di kawasan Taman tasik Seremban, terutama pada Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu pula Zainal aktif dalam Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).

Setelah Datuk Rais pindah bertugas dalam Kabinet Persekutuan, Zainal khabarnya menceburi bidang perbankan dan bertugas sebagai Pengurus  Pembangunan Dagang di Bahagian Hal-Ehwal korporat di salah sebuah bank terbesar di Kuala Lumpur.  Tidak lama beliau di situ kerana kami difhamkan beliau mengambil keputusan untuk bertugas pula di sebuah syarikat penerbitan beberapa ketika. Tidak pasti bila Zainal meninggalkan kerjayanya kerana apa yang difahamkan kesihatannya tidak mengizinkan. Keluarganya memklumkan Arwah menjalani  by-pass jantung  tiga tahun lalu. Pertemuan di majlis perkahwinan anak AAB di Putra heights dalah kali terakhir saya bertemu dengannya. Ketika itu turut sama meraikan majlis ialah Akhbar Baba dan Zainal Mohd Dom, kedua-duanya Alumni TBSST, Zainal  Mohd Dom sama bec dengan saya pada tahun 1962. Sementara Arwah sama bec pula dengan AAB (1961).
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Amin Ya Rabul Alamin! 

2 comments:

  1. Ini komen dalam facebook yang dibuek sobolun ghayo. Kita dah plen nak poi ke rumah anggota alumni bec 1961 ini, tapi kita hanyo dapek moranchang, yang menentukan Tuhan Yang Maha Esa:

    ghisau yo dibuek eh. tulah sobab eh kalau boleh nek jongok2 apo koba eh kek melawati tu. Nantilah ese plen lah dongan zain ngan zahriman camno cagho eh. Lobih baik lobih copek, kalau semuo stuju kito poi dalam bulan poso ini pon tak apo doh.

    August 2 at 10:47am • Like.

    Zahriman Alias Elok lopeh rayolah...hari2 kojo pun takpo, kito tak kojo.

    August 2 at 10:50am • Like.

    Ahmadfadzil Yassin Insya-Allah bolehlah kito plen an. Nanto ese cubo koba an kek kenkawan yang duo oghang ini, cek bilo dio oghang free.

    August 2 at 10:53am • Like.

    Ahmadfadzil Yassin Kito tanyo zain bilo dio lapang dan kito caghi masolah. Koompek-ompek kito dah pencen kan.

    August 2 at 10:55am • Like • 1.

    Abu Aman Bachik Pencen sumo eh koh. Ado yang lon pencen sumo he lai. Se ingat elok kito poi hari rayo sok. Poso ni kurang best sikit lah. Kok ado yang buek lawak pun nak golak bebosa kurang lah pahalo. Lok lopeh rayo lah kan.

    August 2 at 11:02am via mobile • Like.

    Ahmad Fadzil Yassin yang bolon pencen somuo eh tu kito tak boleh cakap kaghang ini . Kan poso. apo pon lopeh ghayolah, kito plen

    August 2 at 11:15am • Like

    ReplyDelete
  2. Apo nak dikato, semuo ini kehendak Allah juo.

    ReplyDelete