Thursday, 20 September 2012

DIARI HARIAN ABU AMAN INSAN SI KUDUNG




(Sebelum saya meneruskan pengkisahan, katahuilah pembaca, bahawa nukilan ini dicarek bukanlah untuk menagih simpati atau rasa  kesian belas sebagai respon dari pembaca sekalian. Tujuannya dinukilkan adalah semata-mata untuk informasi dan iktibar; mana yang sesuai dijadikan informasi dan iktibar bagi pembaca. Terima kasih. aab).

 
Bahagian kaki yang terlibat amputasi
 Pada bulan April 2008, saya telah ke pusat pakar mata, di International Specialist Eye Centre, di Mid Valley City, Kuala Lumpur untuk rutin check-up mata saya, yang telah rosak di mamah oleh diabetes. Dari ISEC berjalan kaki ke perhentian teksi jauh juga. Sesampai di rumah saya dapati di celah ibu jari kaki kanan dan jari telunjuk kaki telah meggelembung. Mungkin oleh kerana berjalan masa hendak mendapatkan teksi tadi.
 Setelah beberapa hari disapu minyak dan ointment gelembung tak serap. Saya telah pergi ke Klinik Aman di Alam Megah untuk mendapat rawatan. Saya d beri antibiotik untuk lima hari beserta ubat lain. Namun gelembung tidak juga kempis. Hari yang ke enam saya ke klinik lagi. Setelah dilihat doktor akan gelembung itu, dia nasihatkan saya supaya berjumpa dengan mana-mana doktor pakar orthopedik. Saya pun pergi ke SDMC, berjumpa dengan Datuk Dr Anuar Onah.

 Gelembung dipecahkan dan di beri antibiotik lagi untuk dimakan selama lima hari lagi. Kudis pun didressing, dan saya pun baliklah ke rumah. Setelah lima hari pergi lagi ke SDMC. Kudis didressing lagi dan hari ini doktor mengingatkan supaya kaki ynag berdressing itu tidak dikenakan air, sambil doktor memberi kata perangsang, "Ah ini tak ada apa-apalah pakcik, pakcik boleh daki gunung Kinabalu ni."
Dengan kekata doktor itu saya pun meninggalkan Sime Darby Medical centre dengan penuh harapan dan senang hati.

AAB menunjukkan kaki palsunya kepada member dalam REUNI TBSST 1 Mei 2012 yang lalu di Kedai Kopi Shah Alam. 
 

 Saya tidak amanah. Saya tidak menurut nasihat doktor. Saya buka dressing kaki sendiri dan buat dressing balik selepas tiap kali berwuduk untuk bersolat. Hati kecil saya berkata, “Takkan apa-apa kena air kerana berwuduk. Saya degil, saya ingkar nasihat doktor. Mula-mula kena air tiada kesan apa-apa. Selang beberapa hari keadaan kaki saya bertambah teruk. Oleh kerana saya pengidap kencing manis yang kronik deria rasa kaki saya tiada lagi. Saya langsung tak merasa sakit atau denyutan apa apa. Rupa-rupanya setelah nasi menjadi bubur yang teruk, barulah saya tahu bahawa air paip sarat brerkuman. Saya tak menyangka begitu sebab air paip telah dirawat. Demikianlah ceteknya ilmu saya dalam hal ini.
 Satu hari anak saya yang juga jiran sebelah pintu saya datang. Dia melihat keadaan kaki saya yang bengkak menonoi. Jam itu juga isaya dipaksa ke SDMC. Tiba di sana sebelum dirawat doctor, staff nurse (sn) bahagian emergency  membersihkan kaki saya.  Pada masa membersihkan kaki saya itu, sn tadi memasukkan kira-kira  satu meter gauze ribbon ke dalam kaki saya. Rupa-rupanya gelembung yang asalnya lecet kecil sudah berlubang, bonyo dan luruh dagingnya. Apabila dilihat doktor bertugas malam itu, demikian keadaannya kaki saya, saya terus dimasukkan ke wad.

 
 
Gambar kolaj majlis perkahwinan anakanda Abu Amaan Bachik di rumahnya di Putera height. Kini hanya tinggal kenangn bagi seorang insan OKU seperti Abu Aman

Setelah seminggu dirawat dan diperiksa keadaan kaki saya tidak juga beransur baik. Saya akhirnya dibawa ke operation theatre untuk dipotong kaki yang bermasalah itu. Pernah semasa dalam rawatan saya telah black- out dan koma seketika sehingga telah diumumkan  melalui PA system SDMC bahawa someone is in the blue.
 Selepas kaki saya kudung, saya bisikan kepada isteri saya, "Life will never be the same again."

 Memang benar. Mana nak sama lagi. Kaki dah tinggal sebelah. Sebelah lagi telah ditanam di tanah perkuburan di Seksyen 21, Subang Jaya.
 Kalau dulu ada apa-apa repair kecil seperti menukar bulb lampu,  semua dibuat sendiri. Kalau ada kepala paip rosak semua ditukar dengan yang baik sendiri. Kini (saya) tak berani lagi memanjat anak tangga dan tak berani lagi menukar kepala paip rosak. Sukar untuk membongkok dan menyangkung nak memulas paip wrench. Tak berani memanjat anak tangga takut tergelincir jatuh dan dimasukkan ke hospital lagi. Belanja operasi memotong kaki tempoh hari semua ditanggung oleh empat orang anak saya dan ber tek yan semua saudara yang bersimpati.

Dalam hal pemotongan kaki saya Allah jualah yang membalas budi baik empat orang anak saya: Abu Shahlizan, Anis Ciik Syuhada, Affizah jiran sebelah pintu saya dan anak bongsu, Azlin Suzana , yang tinggal serumah dengan saya. Mereka semua adalah anak-anak yang soleh dan solehah, Alhamdulillah wa syukran lillah ya Allah. Tak lupa juga dipohonkan keampunan untuk saudara yang telah ber tek yan, seperti Datuk Hj Sabri Ahmad dan Isteri Datin Jahara Yahaya serta Tuan Hj. Wan Hamidun dan isteri Hjh Puan Zaitun Hj Idrus.
Untuk yang lain dipohon kan juga  keampunan dari Yang Maha Esa, kerana telah mendoakan keselamatan untuk saya. Bayangkan kalau terjatuh, lagi belanja dipenrlukan untuk rawatan. Itu sebabnya saya tak berani lagi memanjat anak tangga. Untuk makluman rawatan pemotongan menelan melebihi 35k. Saya tidak ke hospital kerajaan kerana tiada persetujuan daripada anak-anak, kerana mereka telah mendengar kes-kes menunggu giliran untuk ke operation theatre, sehingga dibayar dengan nyawa pesakit.

Mana akan sama seperti dulu, kini solat atas kerusi roda, ke tandas adakalanya juga berkerusi roda atau bertongkat paut kaki empat. Dulu lepas berkereta ke mana-mana, kini berkereta di dalam kawasan kampung sahaja, memandu kereta auto dengan kendalian minyak dan brake  menggunakan kaki kiri sahaja. Mujur jugalah boleh memandu ke Hospital Serdang untuk rawatan berkala diabetes saya dan juga isteri. Ini,pun dah kira terpaksa untuk mengelakkan anak-anak terpaksa memohon cuti setiap masa untuk menghantar kami suami-isteri ke hospital.
 Kalau sebelum jadi oku, mandi dua kali sehari kini tinggal sekali sehari sahaja, kerana doktor menasihatkan supaya kaki palsu saya tidak di basahi air. Takut nanti berkarat. Nasihat doktor mesti diikuti kerana beliaulah yang menyokong JPA berbelanja untuk membuat kaki palsu saya yang mencecah harga RM 9000. Dalam hal ini saya amat terhutang budi kepada Dr. Saari  bin Mohammad Yatim, Doktor Pakar Rehabilitasi dan Ketua Jabatan ini yang sungguh-sungguh baik budi dan penyayang, terutama kepada saya. Macam-macam kemudahan diberikan kepada saya di samping memberi saya rawatan, tanpa bayaran sesen pun. Terima kasih Tuan Doktor!!!

 Kini di pasar raya pun saya jarang turun. Yang turun adalah isteri tersayang yang sentiasa berkorban. Beliaulah yang membelikan segala keperluan saya. Benar-benar bagi saya isteri saya inilah contoh isteri yang solehah. Semoga Allah yang Maha Penyayang juga mengiktiraf dan meredhai beliau demikian. Kalau dulu ke mana mana saya jarang ditemani isteri tersayang kini tidak lagi. Ke mana pergi beliau mesti ada disamping. Beliau tak sampai hati melepaskan saya sendirian, terutama di tempat yang terpaksa menggunakan tangga eskelator. Bimbang kalau-kalau saya tersangkut agaknya.

Seperkara lagi saya tak mampu berjalan jauh. Di samping sakit pinggang, saya takut kaki bengkak dan melecet. Pernah saya tak berhari raya tahun 1432 hijrah, kerana kaki melecet. Di samping itu tidak juga bertarawih di masjid kerana kaki yang kudung itu melecet, dan apabila ia lecet untuk sembuh memakan masa yang lama. Maklumlah saya adalah pengidap diabetes yang kronik. Bukan luka dan lecet kecil  saja lambat sembuh, diabetes saya telah memusnahkan segalanya.
Mata sebelah kanan dah hampir buta. Senjata sulit lumpuh seperti lintah kelaparan lakunya. Saraf telah dimusnahkan oleh diabetes. Berjalan jauh sakit pinggang. Mana tidaknya berat badan seluruhnya tertumpu di kaki kiri. Sedangkan yang sehat pun bila berjalan jauh ada kalanya sakit pinggang jua.

Kebanggaan sang lelaki terkulai jadinya umpama si mawar merah yang telah layu longlai, tanpa jirusan setitis embun pun layaknya. Demikian, demikianlah anugerah Allah kapada saya yang terlalu rakus mamakan apa saja, di kala muda dan remajanya. Nasi, nasi, nasi, saban hari, saban minggu, saban tahun. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Rutin nya sama. Nasi, nasi, nasi, siang malam pagi petang. Riadah nya tiada.
Sunnah nabi, berhenti makan sebelun kenyang tidak dihiraukan. Terimalah padahnya abu aman. Memang engkau sendiri yang tempah apa pakaian engkau sekarang. Usah dikesal usah ditangisi rezeki yang dikecapi kini. Nasi nasi nasi. Semasa di England pun nasi menjadi habuan. Sepanjang dua tahun di sana, nasi tetap jadi makanan rutinya. Agaknya itulah sebab diabetes saya begitu kronik sejak mula dihidapi 35 tahun lalu.

 Ni nak cito sikit pasal cinta seorang isteri. Bila kaki kudung tu melecet, ia melecet di hujung di tempat yang di amputate. Jadi saya memang tak dapat nak merawatnya sendiri. Yang menjadi jururawatnya ialah isteri tercinta, yang saban hari mencuci dan menyapu ubat, sehingga lecetan itu sembuh. Demikian pengorbanan seorang isteri yang amat setia.
 Pagi saya kini memang sudah berubah. Bangun sahaja dari tidur terpaksa menghabiskan lima ke sepuluh minit untuk memakai setokin setokin, empat lapis semuanya, lepas setokin pakai pula lining. Setelah itu barulah pakai prostesis ( kaki palsu) dan barulah boleh ke bilik air untuk menyempurnakan hajat dan berwuduk untuk menunaikan solat. Malam sebelum tidur demikian pula, lagi lima ke sepuluh minit, dihabiskan, untuk menanggalkan prostesis, lining dan setokin, menyapu lotion kepada si kudung pula. Barulah si kudung merebahkan diri untuk tidur. Begitulah rutinnya setiap hari.

Kini ke mana-mana dalam kampung ini, dan ke pasar raya atau pergi makan-makan di restoran, saya berkelambu sahaja. Jarang memakai seluar. Pakai seluar cerewet sedikit terpaksa tanggalkan prostesis.  Jika tidak kaki tak boleh masuk kakiseluar. Sebab prostesis itu tak fleksibel. Ia kaku sahaja.
 MasyaAllah, demikian tamatnya kisah sehari dalam hidupku. Akhirnya, ya Allah ampunilah segala dosaku, hambamu yang lemah ini, juga dosa kedua ibu bapaku, dosa isteriku yang makin hari makin menyayangiku sebagai seorang oku, dosa kesemua anak-anak ku, dosa sekalian orang mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat, dosa orang-orang yang  pernah kuzalimi dan dosa orang-orang yang pernah menzalimiku, ya Allah! ya Rahman! ya Allah ya Rahim, ya Ghafururahim! Perkenankanlah doa ku ini oh yang Maha Agung!!!  Nukilan aab 0815---21092012.



17 comments:

  1. Frank, full of resilience and sincere, with no-holes barred right from the start.AAb is a fighter and doubtedly an inspiration to many. I feel very touched and humbled by his narrative and not many people would have written with such frankness and psycholically prepared. And there is always the one and only Allah at his side. AAB, be brave and accept the challenges ahead. We will be with you sink or swim. Our TBSST members will be around just in case!

    ReplyDelete
  2. Sebuah kisah menyayat hati dan ceritera aebuah pengorban daripada seorang isteri tercinta yang mengenepikan keinginan duniawi dengan anak-anak yang memahami erti sebuah tanggungwab kepada ibu bapanya. Semoga Allah jua yang memberkati setiap insan yang menjadi anggota keluarga ini. AAB, semoga anda bersabar menempuh segala dugaan. kerana melaluiNya wujud hikmah yang tiada taranya. Simpati dari saya.

    ReplyDelete
  3. Cikgu kuarkan kisah ni buek saya rasa sodeh, raso simpati, lebih2 lagi raso takut.....sei pun penyakit cam cikgu jugak, diabetes. Dah lamo ngidap, dah lamo makan ubek, tapi bukan betambah baik malah saban hari betambah toruk. Sobab eh samo jugak macam cikgu, kedogilan sayo.....makan tak berpantang. Puehlah doktor nasihat, doktor marah, sei makan masih samo macam orang tak sakit jugak. Baru pagi td jumpo doktor Tg Karang, bacaan gulo 14.1.....Doktor kan men marah, dio bagi ubek lain paling kuek gantikan ubek lamo. Klu sekali lagi gagal, sei dah kono cocok insulin keteh.

    Timo kasih cikgu kuarkan cerito ni, ia buek sayo tambah cegal (mudahan2) untuk menghadapi segalo cabaran melawan napsu. Kisah kesangsaraan cikgu berkaki palsu tu sangat menakutkan saya. Kok tak tu, sei pandang cikgu macam orang biaso jo, ingatkan berkaki kayu apo susah eh, dapek yo bejalan macam orang lain. Ungkoh eh macam2 keseksaan dilalui bilo kito bekaki kayu.

    Mudah2an cikgu, sei cubolah kuekkan sikit semangat sei melawan napsu, terutamo napsu makan ni. Mudahan2.....

    Harap cikgu terus bersabar dan terus cekal menghadapi segala kesulitan.......

    ReplyDelete
  4. AAB dan ZA duo sohabat ese yang baik dan istimewa,janganlah gundah gulana. Ini adalah satu hikmah dan pemberian Illahi yang kito jadian iktibarlah. Kodogilanlah sobonar yang jadi nafsu melampau kito sohigga kito topaksa monorima apo yang kito torima hari ini. Ese sobonar eh bilo momproseskan catatan AAB pagi ini, mongobeh gak air mato ese tidak disangko yang you boduo sodang mongidap sakit bogini. Pandang dari luar macam oghang biaso jo, kocuali yang dialami AAB itu. Dan kopado AAB, sotiap kali ese toingatkan kehadiran ese di ghumah AAB di Putra Height, air mato ese mongobeh laie. Bukan konapo ese tak dapek monahan-nahan sobak di dada ese molihat pondoritaan yang dilalui adik ese Amrah yang baghu monjadi arwah 29 Ogos lalu. Ese bogitu galat tak dapek bobuek lobeh daripado haghi yang arwah topaksa monghubugi ambulans sondighi kek kampong bilo dio sosak nafas. Omak pulak maso itu dalam koadaan tak bomaya tongah sakit jugak sodangkan ese ko ghumah AAB bosamo ZA dan MZMY ingin boghayo. Kalaulah ese copek sikit haghi itu jumpo adik ese, misal eh batal an ssajo poi ko ghumah AAB mungkin arwah dapek disolamatkan. Kobotoan tak ado soghnang pon kek kampong maso itu. Inilah yang kadang-kadang ese mengutuk dighi sondighi. Adik ese itu sodang mongalami penykit kronik SLU (lupus) yang sojonis dongan ponyakit barah darah sojak tahun 1978 laie. Ponah duo kali operate spine yo bilo arwah ghaso sakit-sakit kk bahagian bolakang eh. ponah ese saksikan sondighi bagaimana pado satu haghi, waktu boghayo kek ghumah adik ese yang bongsu di Gombak, arwah nak bangun boghansor balik, dio toduduk kombali. Dia kato, dio tak ghaso apo-apo kek kaki eh, kobeh, keteh. Ese papah dio somula duduk kek koghusi. Lopeh itu her life was never be the same again. Kono pakai tungkek sobab sobolah kaki eh itu tak toghaso apo-apo. Sojak itu ese jaghang moninggalkan dio. Paling-paling sominggu sokali adolah ese kek kampong. Untung eh dio sojak mulo bogitu dio boleh bogorak, boleh momandu tompi dongan sobolah kaki sajolah dan ko mano-mano tungkek itulah yang jadi toman sotio eh. Ponah sokali bilo sakit eh pasang, ghaso eh tak ado sapo yang nak dokek koghano baunya sampai ko poghengkat intolerable. Pada maso itulah arwah yang dah kahwin topakso toghimo hakikat mominta hubby eh bueklah apo yang patut, iaitu moninggakan dio ko. Ese monangih pado waktu itu koghano ada jugak insan yang sampai hati molihat isterinya sondiri ditingga kan. Inilah AAb dan ZA, kisah adik ese, bokeh Pramugari MAS (sobolum eh MSA), lawa budak eh, putih molopak hingga suami eh waktu itu sooghang pogawai eksekutf bank (HCBC kek PJ) togilo-giloan dio. Namun soporti yang ese sobot di atas somua itu ado hikmah eh, sudah boghado dalam kotentuan-Nya. Adik ese redho dan dio toruih bodikari. Arwah dan omak ese tak ponah bogonggang dan ese sontiaso balik kampung socara bokalo pastikan insan duo ogang yang istimwa kek ese ini monjalani kohidupan rutin mereka. Adik-adik pon bogi korjasamo dongan baik. Arwah itu dipanggil Ateh oleh adik-adik eh dan Mak Teh oleh anak-anak buah eh. Arwah panggil ese Long atau Along. Itulah bilo ese proses nukilan AAB ini pagi ini tak tahan ese dan itulah air mato ese mongobeh. Harap sohabat ese AAB dan ZA dapek bosoba, dan kalau boleh kughangkan doge itu sikit. Ikut nasihat pak Dok.

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih AFY.....Terima Kasih. Kata2 tuan, segala saranan tuan saya akan cuba patuhi mulai hari ini.

    Memang saya nampak kuat.....malah selama ini saya menganggap diri saya sangat kuat, boleh buat apa saja kerja yang orang muda boleh buat. Tapi....sebenarnya saya lemah di dalam. Saya tidak boleh mengawal diri saya sendiri......di sinilah mungkin letaknya peranan kawan saperti tuan dan kawan2 lain untuk membantu memberi semangat kepada saya menahan segala dugaan.

    Malah semasa berjumpa doktor pagi tadi, saya telah diberikan dua surat rujukan untuk berjumpa doktor pakar di Hospital Sungai Buloh kerana masalah berkaitan hidung dan mata.....bukan hanya saya, malah doktor juga mula khuatir kalau penyakit diabetis saya telah mula menular ke tempat lain. Harap2 tiada apa yg serious.....minggu depan saya akan ke hospital Sg Buloh untuk dapatkan appointment.

    ReplyDelete
  6. ZA, Pertama, tak perlu bertuan-tuan dengan ese yo, paling-paling panggil jo dongan initial AFY atau kalau nak guno an speaking u dan I. Dalam hal keadaan kesihatan ini, kito yang dah boumor ini elok kono pantang sikitlah. Sobagai contoh, ese jarang makan seafood, terutama udang dan ketam, saya jarang makan daging terutama kambing. Sesekali ghaso dan cocah itu adalah. Oghang ghumah pun agak strict dia banyak kali nasihatkan ese sobab dio juga pantang. Untungnya dio sobab dia tak ado solero nak makan. Kadang-kadaang dio makan mee jo, nasi tak makan. Ese pon cubo nak niru-niru dio. Masalah ese lobih pado susah nak buang air besar. DUlu ponah makan satu jenis serebuk yang dinamoan langsing badan. Itu memang mujarab, tompi pinggang ese jadi ramping dan ese somakin tak bogisi. Ese borontian makan serebuk itu dan sekarang ada sejenis pil dari negeri Cina. Ada kek Farmasi kek Tampin. Ese boli limo enam peket sekali. Satu peket boisi 10 biji il. Sekai makan duo biji bila susah nak buag air. Kadang-kadang bilo dah abih supply adik kek kampong tolong bolian dulu. Kalau susah buang air ese tolan duo biji. sobolum tido. Tengah hari esk kolua eh. Inilah yang ese amalkan dan pil itu sontiasa ado dalam simpanan. Harga eh pon tak mahal RM2 untuk pek bogisi 10 biji. Maksimum boleh makan sekali dua biji. Tontang makanan lain alhamdulillah tokak toghimo jo, tak nolak. Jai itulah ZA, nampak gayo eh kito kono patang sikitlah, begitu juga dongan AAB. Kito cubolah mudah-mudahan ado kosan pado kosihatan kito bosamo.

    ReplyDelete
  7. My deepest sympathy. Be strong and look for the future. Your wife is your strength. Allh will always be wih you.

    ReplyDelete
  8. Be strong Brther AAB.

    ReplyDelete
  9. I am just speechless. Topogun den membaco kisah AAB dieteh tu. Kepado AAB, den hanyo nak berkato" Ado hikmah disebalik apa yg berlaku kerana sumo eh datang dari Dio. Besabar menghadapinya".

    Didunia siber dan bilo kito bejumpo, kito ceria dan golak bosar-bosar dgn AAB seolah-olah sumo eh fine. Memang den tak terdugo apa yg disebalik eh.

    Dan...bilo kito dah camni, baghulah kito nampak kasih sayang sejati dan pengorbanan isteri yg tercinto. Tak tu, we just take for granted..tu lah deh dasar lelaki bergelar suami(tak semua)!

    Pado AFY, Memang lah Amrah poie much before her due. Tompi Allah lebih menyayanginya. Hanyo kito ni Dio boghi peluang laie utk menambah ibadah dan/atau bertaubat. Amrah menjadi reminder kpd kito.

    Pado ZA, You tahu; bukannya tak tahu - jalan mana utk dilalui. The choice is yours. Only you can make the difference.

    Sosokali tak ado kojo tu, poie melawat pesakit-pesakit kek mano-mano spita. Spita tu kan Taman Syurga? You can get a lot of motivation there.

    Whatever the case, life is not all gloom. So do cheer up. Let's walk in the sun and take in the fresh air. (MZMY)

    ReplyDelete
  10. Oh My God! What a tragic coincidence. AAB, KAR, ZA and now AFY. Sorry to hear all the helth sufferings. Tak tahulah macam ni sokali. Ese boto-boto regret dongan apa yang ese cakap solama ini, terutama kek AAB. Hajat hati dulu cuma nak tease jo dongan oghang-oghang kuek TBS ini. Tompi ini dah lain corito.My sincere apologies

    I am very-very sorry, I really am. Ese ingat keadaan keluargo ese sajo yang tak sompurna, nampak, you all are having health problem. Untung yo wife you somuo are very loving, sayang pado u all. Kalaulah hubby ese macam tu, botuahnyo ese. But Allah menentukan, kito hanya takat morancang. Take care all of you. As for AFY I didn't know your late sister has had health problem since 1978, as u mentioned. I thought she was ok all the time. I read a lot about her when she was flying. My takziah to your family. Take care. Love u all.

    ReplyDelete
  11. Syukurlah, artikel oleh AAB ini memberi pengajaran dan keinsafan kepada semua pihak. Mudahan ia dapek memandu kito untuk meneruskan perjalanan hidup yang lobih sihat dan bahagio.

    Dan tibo2 pulak sei raso ado keadaan yg tonang dan suasana persahabatan yang akrab di kalangan kito, selopeh melalui keadaan yang tense, tuduh menuduh, saling syak-mensyaki dalam TBSST baru2 ni.....Timo Kasih FY. Logo raso eh. Sei tau banyak kato2 kito sebelum ni dibuek dalam keadaan seloroh, tapi kadang2 kato2 seloroh tu dah melampaui batasan eh pulak menjadikannya nampak sangat real. Sei pun raso terkojut dan sodih bilo AFY menyangko sei syak dio jd FY.....Ini menunjukkan yg kito dah mulo hilang trust even di kalangan kawan paling rapat. Patut eh tak macam tu....sei kalau syak AFY punyo kojo, sei akan terus confront dio....sobab kito KAWAN. Anyway, now I have a lot of respect for FY.....you are a nice, intelligent friendly fella actually. Hey, you are really good you know.....you have enliven the TBSST. Bilo kito dah bercakar2 sikit, lopeh tu berdamai2 balik.....it makes us all feel nice and happy. Raso persahabatan di antaro kito pun tambah akrab........Forget about yang sei syak you sapo2 tu...I was only trying to flush you out of your hideout. Now it does not matter who you really are anyway....as long as we are friendly. Mungkin satu hari nanti you dont mind to reveal yourself. Tapi den tau u sapo.....kocik2 marin you banyak kali datang umah sei, sei pun ado poei rumah u sekali, ado nampak ikan kalui kek dopan tu. Tul tak....kok tak botul, mintak maaplah, sei salah tembak.

    ReplyDelete
  12. Salah oghang kot. Maso kocik-kocik ese jaghang kolua, asyik ke dapur jo, jago adik-adik. Bilo dah kahwin banyak moghantau ikut suami. Ese ghaso ZA ini salah oghang. Ikan kaloi ini ese ponah donga, tengok ese bolom ponah. Yang kek pasar itu adolah. Ese pasti ZA tosalah oghang ini. Mintak maaflah. Nice try.

    ReplyDelete
  13. Takpo lah.....kalau FY kato salah pun tak po lah....it doesnt matter anyway.

    ReplyDelete
  14. Saudara, saudari, kan se dak mintak sobolon pengkisahan kek ateh tu, ese tak tagih kato simpati doh, tak harap rasa belas kesian doh, takdoh nak nunggu kata lunak ber madu pun tak payah doh. Yang saya harap adala kok ado tontang yang baik eh kesah se tu, jadi an lah tauladan,macam Iman dan AFY . No yang tak elok tu abai n ajo lah. Kan se dah kobaan ke ateh tu, pakaian yang se pakai sekarang ni kan se sendiri yang nompaheh. Dan untuk itu saya benar2 bersyukur dan berterimakasih kepada Allah yang Maha Agung kerana meng anugerahkan saya kurniaNya ini. Betapa tidaknya bak kata salah seorang daripada sudara megatakan dengan anugerah ini dapat sayabermuhasabah diri: menganal pasti dan menilai diri ini lantas memohon sengguh sungguh akan keampunanNya; manghargai seorangbisteri yang sentiasa ber kurban dengan segala kesetiaan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi; dan mensyukuri akan pengorbanan anak anak dengan sepenuh jiwa dan raga merawat dan menjaga tika diri terlantar di SDMC. Namun, kepada sudara sudari semua ter utamanya kepada bekas silent admirer saya, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak teringga kepada komen komen dan respon diatas(harap Tuan Presiden kita won't have to scream again for the 3 rd time). Kenapa special mention kepada Gracious Lady, FY? Kerana soro eh yang tak disangka sangka. Ingat se dio dah meluat habis kek sayo, dan menyodapkan saya: padan lah muko kau si kudung, pueh hati den!!! Ternyata sebagai mana suaranya di atas, sebenarnya, inrealiyinya FY ini sungguh sungguh berhati mulia. Batapa tidaknya walaupun lewat sudah 50 puluh tahun, namun kesetiaanya tetap utuh, tegap berdiri megah, tak ubah seperti kasihnya Nabi Allah Yusof kepada Ayahandanya Nabi Allah Yaakub. Kedada sudara sudari yang lain harap dapat menerima penjelasan ini. aab.

    ReplyDelete
  15. Ese ni kan apo, copek kosian dan copek bosodeh. Bilo ese maco keadaan AAB, ese tak dapek tido momikiran eh. Ini kisah pondoritaan. Kisah komanusiaan. Ese dah ghaso macam mano hidup mondoghito. Walaupun tak dari sogi fizikal macam AAB ini tompi dari sogi batin. Anak-anaklah yang mongikek kek ese hinggo koluargo kokal sampai kaghang ini. Kaghang ee tanyolah kopado u all somuo, apo ghaso eh kalau hidup tak macam sobuah koluargo bahagio? Sokali laie ese boto-boto nyosa cubo posondokan AAB dan AFY. Sokali laie ese minta maaf from the bottom of my heart. Jangan samo an ese dongan oghang soporti Sympathizer. I have got nothing to do with her comments. That's her business. I'm no women's lib. And I don't believe in such a movement. Please accept my apologies.Pleeeeeeeeeeeeeeese!

    ReplyDelete
  16. Inilah contoh tino koghak nasi. Buntut piok hitam dan koghak eh kogheh pokat logam.

    ReplyDelete
  17. FY bia lah sympathiser ngobaan apo pun kan. Kito totap kito dan dio totap dio kan. se AAB memang dari hari tu lagi telah accept your apologies. Imhope too that u have accepted mine. Timo kasih bebanyak. Hibo your ngnga eh your suffering plights. Soba yo lah FY. Sabar disisi Allah Yan Maha Agung, amt tinggi sekali nilainya. Bebanyak lah sabar, ye my Gracious Lady, ombong eh!!!

    ReplyDelete