TINJAUAN ZAHRIMAN ALIAS DAN ISTERI DI RUMAH ANAK YATIM KUALA SELANGOR


 
Kelapa pandan di ladang Anjang Zahriman di belakang kediamannya
 
Minggu lepas saya dan isteri berkesempatan singgah di Rumah Anak2 Yatim bertempat di Bandar Baru Kuala Selangor, tujuan semata2 meninjau keadaan di sana. Ini pertama kali saya berkunjung ke sana, malah sebelum ni tak berapa perapa perasan pun tentang kewujudannya, melainkan setelah di beritahu oleh seorang kawan.
Kehadiran kami disambut mesra oleh seorang penyelia wanita. Menurutnya ada sejumlah 50 orang anak yatim di sana, mereka ditempatkan dalam 3 buah rumah banglo bekas kuarters Kerajaan, tetapi dalam satu kawasan berpagar dan mereka hidup dalam suasana suatu keluarga kerana tiap2 rumah mempunyai ibu dan bapa angkat yang bertanggung jawab menyediakan segala keperluan mereka termasuk makan minum.

 Namun pada pagi tersebut kami tidak berpeluang menemui mana2 anak yatim kerana mereka semua sedang bersekolah. Semasa lawatan itu, timbullah pulak gerak di hati isteri tercinta, Mak Anjang untuk makan bersama anak2 itu. justeru itu kami terus membuat temu-janji akan datang semula ke rumah Anak Yatim itu pada sabtu 29 SEP ini, jam 5 00 petang, membawa bersama kami sedikit KFC untuk dikongsi bersama. Mak Anjang kata dia barhajat nak sponsor semua perbelanjaan (walau dia sendiri memang tak makan ayam).
 Kebetulan pula, pagi ini saya ada memetik sedikit kelapa pandan untuk dijual, dan saya telah ketepikan sedikit buah untuk mereka kongsi sesama mereka. Tujuan saya memuatkan kisah ini bukanlah tujuan untuk bermegah, hanya sekadar mengingatkan diri saya bahawa di sekitar kita ada banyak insan yang memerlukan belaian kasih sayang yang mereka sendiri tidak tahu dari mana hendak menagihnya. Mudahan, pada masa akan datang, akan terbukalah lagi hati kami untuk terus bersama mereka yang serba kekurangan ini

4 comments:

  1. Komen Melaui FB
    Zahriman Alias: Alhamdulilah..nikmat Tuhan sesamo kungsi dengan orang lain yang memerlukan...
    Anjanggg....!!!! den anak yatim yo ni..heehhehehhhhh..

    Sue Dz: Anjang jgn lupa upload gamba makan ngan anak2 yatim tu ye. Tersentuh hati adik baca cerita nih.

    Ct Esah: Dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, mudah2an Allah sentiasa melimpahkan rezekiNYA kepada saudara dan keluarga dan memberi kesejahteraan kesihatan bagi memajukan lagi usaha saudara, Amin!
    Doakan juga supaya saya dan keluarga berpeluang berbuat demikian...insyaallah....

    Mohamad Ayob Hasim: sesungguhnya orang yg mengasihi anak2 yatim kerana Allah teramat mulia disisi Allah SWT.Wang ringgit n hartabenda yg di hulurkan kerana Allah jua akan Allah tambah rezekinya

    Zarina Saaid : Ina nk ikut..blik kje ina trus blik sana..

    Zahriman Alias ok, jangan lewat dari 5 petang.
    Abu Aman Bachik: Betuahlah kau suami isteri Iman. Moga anda bersama sama dengan RasulullAllah di syurga nanti.

    Zahriman Alias: Amin. Terima kasih atas doa cikgu dan kawan2 lain juga.

    Abu Aman Bachik: Dan kerap keraplah pergi ke sana dan mengsap kepala mereka. Berkat. Setiap sen yang Iman belanjakan untuk mereka, Allah akan ganjarkan berlipat kali ganda untuk Iman dan keluarga. Percayalah. Jadi usahlah berkira untuk mengeluarkan rezeki anda kepada mereka. Ini adalah kepastian Allah yang maha Agung.

    Car Lim Aboo: Alhamdullillah semoga god bless u and mak anjang for this good work semoga kerja amal ini berpanjangan

    Mohd Zain Mohd Yassin: Satu syor kpd mereka yg masih berjawatan: Mungkin ada diantara anda yg terdedah kpd pemberian hadiah oleh org-org tertentu...dan anda tidak mahu menerima pemberian tersebut. Jika tak dapat ditolak juga..terimalah pemberian tersebut. Secepat mungkin anda bawa pemberian tersebut kemana-mana rumah anak yatim dan serahkan kpd mereka. Sebaiknya, kalau ada resit, minta dibuat satu resit atas nama sipemberi tadi. Kelak pabila dia muncul didepan anda, ucapkan terima kasih bagi pihak anak-anak yatim tersebut. Harap sipemberi tu akan faham pendirian anda. [Kpd ZA dan Mak Anjang - Hanya Allah yg boleh membalas jasa kalian kpd anak-anak yatim tu.]

    Zahriman Alias: Mungkin satu hari kita ahli2 TBSST boleh buat aktiviti begini di mana2 rumah anak yatim.......a reunion di rumah anak yatim pot luck style.....apo macam......

    Car Lim Aboo: Man ese ikut ajo cadangan baik ni kito dongar apo kato kekawan yg lain
    Muhammad Kasim: Bng Z, saya dulu masa kerja JKM terlibat sama menguruskan kebajikn ruma penyayang sri sejahtera kuaal selangor tu. dah lebih 20 thn rumah yg berkonsep keluarga angkat tu di ujudkan. Ada pegawai JKM di situ kok tak salah En. Shahrom kenal bng Z masa jadi Timb OCPD K. sel dulu.

    Hattar Othman: Satu usaha yg murni dan Allah SWT sahaja yg akan membalasnya.

    Zahriman Alias: Muhammad Kasim. tq. Memang saya kenal Shahrom, dia masih ada di Kuala Selangor tapi dah pencen. Pernah terjumpa dia menguruskan sebuah kedai komputer, tapi tak pasti kedai tu masih beroperasi ke tidak.

    Zahriman Alias: Zarina Saaid tolong bagitau kalau ada nk bawa apa2 makanan nanti sebab nk sediakan juga bekas2nya.

    ReplyDelete
  2. Boleh en berikan alamat rumah anak yatim ni?

    ReplyDelete
  3. Ada no acc utk saya bank in

    ReplyDelete
  4. Ada no acc utk saya bank in

    ReplyDelete