Potret Tok Jaya dengan ehsan Bakyah Maria Abu
Sekolah Kebangsaan Bongek: Tk jauh dari rumah Zahriman di Penajih.
Suatu perkara yang paling aneh telah saya lalui semasa saya berumur sekitar tujuh tahun. Suatu petang ketika senja menjelang tiba, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Melihat itu saya segera menutup semua tingkap di rumah saya. Saya melakukannya tanpa disuruh sebab ia memang menjadi tugas hakiki saya di rumah setiap petang menjelang senja. Ketika hendak menutup tingkap yang mengadap jalan raya di hadapan rumah, tiba-tiba saya ternampak seorang tua yang bertongkat dan memakai kot warna putih lalu di atas jalan raya. Saya gugup apabila melihat orang tua ni. Perasaan saya mula takut melihat dia kerana saya memang kenal dia. Semua budak kampung pun kenal dia. Dia pelik. Kami kalau nampak dia pasti lari jauh-jauh. Nama dia Jaya. Orang kampung panggil Tok Jaya, tapi kami budak-budak selalu panggil dia Jaya gila je. Itu sebab kami semua takut pada dia.
Kata orang Tok Jaya ini banyak ilmu. Dia boleh
pasang pelita tanpa minyak. Dia hanya celupkan pelita dalam perigi dan bakar,
terus menyala. Kata orang lagi Tok Jaya kalau nak tumpang kereta atau basikal
orang kampung, orang pasti bagi. Kalau tidak kereta atau basikal orang itu
pasti terus rosak. Ada macam-macam lagi cerita yang saya dah dengar mengenai
Tok Jaya ini.
Apabila tiba depan rumah, Tok Jaya tiba-tiba
singgah. Dia masuk berteduh dalam garaj tempat abah park kereta di hujung
laman. Masa tu abah tiada di rumah, dan garaj itu pun kosong. Hati saya tambah
berdebar. Saya terus pergi ke tingkap yang paling hampir dan cuba mengintai Tok
Jaya, namun tidak boleh kelihatan sebab garaj itu ada dinding papan.
Zahriman Alias bercerita tentang kisah aneh Tok Jaya di kampungnya.
Lama saya terintai-intai. Tiba-tiba pandangan saya tersentap oleh satu
pergerakan. Haaaa, ada lembaga! Rupanya
macam-macm???.....Besarlah.... tinggilah......warna putih, macam asap, macam
awan!!!....tinggi 20 kaki mungkin. Dia macam bentuk orang pulak. Ada kepala,
ada badan, kaki, tangan. Semua ada, tapi tak ada muka. Mata telinga seuma tak nampak.
Hanya lembaga putih dalam bentuk awan. Lembaga
itu keluar daripada rumpun buluh di tepi
laman saya. Dia boleh berjalan merempuh pokok-pokok buluh itu, dan ia terus
berjalan menuju ke arah garaj tempat Tok Jaya sedang berteduh. Saya terkedu,
badan mula menggeletar ketakutan. TAMM!
Saya hempaskan daun tingkap, terus kunci rapat lalu lari ke dalam rumah
menyebunyikan diri. Saya tidak tahu apa terjadi seterusnya......
Sejak
kejadian tersebut hinggalah sekarang, peristiwa itu terus bermain di kepala
saya. Adakah ia benar? Adakah ia illusi semata-mata, atau adakah ia satu mimpi
yang menghantui saya seolah-olah ia
telah benar-benar berlaku. Tapi rasanya memang benar. Ia bukan mimpi, ia bukan
illusi. Entahlah, kerana ketika itu tidak
ada orang lain yang menyaksikannya bersama saya. Jika benar, itulah kali
pertama dan itulah kali terakhir saya melihat "hantu". Malah sampai sekarang saya adalah salah
seorang yang paling tidak percaya tentang kewujudan hantu. Saya tidak pernah rasa takut apabila duduk walau
berseorangan, saya tidak takut duduk di tempat sunyi. Bagi saya hantu ni
hanyalah dongengan belaka.
Tok Jaya sebenarnya bukan dari kampung saya. Dia
berasal dari kampung Sawah Raja. Ada orang kata dia keramat. Ada orang kata dia
Wali. Da pernah menuntut ilmu agama bersama Sheikh Ahmad. Ada orang kata dia
isin. Dia memang banyak melakukan perkara yang pelik elain memasang pelita
menggunakan air perigi (kejadian ini dikatakan pernah berlaku di masjid
Nerasau), Tok Jaya ni gemar membuat kerja sukarela, memancang batang-batang
buluh sekitar kampung dan memberitahu orang kampung tempat-tempat yang dipancang itu akan menjadi jalan raya
suatu hari nanti. Dan anehnya, menurut orang-orang kampung, semua tempat yang
dipancang dan diramalkan menjadi ralan raya itu, kemudian kelak semua menjadi
kenyataan......Wallahualam.......
Iman, hebat u kan boleh nampah hantu tinggi bagai. Kok se lah tu mesti kua koncing lam suar. Eeeeee menggerunkan cam cito ali sosek. Tulah u buleh karang cito Ali sosek ngan baik kan? Sobab u ponah tengok antu! Hebat boto lah kas murid se yang sorang ni. Pencen pun sebagaimpensioner yang berpangkat bosar. Eh abang2 u sumo pankatbbosar bosar koh, terutama abang u yan tuo tu, abang Dzul? Lepasan MCKK pasti jadi orang punyo! Tahniah! Hebat lah kisah bekas murid se ni! aab 1140 today 03.08.2012.
ReplyDeleteZahriman ini boleh jadi tukang cito yang baik. Dan ingatan dio kuek. Tak sio-sio jadi oghang bosa. Dan kalau boleh cito sikit tontang Bakar Sonte yang hebat dongan tarian toghinai eh tu. Musti best punyo. Ese pon ponah donga cito Jayo ini, ypolah antaro lupo dan ingat.Dio ini tokonal sampai momperah dan Gadong.
ReplyDeleteSad to say, abang sei yg tuo sebonar eh tak lopeh ke mano akibat ilang fokus semaso di peringkat pengajian tinggi, ketiko di England dari 1963-1969. Sekarang hidup dalam keadaan very low profile walau pernah dicalonkan oleh pelajar2 MCKK sebagai bakal tokoh akan paling berjaya.
ReplyDeleteAbu Aman Bachik Memang menarik, sapo leh nampah antu tinggi selain dio. Apo tak hebat koh tu! Syabas tuan SOP!
ReplyDeleteBakyah Maria Abu ape yg di ceritakan ttg arwah tok jaya tu mmg betul,krn sy adalah salah seorang dr keturunannya,,saya adalah cicit arwah..
Zahriman Alias Mungkin Bakyah Maria Abu boleh melengkapkan kisah
Tok Jaya ni supaya lebih jelas dan sempurna. Beliau nyata seorang yang terlalu istimewa dan sentiasa menjadi bualan orangramai 2-3 generasi yang lalu. Mudahan2 dengan adanya sanak saudara beliau saperti Bakyah, kita semua, terutama generasi sekarang dan akan datang akan terus mengenali dan memperingatinya.....
Mohamad Ayob Hasim menarik sekali,coghito yg begitu lamo pon kau blh ingat lai kan
Bakyah Maria Abu die memang sangat istimewa...die pernah beritahu kpd org ramai,yg astana raja akan maju,bile cucunye ade cicit...dan sekarang arwah bapak saya mmg sudah ade cicit..lihatlah astana raja sekarang,sekolah,klinik,perpustakaan desa,muzium rj melewar,klinik gigi,semuanye ade d astana raja...wallahualam..dan satu lg kelebihannya arwah boleh mnjadikn tudung oren sbg duit syiling...
Mohd Zain Mohd Yassin Bakyah Maria Abu Kuk buleh jangan biarkan kisah Tok Jaya anda ni, menjadi ceghito mulut-ke-mulut ajo dari generasi ke generasi. Elok di bukukan walau pun sekadar buku yg ditulis utk simpanan keturunannya sajo. Give it a try.
Yusof Rahman Tanjung Eden pun ada dengar cerita hebatnya Tok Jaya ini.Masa tu den sekolah Melayu kek kg Perah Kota.Kalau dia datang ke sekolah tu cikgu jamu dia makan kueh dan minum teh.Murid2 tak berani dokek sebab takut.tapi dia tak kacau orang.Dari Kota ke Sawah Raja(rumah Tok Jaya) tak ada bas.Tok Jaya kok nak balik tompang basikal atau motokar orang.Kalau tak bawak kok disumpahnya memang melotop tayar.Kok bawak dia,kayuh baska rengan ya rasa eh.Satu cerita lagi,kata orang,sebelum perang dunia ke2,Tok Jaya tunjuk ke langit sambil mulutnya bunyi:wung.....wung....macam bunyi kapa terabang.Masa tu di Malaya tak pernah tengok kapa terobang lagi.Bila ditanya 'apa tu Tok?'Jawab Tok Jaya 'besi terobang'.Dengan sinis orang yang mendengar mengatakan mana besi boleh terobang?Memanglah Tok Jaya ni gila.Bila perang dunia ke2 berlaku,kapa terobang mula zoom sana zoom sini dilangit.Baru dia orang tau apa yang dimaksudkan oleh Tok Jaya dengan "besi terobang".Jadi siapa yg sebenarnya gila?LU PIKIRLAH SENDIRi !!!
Bakyah Maria Abu bagus cadangan MZMY tu,,lg pon org tua2 kt kg dn yg tahu cerita ni dh smakin brkurangan...insyaallah,akan saya usahakan.
Bakyah Maria Abu arwah ni dulu mmg rajin ke kota,dgn hanya brjln kaki,klau arwah ni singgah d mana2 kedai cina dikota tu,die akan ambil saja tnpa mmbayr,,klau ade pnjual kedai yg x bg,mmg d sumpahnye dn lama kelamaan kedai itu akn jatuh bankrap...
Bakyah Maria Abu semasa penghujung hayatnya,ini arwah bapak sy lah cerita,arwah ingin mmberi sesuatu ilmu kpd arwah bapak sy,iaitu cucunye,,arwah menyuruh bapa sy turun ke bwh rumah dn memgambil sesuatu dibwh zink,,apabila bapa saya mengangkat zink trsebut mmg tiada apa2..bapa sy naik semula ke atas rumah dn bg tahu yg tiada apa2 d bwh zink trsebut,disuruhnye pergi lg,,dn mmg tiada apa2,,mmg bukan rezeki bapa sy utk mndapat apa yg di milikinye..dan kali kedua bapa sy naik ke atas rumah,,arwah sudah tiada...
Bakyah Maria Abu kami adik beradik klau ingin bernikah,msti prgi kekuburnye untuk sedekahkn alfatihah dn mmberitahunye yg kami ingin berkahwin,klau tidak,,pernah dulu kakak sy trlupa hendak ke kuburnye,,pd hari persandingannye,ribut taufan melanda,,mcm nk trbalik khemah kenduri,lalu arwah bp bertnye,dh pergi kubur odang ke belom.(odang adalah panggilan arwah bapa kpd tok jaya).lepas kakak pergi ke kubur,perlahan2 hujan dn ribut beransur hilang...klau nk di ceritakn mmg byk kisah pelik dn menariknye wlaupon arwah tlh tiada.bg kami keramatnye hingga ke hari ini.
Mohd Zain Mohd Yassin Bakyah Maria Abu. I doakan u ada iltizam dan ketekunan utk membukukan kisah-kisah Tok Jaya you tu. Bend ni bunyinya mudah tapi it needs determination and dedication . InsyaAllah ekou buleh!
Ese dah update posting dengan memasukkan gambar Arwah Tok Jaya dengan ehsan Bakyah Maria Abu. Mokasihlah Bakyah Maria kerana memberikan izin menyiarkan foto Allahyarham untuk. Mungkin gak Bakyah Maria ingin berkongsi pengalaman dengan bercerita sedikit tentang kehidupan Allahyarham. Yang ese tahu dah beberapa kali juga waktu kocik dulu Allahyarham ditemui di Kg. Momporah, dokek Sokolah Melayu Koto. Waktu ese bersekolah di Momporah. Lihat jugaklah wajaheh. Agak tinggi gak oghang eh ese lihat, maklumlah ese waktu itu kocik bona laie.
ReplyDeleteAssalammulaikum Bang Zahriman, nak tanya sikit, u anak cikgu alias ker? U ada abang nama dzulkifli and badaruddin?
ReplyDeleteSebenarnya,tok jaya tu moyang saya.
ReplyDeleteMoyang ese gak.ese orang kg padang astana raja sebelah surau.yazid mukhayat
Deletesalam..sy nak share dengan anda semua berkenaan dengan tok jaya.. ayah saya orang negeri melaka.kampung kuala linggi. semua keturunan sy mengenali tok jaya dan mmg benar kisah-kisah yang di cerikan di atas.. beliau mmg di antara wali yang berada di tanah melayu.byk kejadian pelik dan yang pernah sendiri di saksikan oleh makcik dan pakcik saya sendiri.sy pernah ke makan beliau di rantau. jika anda berkesempatan pergila menziarahi makam arwah,,sedekahkan al fatihah...
ReplyDeleteKonfius sikit dengan cerita ini.. Adakah Tok Jaya yanf dimaksudkan adalah orang yang sama dengan Nek Jayo (panggilan untuk tok di kg kami) yang kuburnya terletak di Tanah Wakaf Tiga nenek Kg. Semerbok, Kota. Kerana setahu saya tiada kurbur Tok Jaya di sawah Raja dan dari komen komen di atas ada pula yang menyatakan kuburnya di Rantau.. Mohon pencerahan..
ReplyDeleteSaya ariff. Maaf saya silap tulis lokasi. Mmg di kg semerbuk. Arwah org yg sama. Saya panggil tok jaya. Sy biasa juga singgah ke makam arwah. Sy juga selalu di ingat oleh ayah saya agar singgah dan ziarah makam arwah. Sedara mara sama juga .
ReplyDeleteAssalamualaikum...baru hari ni jumpa blog ni ...kisah Tok Jaya pulak Tu..Memarik sebab walaupun saya tak lahir lagi di zaman ke jadian itu,namun cerita daripada Mak saya tentang Tok Jaya ni memang jadi cerita turun temurun...mesti sampai punya.
ReplyDeleteSaya Nazri Cucu kepada Siti (uwan) wok (atuk)saya yang tinggal di Tepi sungai kg Penajis Tanjung.
Di certakanc kepada saya Tok Jaya ni kalau lalu ke Tanjung bila dia nak keluar mesti singgah rumah uwan saya untuk minum secawan air dari tempayan.
Uwan saya panggil Tok Jaya ni dengan nama panggilan 'Dang'
Para suatu hari tu uwan saya cerita macam biasa dia singah di rumah dan minimum air...tapi kali tu dia pesan pada uwan saya macam ni..
Siti..Yo Dang apo dio..wan saya jawap.
Engkau tahun ni tak payah tanam padi dulu doh yo...
Uwan saya pun tanya semula..kenapo Dang ?
Tak payah nyangkul sawah doh..buat ponek yo nanti..Tahun dopan nak nyangkul sawah buek lah banyak2,..tapi tahun ni tak payah tak jadi doh..
Uwan pun tak puas hati sebab apo Dang,?
Tahun ni kalau kau nyangkul sawah Kan siti nanti semua padi kau sambang (kosong ) tak ado isi sobab orang Bunian Pinjam guna bayak padi untuk kenduri kendaro besar besaran majlis kahwin Dan macam2..
Uwan saya ni lurus dan yakin apa yang di sampaikan oleh Dang ni tadi.
Iyo lah Dang kata uwan saya bersetuju dengan apa yang Tok Jaya sampaikan..
Memang keramat betul apa yang Tok Jaya kata kan pada uwan saya...yang mana tanam padi tahun tu semua mengeluh bahawa padi nya cantik lebat sampai tunduk dalam sawah batangnya tapi bilo di tuai kosong tak ada beras.
Pada tahun hadapannya Uwan saya baru nyangkul sawah dan betul2 hasil padi memang banyak dan sampai berzakat.
Macam itu lah cerita kisah Tok Jaya yang di ceritakan kepada saya.
Kalau lah saya hidup di zaman tu dulu...bukan saya takut tapi mesti saya tak akan lepaskan pelunpe untuk rapat dengan nya pelajari segala ilmu yang di milik oleh pemberian Allah kepada nya..amat sayang sekali
Macam itu lah ..kisahnya..
Assalamualaikum