ZAIN SAYS: "ESOK DEN WIL BE AWAY FOR 2-3 DAYS. CHEERS AND TAKE CARE."


 
Ghayo Poso di ghumah AAB kek Putra Heights, Subang Jaya, 28 Ogos 2012 lalu Hidangan bukan kuih ghayo tompi special Pizza lho!. Foto dari kiri Baris belakang: Zain Yassin, Abu Aman Bachik, Zahriman Alias dan Ahmad Fadzil Yassin. Duduk Baris dopan dari kiri: Oghang ghumah Zain , oghang ghumah AAB dan oghang ghumah ZA.

Zahriman Alias, Ahmad Fadzil Yassin, Abu Aman Bachik, dn kngkawan yg lain. Esok den wil be away for 2-3 days. Jadi eh, kok tak ado menjongok fb ni, maaf lah yo. Cheers and take care.
Ahmad Fadzil Yassin:  All the best MZMY...Whatever the occasion that might be (Laporan FB Alumni TBSST 29 September 2012).

Stop Press at 4.00 pm today, 30 September 2012.


Latest update on Sahabat kita.......This pic is as of 4 pm today. He deninitely looks healthy, he can smile very widely, he still can enjoy teh tarik, and he is not alone.......so dont worry about him.
 
Foto Zain Yassin as appeared on FB today, 5 Okt. 2012 (snapped by ZA?)

 

19 comments:

  1. Nak ko mano pulak S/H kito ini. Ko luar nogori ko?

    ReplyDelete
  2. Anonymous, MZMY nak poi ke IJN, rehat. Dio nak kono pocahan belon. Dio tak poi luar negori doh.
    MZMY my doa is with u. Moga Allah Selamatkan dan permudahkan segala urusan u. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. (Dicabut dari fb Alumni TBSST)

    Habibah Manaf: Poei mano tu???

    Ahmadfadzil Yassin Bibah: Your guess is as good as mine
    Zahriman Alias: Dio poi borehat lah tu.....mungkin kek tompek yg tak do coverage. Dalam utan? Underground?? tanah seborang? Selamat poi selamat balik. Mudahan2 segala2nya baik dan dipermudahkan.....

    Zahriman Alias: Dah dapek panggilan dari sahabat kito ni.....he is fine but needing sometime on his own. Dont worry, he is ok and in good hands.....he will be back for sure, InsyaAllah....sama2lah kita berdoa atas kesejahteraannya.

    Ahmadfadzil Yassin: Solamat poi dan solamat kombali.

    Mohamad Ayob Hasim: Insyaallah semuanya dlm keadaan selamat

    Car Lim Aboo: may God bless u n we pray that everything will b ok bro

    ReplyDelete
  4. (Dicabut dari FB Alumni TBSST 1 Okt 2012 6.00 pm).

    Zahriman Alias: Marilah kita sama2 mendoakan keselamatan rakan kita Mohd Zain yang akan menjalani pembedahan esok. Saya minta maaf tidak dapat memberi penjelasan lebih lanjut atas permintaan dia sendiri, tapi cukuplah sekadar saya menjelaskan di sini, Mohd Zain is in good hands dan saya yakin operation keatasnya akan berjalan lancar dan selamat. Ini kali ke 4 beliau menjalani pembedahan serupa......

    Hattar Othman: Dengan sepenuh dan seikhlas-ikhlas hati, saya mendoakan agar Sdr Mohd Zain dpt melalui prosidur ini dengan penuh yakin dan sabar, semoga dilindungi Allah SWT. Alhamdulillah, nampaknya sdr MZ ceria dan telah bersedia sepenuhnya. Insya Allah semoga berjaya.

    Car Lim Aboo: Didoakan semoga beliau dpt melalui prosidur ni dgn selamat amin

    Rozna Md Jan: kami doakan semoga sdr zain menjalani pmbedahan dgn selamat. Insyallah

    Ahmadfadzil Yassin: Terima call dari Car Lim Aboo sebentar tadi yang MZMY ok setelah menjalani operation. Sedang istirehat. MZMY take care and don't forget u kono senam solalu. joging is the best option. Please rest secukupnya.

    a few seconds ago · Like

    ReplyDelete
  5. Dicabut dari FB Alumni TBSST)

    Abu Aman Bachik: He's ok, alhamdulillah wa syukri lillah. Rehatlah lelobeh sikit.

    Zahriman Alias: ia, saya dapat tahu op ug dijalankan telah selesai dan selamat, namun matlamat yg di kehendaki tidak berapa tercapai. Mungkin sahabat kita ni terpaksa melalui proses lain di masa akan datang. Diharap beliau bersabar.......

    Ahmadfadzil Yassin: Kato CLA tadi MZMY kono jago makan supaya darah eh ak boku sangat. do ubek eh dan CLA solalu simpan dalam kocek just in case...

    Zahriman Alias: Saya baru dapat panggilan dari MZMY.....logo ati donga kawan kito dalam keadaan ok. Pagi dah buek op, lopeh tu dio kono rehat sehat selamo 7 jam tak boleh gorak2. Pukul 7 pm td abih lah edah eh, dio dah boleh bangun, mandi dan makan. Kalau tak do halangan lain, besok dijangko boleh lah balik.....tapi buek semetaro waktu yo.

    Sebonar eh kawan kito MZMY sedang berada di IJN untuk buek indogrem (tau tau pilak macamano ejaan sebonar eh), iaitu proses memasang stand di dalam valve jantungnya. Proses itu telah dilakukan pagi tadi tetapi tidak menjadi kerana kedudukan terlalu dekat dgn arteri. Doktor memberi tahu proses memasang stand tidak boleh dilakukan, sebaliknya kawan kito terpaksa melalui pembedahan yg lebih besar, iaitu Bye-pass.

    Sama2lah kita berdoa MZMY akan dapat menempuhi segala dugaan ini dengan jayanya kelak. Byepass akan dilaksanakan pada masa akan datang....

    ReplyDelete
  6. Samo-samolah kita ghamai-ghamai berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala, agar MZMY bertenang menerima dugaan yang mencabar ini.

    ReplyDelete
  7. Hattar Othman : Prosidur yg Sdr MZMY buat itu ialah 'angioplasty', bertujuan untuk memasukan 'stent' iaitu satu alat untuk diletakan dlm artery yg bermasalah bagi membolehkan darah berjalan lancar. Tk Sdr ZA dan Sdr AFY kerana telah menyampaikan maklumat. Saya berminat keatas perkembangan ini kerana saya pernah menghuni wad-wad yang berkenaan berbagai-bagai masalah jantung ini.

    ReplyDelete
  8. Zahriman Alias: Eloklah tu....bolehlah HO sembang2 dengan MZMY untuk bagi dia kefahaman yg lebih terutama dari segi persediaan mentalnya untuk menghadapi cabaran kelak.

    ReplyDelete
  9. (Dicabut dari FB Alumni TBSST 2 Okt. 2012)

    Abu Aman Bachik: Demikianlah ketentuan Allah. MZMY, bebanyaklah berzikir, dan bersabar. Allah sentiasa bersama hambanya yang istiqamah bersabar. Bebanyaklah berdoa mohon keridhaan Allah.

    Hattar Othman: Jgn ghisau Sdr MZMY, saya percaya yg sdr telah dan akan diberi nasihat serta penerangan yang banyak dalam perkara ini dibeberapa sessi kounseling dari masa kesamasa. Saudara juga sudah biasa dengan prosidur sebegini dan faham keadaannya. Saya doakan sdr supaya sentiasa bersabar dan di Lindungi Allah SWT.

    Ishak Othman: Doakan yg terbaik. Hattar dah ado pongalaman ttg jantung. Den nak oporet mato 18.10 den pun banyak masalah kosihatan. Koncing manih, darah tinggi, masalah buah pinggang, katarak duo bolah mato. Asik berulang spita sobulan 3 kali. Baru keluar wad 29.9.Boto kato abg AAB banyak bersabar dan berzikir dan berdoa. Doa adolah senjata mukminin.

    ReplyDelete
  10. Sdr. Ishak, ese berdoa kepada Illahi semoga Sdr bersabar terima dugaan ini. Bertenang dalam keadaan begini. Ese yakin ada hikmah bagi setiap sesuatu yang telah ditentukan-Nya. Ameen!

    ReplyDelete
  11. Zahriman Alias: MZMY kato dio masih di IJN bolum kuar lagi,. Esok Doc nak bincang ngan dio pasal bypas tu. Kato eh tak lamo lagi dio nk jd orang recond. Esei koba an, kok keto lagi baik keto recond dari keto burok, jalan eh pun lagi laju......tengoklah sok, lopeh opret, MZMY jalan eh lobeh laju dari kito........haaaish....dio pulak bye-bye kek kito......

    Ahmadfadzil Yassin: Yang penting semuanya selamat. Lagi pun operation by-pass ini dah jadi perkara biasa.No sweatlah. MZMY pl. take care.

    ReplyDelete
  12. Dicabut dari FB hingga 3 Okt 2012.


    Ishak Othman Doakan yg terbaik. Hattar dah ado pongalaman ttg jantung. Den nak oporet mato 18.10 den pun banyak masalah kosihatan. Koncing manih, darah tinggi, masalah buah pinggang, katarak duo bolah mato. Asik berulang spita sobulan 3 kali. Baru keluar wad 29.9.Boto kato abg AAB banyak bersabar dan berzikir dan berdoa. Doa adolah senjata mukminin.

    Mohamad Ayob Hasim IO kau nak buek kek mano?Tontang mato ni setahu ese Tajul ado pengalaman,tanyo2lah dio ontah2 kes soghopo.Ese doakan muga semuo berjslan lancar dan byk2 sabar n selalu zikir

    Hattar Othman Esse ingat Sdr Ishak Othman dah buek dah ops mato tu. Banyak bosaba sodagho. Ese dulu, kono tunggu dokek 18 bulan baghu diboghi "greenlights" nak buang 'cataracts' mato kighi den. Den dah buek cataracts tu pado bulan Nov 2009 di spita TJ Soghomban. Nijam lensa mato kighi den ni dah diganti plastik. Masalah sobab kono tunggu lamo tu samolah mcm sedagho IO. Yo lah sodagho-sodagho sekelian, kita hanyo bulih berusaha dan mintak bantuan serta mohon polindungan daghi Allah SWT.

    Ishak Othman MAH den buek kek Shukri & Hadeep Jalan Ipoh tu pun kono tunggu krputusan medicak check up kalau lulus baru boleh bedah pd 18.10. Den poi check up dlm minggu ni. Kalau tak lulus kono tunggu laie mcm kata HO.

    Hattar Othman Nantilah ese kumpokan ingatan dan kokuekan somangat ese, lopeh tu baghu coghito sikit. Maso ese dah tau yg ese kono buek 'bypass' tu, banyak pokagho yg bukan-bukan tolinteh dlm kopalo ese, salah satu ese toghingat konkawan ese, ado 3 oghang sumo eir yg tanggoh-tanggoh buek ops, ado yg nak poie umrah dulu lah, ado yg kato 'kalau nak mati itu kuaso tuhan lah' dan ado satu laei nak tunggu anak buah eir nikahlah. Pakar bedah tidak akan menjalankan ops sekiranya pesakit tidak bersedia lagi terutama dari segi psiokologi kerana segi ini tak ado sapo oghang yg bulih mongubah eir laie, melainkan hanya dighi sondighi atau oghangx todokek yg boleh membantu, yg dah buek kaunseling pun tak bulih nak decide bilo acagho itu habis. Itu pondapat ese lah. Kalau dagi sogi fizikal/medikal para pakar bulih membantu untuk stabilize / mengkondisikan keadaan bodan. Somontagho monunggu maso nak ops, ese dudok kek umah (Senawang), maso ni macam-macam oghang datang ingin nak mombantu, ado yg cadangkan poi jumpo bomoh, bulih baik somulo hanyo pakai koghih yo, mcm-mcm laie lah, ese pun ucapkan timokasih yo lah kek dio oghang dan boghi tau bia lah ese buek kek IJN dulu, kalau tak bojayo baghu ese caghi jln alternatif. Banyak pokagho-pokagho yg ese nampak dan dongar sobolum dan selopeh ese di buek ops.
    52 minutes ago • Like
    o
    Hattar Othman Sodeh yo ese nak monoghuihkan coghito ese, sobab konkawan ese yg tigo oghang tu tak lah sonasib dongan ese, duo oghang dah kembali ke Rahmatullah disobabkan komplikasi jantung (sudah kotontuan Allah SWT) dan soghang laie tu lopeh 6 bulan ops dio tak boghapo sehat, mongalamai masalah buah pinggang tak bofungsi dongan baik, dio on dialisis (lopeh 3 thn ops) hinggo skg. Kwn ese yg dialisis ni kono tahan dalam ICU lobeh lamo daghi ese lopeh ops, (dio ni buek ops lopeh balik umrah). Ese ado molawat boliau di IJN, lobeh kughang 6 bulan lopeh ese buek ops. Ese lawat dio maso ese poie buek 'follow-up' di IJN. Ese akan tulih coghito sikit tontang poghasaan ese somaso tau kono buek 'bypass', saghi sobolum ops dan kotiko masuk dalam OT, tompi tunggulah dilain kali. Pado haghi ese di ops : Ese disoghong dari wad atas trolley menuju ko bilik OT dan diiringi oleh isteri tersayang, dio dibenarkan ikut sohinggo pintu utama OT sahajo. Ese ghaso poghasaan dio laie kolamkabut daghi ese, maso tu anak kocik ese tongah monduduki SRP dan maso tu anak ese tu domam pulak... nanti ese sambung laie...Insya Allah.
    21 minutes ago • Like
    o

    ReplyDelete
  13. Dapat call dari Zain pagi ini 5 Okt 2012. Kato eh, "Dr. nk bolh dada den haghi komih ni 111012.Den relak yo sobab ni kojo rutin kek IJN. Insya-Allah sumo akn ok. Zain."

    Samo-samolah kito bodoa agar Zain daat menguatkan semangat dan mendapat petunjuk yang diredhoiNya.

    ReplyDelete
  14. Untuk makluman kawan2 sekelian, sahabat kito MZMY telah pun mendapat tarikh untuk pembedahan bypass di IJN, iaitu pada Khamis 11 oct 2012. Adalah diharap beliau akan terus berada dalam keadaan sihat dan tenang sementara menunggu masa yang dinantikan. Marilah kita semua warga TBSST sama2 mendoakan agar Mohd Zain akan melalui prosedur itu dengan jaya dan selamat......

    MZMY juga mohon saya menyampaikan salamnya kepada Tuan/Puan sekelian yg akan hadir di majlis perkahwinan anak saya di Bangi besok kerana beliau perlu berehat sepenuhnya dan tak dapat menghadirkan diri.

    ReplyDelete
  15. Nabjeah Abd Aziz: moga2 ALLAH selamatkan pembedahan ente dan banyak2 la berzikir

    Abdul Aziz: Saya doakan sdra selamat dalam menjalani pembedahan nanti, dengan idzin ALLAH swt.

    Aziz Majid: Sama-sama lah kita berdoa agar saudara MZMY akan menjalani bypass dgn jayanya. Saudara zahriman saudara hatta ada ajak saya ke kenduri dirumah saudara tapi saya x dapat hadir kerana mengambil anak di Maahad Ahmadi Gemenceh. Tahniah mendapat menantu.

    ReplyDelete
  16. Dicabut dari FB Alumni TBSST.

    Nasa Abu Bakar: didoakan semoga anda berjaya dalam menjalani pembedahan bypass di IJN .... Insyallah kami semua akan mendoakan nya .... Amin.

    Shariffuddin Idris: Saya doakan semoga pembedahan berjalan dengan lancar dengan izin Allah dan kembali sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  17. Walaupun saya bukan bekas pelajar TBS Tanpin, tapi saya mengikuti perkembangan web ini kerana loghat orang negeri yang digunakan. Saya waghih jugak. dan pada kesempatan ini saya mendoakan agar kawan kita Mohd Zain Haji Yassin ini akan berjaya menjalani pembedahan bypassnya. Sukses Insya-llah

    ReplyDelete
  18. Zahriman Alias: Saya telah mengimbas window Allahyarham MZMY dan dapati entry berikut adalah yang terakhir dibuatnya sebelum dia kena stroke dan koma, seterusnya meninggal dunia:

    Zaiton Mohd Yusof
    Friday near Kampong Kepong
    Mohd Zain Mohd Yassin...hope faster recovery...

    Mohd Zain Mohd Yassin: Tksh Eton. My operation Khamis depan 11.10.12. I biasa-biasa aje macam pergi jumpa Dr, bila kita demam Syukur alhamdulillah Allah beri semangat cam tu. Maybew juga sbb isteri ada menemankan saya kad wad ni. Wassallam.

    Entry ini dibuat oleh beliau pada jam 9.18 pagi 6 OCT 2012, semasa dia berada di IJN. Dia mengalami stroke dan tidak sedarkan diri pada jam 10.00 pagi, dan meninggal dunia jam 9.17 malam hari yang sama.

    Al-Fatihah......

    ReplyDelete
  19. Dah berulang kali I baca posting ini, setiap kali itu I teringatkan bagaimanalah rasanya dengan keluarganya yang tinggal, terutama balu yang seluruh hidup dan masanya bersama Allahyarham. Zain seorang yang mungkin hdiupnya amat bergantung kepada anak-anak dan isteri kesayangannya. Betul-betul saya envy. Dan semoga keluarganya dapat menerima pemergian Allahyarham dengan redho. bersabarlah dan anggaplah kehilangannya akan membawa hikmah. Amin Ya. Rabul Alamin!

    ReplyDelete