Monday, 8 October 2012

TERIMA KASIH, SUDI HADIR DI MAJLIS KAHWIN ANAK - ZAHRIMAN ALIAS

 
Selamat Pengntin Baru Shahrin Nazrain dan Nurul Sheila, 6 Oktober 2012. Majlis berlangsung di GMI Bangi.

 
Ketibaan Nurul Sheila Khalib, pengantin perempuan bersama jambangan bunga

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak termasuk saudara-mara dan rakan taulan yang telah sudi menghadirkan diri dan menyumbang dalam bentuk apa jua, untuk menjayakan majlis perkahwinan anak lelaki saya Shahrin Nazrain bin Zahriman dengan pasangannya Nurul Sheila Khalib pada 6 ooct 12 yang lalu. Moga2 budi baik tuan puan, Tuhan Maha Esa juga akan membalasnya.
 
Bapa pengantin lelaki, Zahriman Alias bersama emak saudara pengantin lelaki, Zabedah Alias

 
Ketibaan pasangan pengantin disambut barisan teman-teman bermotor berkuasa tinggi
 
Bagi rakan-rakan dan jiran tetangga tidak menerima undangan dari saya, saya mohon ampun dan maaf kerana majlis saya kali ini tidak dibuat secara besar-besaran. Ia diadakan secara berkongsi dengan pihak perempuan, dan kehadirannya pula hanya dihadkan kepada saudara-mara terdekat dan rakan-rakan kedua-dua mempelai sahaja. Malah segala urusan persiapan perkahwinan dilaksanakan oleh kedua-dua mempelai sendiri tanpa bantuan dari orang tua mereka......Terima kasih. (Zahriman Alias)

 
Selamat Pengantin Bru Shahrin-Nurul



Mini Reuni Aluni TBSST di majlis pengantin di GMI, Bngi, tanpa MZMY yang ketika itu sedang berada di IJN, Kuala Lumpur.

 
Suasana majlis dalam Dewan.
 
 
 Lagi suasana majls dalam Dewan

 
Menunggu kompang berbunyi sebelum diarak masuk ke dalam Dewan.
 
 
Dewan Gemilang Mercu Idaman GMI, Bangi  tempat berlangsungnya majlis perkahwinan Shahrin Zahrain-Nurul Sheila 
 
 
Dewan Gemilang Mercu Idaman GMI, Bangi.
 
 
Bapa pengantin lelki, Zahriman menjelaskan kira-kira 20 orang kenkawan Kumpulan Alumni TBSST hadir pada majlis gilang-gemilang ini. Antara yang terawal hadir ialah Car Lim Aboo, Nathan  dan Hattar Othman sementara yang terakhir hadir Bahari Abdul. Rahman dan isteri Datin Rosiah.. 
 


 

2 comments:

  1. Selamt Pengantin Baru! Semoga berkekalan sampai ke anak cucu. Dan bagi bapa kedua-dua pengantin, Zahriman dan Khalib serta isteri masing-masing, selamat menerima menantu. Setahun lagi, mungkin kedua-dua ibu bapa pengntin akan menimang cucu baru pula. Insya-Allah

    ReplyDelete
  2. ZA, Selamat dapat menantu. Tahun depan Insya-Allah dapat cucu baghu kot. Pada maso yang samo, sodih jugak koghano pada hari yang samo sebelah malamnya kito kehilangan seorang kawan yang dedikasinya kepada grup sungguh luar biasa. Kami begitu merasakan kehilangannya. Namun Allahyarham Mohd Zain Mohd Yassin pergi menemui Allah Subhanahu Wata'ala. Allahyarham lebih disayangi. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
    Al-Fatihah...

    ReplyDelete