Friday, 17 August 2012

SELENDANG SUTERA UNTUK ZAINAB DI URTV

 


Ilustrasi Cerpen "Selendang Sutera Untuk Zainab" yang menghiasi cerpen itu di majalah URTV 1-15 Januari 1999.
Aku melihat jam inding pukul 3.00 pagi. Tanpa gosok gigi dan mandi aku mencapai begi kecilku yang sarat dengan pakaian dan melangkah ke pintu serambi. Aku melihat ayahku tidur di hujung serambi. Dia seperti kesejukan dengan badannya “mengekot” bagai udang galah baru dimasak. Sedih aku melihat ayahku tidur begitu dan seoraang diri ula. Biasanya ayahku tidur di kamar bersama ibu. Barangkali ayah terlalu mengantuk untuk ke kamar lalu tidur di serambi. Ayahku baru pulang dari Kuala Lumpur membawaku pulang bersama Uwan Saadan. Seminggu yang lalu aku lari dari rumah.
Tidak sampai hatiku meninggalkan ayahku begitu. Dan sebentar lagi ayahku pasti akan bangun untuk makan sahur bersama ibu dan adik-adikku. Tetapi aku telah bertekad untuk memenangkan semula hati ayahku. Dan untuk itu aku perlu meninggalkan rumah dan kampong halaman. Aku dapat membayangkan betapa ayahku akan marah apabila mendapat tahu sebahagian wang simpanan, hasil durian pada musim yang baru berlalu, telah aku gunakan. Hasil jualan durian itu  

telah ayah masukkan ke dalam akaun simpananku. Dan aku telah keluarkan $200 tanpa pengetahuan ayah. Dengan demikian, sebelum ayahku tahu aku perlu menggantikan semula wang itu. Aku telah menggunakan wang itu semasa mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang seminggu sebelum bulan puasa dahulu.
Aku meninggalkan rumah menuju jalan besar kira-kira saatu kilometer (lebih kurang setengah batu) jauhnya. Aku akan menaiki bas menuju Kuala Lumpur semula dan kali ini aku akan meneruskan perjaanan menuju pantai timur. Aku membawa bersama Sijil rendah pelajaranku. Sewaktu aku meninggalkan rumah minggu lalu, sijil itu kubawa juga. Hajat hati hendak mencari kerja sementara di musim cuti akhir tahun itu untuk mengembalikan semula wang ayahku.Ketika itu selama tiga hari berturut-turut aku mencari kerja dengan mengayuh basikal, milik sepupuku, seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang tinggal di berek depoh di Malaya Command Jalan Gurney. Sepupuku anak-beranak pulang kampong sewaktu aku menyelinap masuk ke dalam rumahnya dengan memanjat tembok dapur dan tanpa pengetahuannya.
Pada masa seminggu itu, aku menemui pengurus beberapa panggug wayang di Kuala Lumpur, antaranya panggung wayang Cathay, Federal dan Capitol. Rasanya panggung wayang Rex juga aku pergi. Aku menemui mereka untuk memohon kerja sebagai pekerja panggung. Tetapi gagal. Aku juga menemui tauke restoran untuk menjadi pelyan atau tukang cuci pinggan. Namun tidak seorang pun mahu memberiku kerja. Alasan mereka aku terlalu muda. Badanku yang relative besar belum boleh menjamin aku diterima bekerja, kerana kad pengenalanku menunjukkan aku belum cukup umur[a1] .
Semasa menunggu bas di jalan besar di Kampong Perah, aku teringatkan masa-masa gembiranya bersama rombongan ke Pulau Pinang. Itulah kali pertama aku ke Pulau Mutiara itu. Sepanjang perjalanan dalm bas menuju pulau itu aku dan kawan-kawan sekolahku menyanyi dan menari dalam bas. Ada yang tanggalkan baju kerana kepanasan dan ada yang basah kuyup oleh keringat. Sepanjang malam ramai yang tidak tidur kerana kesukaan. (Bas yang membawa rombongan adalah bas Southern yang bernombor plat N 4050).
Turut dalam rombongan seorng primadona sekolah, rakan sekelasku. (Namanya terpaksa dirahsiakan bimbang sensitif- afy). Kawan wanita sekelasku ini sungguh ayu dan tak seorang pun akan jemu memandangnya. Mukanya bujur sirih dan kulitnya putih melepak. Ramai juga pelajar senior yang cuba mendekatainya namun dia pandai jaga diri. Adalah dua orang pelajar lelki yang si dia ini berasa senang berdmpingan, dan kalau aku tak perasan, aku salah seorang daripada dua pelajar itu.
Semasa berada di Pulau Pinang, aku mahu berdampingan lebih rapat lagi dengannya. Aku meminta bantuan sepupuku yang turut sama dalam rombongan (nama juga dirahsiakan bimbang sensitif). Sepupuku ini begitu intim dengan si dia.Di Kebum Binatang (Botanical Garden) aku menghampiri mereka berdua yang kebetulan sedang asyik berbual di satu bangku. Aku menyapa mereka. Si dia menjelingku hingga membuatkanku jadi tak keruan. Darahku berderau dan jantungku berdegup kencang.Aku dipersilakan duduk dan kami pun berbual panjang. Dan kami juga ketawa memanjang apabila ada cerita yang kami anggap kelakar.
Tidak ramai orang di persekitaran tempat kami duduk itu. Barangkali anggota rombongan yang lain serta pengunjung taman tengah asyik dengan kera dan monyet serta melihat pohon-pohon tua yang masih lagi utuh dibelai dan dijaga rapi.
“Kau tak nak kasi hadiah ke kepada orang sebelah ini? Hari ini hari jadinya,” ujar sepupuku.
“Yang ke berapa” Ke 17 atau 71?” gurauku.
“Jangan nak mengada,” kata si dia. “Tengok orang ya!”
Lama juga kami bertiga di tempat itu sehingga Miss Loo Kim Leng (salah seorang guru pengawas rombongan memanggil kami. Aku memikir-mikirkan sesuatu. Inilah masanya untuk aku ingin buktikan yang dia tertarik denganku. Dan inilah juga masanya aku akan mendahului pesaing-pesaing yang lain untuk menambat hatinya. Petang itu juga aku bersama seorang kawan baikku, ke kedai pakaian. Aku memilih selendang sutera dan satu set sapu tangan untuk si dia. Sebelum itu aku mengeluarkan wang simpananku di pejabat pos.
Sepupuku berasa hairan dari mana aku dapat wang untuk membeli hadiah untuk si dia. Sepupuku itu tahu benar ayahku cuma membekalkan aku dengan $50 untuk kunjungan itu. Sepupuku melihat aku “happy” sahaja nampaknya.
“Kau curi duit kawan-kawan ke?”tanya sepupuku.
“selisih malaikat,” jawabku. “Aku pun ada duit simpanan.”
“Kau bukan tak tahu aku dapat biasiswa Federal setiap bulan,” ujarku lagi. Sememangnya aku terima wang biasiswa Persekutuan (Federal Scholarship) sebanyak $45 sebulan sejak Form 1 lagi.
Sepupuku tak banyak tanya lagi selepas itu tetapi sepupuku tetap kurang yakin. Si dia menerima hadiah dariku dengan senyuman melirik. Matanya lekat menerjah mataku sehingga debar jantungku kembali kencang. Aku bagaikan berada di mahligai syahdu dan rasanya aku benar-benar tengah mabuk cinta.
Aku tak sedar bahawa bas pertama pagi itu dari Tampin telah sampai di tempatku menunggu di Kampong Perah. Serta-merta ingatanku kepada peristiwa di Pulau Pinang itu hilang semasa aku bergegas menaiki bas. Hari sudah tinggi benar apabila aku sampai di Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur aku menaiki bas ke Kuantan pula. Sungguhun aku belum mempunyai tujuan yang pasti tetapi aku teringatkan bapa saudaraku yang bekerja di Bandar itu. Walauun aku tiak ada alamatnya namun aku nekad mencarinya, paling-paling aku dapat menumpang beberapa hari dalam usahanya mendapatkan pekerjaan. Aku mengerti bahawa bapa saudaraku sekeluarga akan pulang kampong beraya. Aku berharap dapat berhari raya di kampong sebaik sahaja aku dapat mengembalikan semula wang ayahku yang telah dipakai itu.
Di Kuantan, senja mula menyelubungi suasana. Bandar Kuantan aku jejaki buat pertama kalinya. Aku langsung mencari masjid yang rupanya berdekatan dengan stadium. Dalam keadaan begitu aku ingin menemui Tuhan. Pun waktu berbuka puasa hampir tiba. Aku hanya berbuka puasa dengan air paip dan nasi bugkus yang kubeli daripada warong behampiran. Selesai solat Maghrib aku memikirkn Hari Raya yang bakal tiba. Apakah mungkin aku Berjaya mendapatkan wang sebelum hari raya? Apakah ayahku akan merestui perbuatanku ini? Atau ayahku akan menempelakku. Aku tahu benar perangai ayahku seorang yang pebengis kepada anak-anaknya. Aku ingin mencari petunjuk. Dalam waktu yang bersamaan wajah si dia terbayang di depan mataku.
Ayunya dia. Kerapkali, selepas sekolah, aku akan mengiringinya pulang bersama teman-teman yang lain yang akrab dan sekelas denganku. Kadang-kadang turut juga sepupu perempuanku dan kawan-kawan wanita sekelas yang lain. Rumah orang tua si dia ini tidak berapa jauh dari sekolah dan dalam perjalanan pula ke Stesen bas Tampin-Seremban. Sesekali tangan kami bersentuhan dan ketika bersentuhan si dia menjelingkan matanya kepadaku dan diiuti senyuman yang hampir menghilangkan separuh imanku. Bagiku, ketika itu inilah wanita jatung hatinya, dan aku seperti berikrar akan bersamanya selagi hayat di kandung badan. Begitulah nekadnya aku meletakkan cintaku.
Pernah juga aku berkirim surat melalui sepupuku. Tetapi jarang aku lakukan kerana hampir setiap hari aku melihatnya di sekolah. Suratku dibalasnya, juga melalui sepupuku. Semakin lama semakin dekat wajah si dia di hatiku, sehingga kaang-kaang aku lupa di mana aku berada – di dalam kelas, di stesen bas atau di rumah. Begitu taksub rasanya aku terpaut kepadanya.
Aku melihat sekeliling. Aku berusaha meyakinkan diriku sedang berada di sebuah Bandar yang begitu asing bagiku. Ada risikonya. Malam semakin larut dan aku tidak punya piihan kecuali tidur di masjid. Aku beruntung kerana ada ramai tamu yang tak diundang di majid malam itu. Ada yang datang dari Kota Bahru dan Kuala Terengganu untuk tumpang tidur.
Tiba-tiba belum pun sempat aku melelapkan mata, aku terasa ada orang sedang menghimpitku dan satu benda keras lagi tajam menyucuk belakangku.
“Jangan bersuara,” Aku terdengar suara seorang lelaki sedang berbisik sesuatu kepadaku.

Aku mendiamkan diri. Cemas.Aku menggigil ketakutan. Sekonyong-konyong aku terasa satu tangan menyelok saku seluarku. Dompet dan buku akaun simpananku diambil dan sebentar sahaja orang itu menghilangkan diri dalam gelap. Aku tergamam dan tak terkata. Peluk sejuk mulai mengalir di bahagian belakang badanku.
Sepanjang malam aku tak dapat tidur, memikirkan apa yang perlu aku lakukan esok dan hari-hari beikutnya. Wangku sebanyak $30 telah lesap bersama dompet dn buku akaun simpananku. Turut hilang kad pengenalan dan secebis kertas yang tertulis alamat rumahku. Sepanjang malam aku bersandar di tiang veranda masjid, hanya memerhatikan orang lain tidur dengan nyenyak di sekelilingnya.
Esoknya, sepanjang hari aku mencari rumah bapa saudaraku itu. Aku bertanya ke sana ke mari, namun gagal menemuinya. Ada yang bilang bapa saudaraku telah pindah ke Kuala lumpur. Ada yang kata dia sudah meninggal dunia, malah ada pula yang kata tak pernah kenal orangnya. Senja datang lagi apabila aku pulang semula ke masjid. Aku bukan sahaja keletihan tetapi sudah mula berasa takut. Senja itu aku hanya berbuka dengan air paip lagi dan kali ini makan sebuku roti kelapa.
“Hari Raya,” fikirku, “mahu pulang? Bagaimana kata ayahku nanti?”
Aku bermalam sekali lgi di masjid itu. AKu tidak apat meramalkan apa akan terjadi kepada diriku malam itu lagi kerana sekali lagi aku akan tidur bersama-sama orang-orang musafir.
Serta-merta itu juga aku rindukan keluargaku di kampong. Aku teringatkan kawan-kawan sekolahku. Mereka mungkin bersama-sama dengan keluarga sambil menikmati juadah berbuka. Air jernih mula keluar di kelopak mataku.Kata-kata terakhir ayahku semasa membawaku pulang beberapa hari lalu menerpa –nerpa datang dan pergi dalam kepalaku.
Aku tahu dalam bengisnya ayahku tetap menyayangiku. Aku menyedapkan diri dengan berkata dalam hati bahawa ayahku tidak akan marah aku menggunakan wang itu. Ayahku cuma mahu aku berterus terang. Apa sahaja masalah boleh dibincangkan. Aku teringatkan kata-kata ayah, “duit boleh cari.” Ketika itu juga aku mahu sahaja menangis sekuat-kuat hatiku. Namun hanya sedu-sedan mengiringku dalam gelap malam itu.
“Pulanglah,” kata hatiku, “Ingatlah ayah, ibu dan aik-adikmu.”
Namun aku memperkuat tekadku untuk mencari wang menggantikan wang ayahku. Banyak itu. $200. Namun aku tidak tahu caranya atau di mana. Setiap kali aku melamar pekerjaan setiap kali itu pula lamaranku ditolak dengan alasan aku masih bawah umur dan sijilku terlalu rendah. Dalam keadaan begitu aku hanya dapt melayani perasaanku sendiri bersama nyanyian nyamuk yang kadang-kadang membingitkan telingaku sahaja.
Entah bila aku terlena aku tidak pasti kerana apabila aku bangun suara azan sedng mengalun lunak memecah subuh sunyi. Aku bangun dan mengambil wuduk. Aku memhon petunjuk daripadaNya. Setelah sembahyang Subuh aku terasa ingin menemui Imam masjid dan dengan penuh khusyuk dan tawaduk aku menyerahkan nasibku kepada Imam yang kemudian membawaku pulang ke rumahnya.
“Kamu puasa?” tanya Imam setibanya kami di rumahnya.
“Ya, Tuan Haji,” jawabku.
“Tak sahur malam tai?”
“Tidak.”
“Boleh tahan ke sampai petang?”
“Insya –Allah, Tuan Haji.”
Imam kemudian mengangkat telefon dan cuba menghubungi Balai Polis Kota yang terletak berhampirn rumahku.
“Tak mengapa. Polis Kota akan menghubungi ayah kamu untuk memberitahu yang kamu selamat di sini. Pergi mandi dahulu dan nanti saya akan hantar kamu ke stesen bas.”
“Tapi saya tak ada duit, Tuan Haji!”
“Tak usah fikirkan. Yang penting cuba fikirkan perasaan ayah yang mungkin siang malam berdoa akan keselamatan kamu. Pulanglah, Insya-Allah kamu akan selamat. Minta ampun pada ayah di bulan Ramadhan ini. Raya pun tak lama lagi. Hari yang baik untuk kamu minta ampun pada ayah dan ibu. Sekolah jangan abaikan. Kata kamu kamu ada hanya tinggal setahun lagi nak selesai. Ingatkan ayah dan ibu. Sebengis-bengis ayah, sayangnya kepada kamu dan anak-anak jangan kita lupakan. Jangan terlalu ikutkan hati,” katanya.
Aku mengucup tangannya sebelum menaiki bas menuju Kuala Lumpur. Tiba-tiba aku betul-betul rindu kepada ayahku, ibuku dan adik-adik semua. Dn lebih pada itu wajah si dia tetap berbayang di depan mataku!
(NB: Tajuk asal cerpen karangan A.F.Yassin ini ialah "Nekad" tetapi telah diedit oleh Editor majalah URTV yang menyiarkan cerpen ini kepada tajuk “Selendang Sutera Untuk …. Nama watak digantikan dengan orang pertama, kedua dan ketiga untuk melindungi nama sebenar. Cerpen ini didasarkan kepada cerita benar. Kisah berlaku sekitar awal tahun 1960-an. Cerpen ini telah disiarkan pada 1-15 Januari 1999.)

Komen:
Cerpen ini ditulis berdasarkan ilham yang dicetuskan gambar ini daripasa hasil koleksi peribadi crpenisnya.











4 comments:

  1. Ese salin somulo komen-komen daripada kenkawan sotolah cerpen ini ese siarkan dalam Blog TBSST terdahulu untuk rekod sajo. Kalau lopeh ini ado kenkawan yang nak ulas lobih lanjut ia amat dialu-alukan:
    10 comments:
    Zahriman Alias23 July 2012 06:32
    Terima kasih. Dah baca, sangat menarik. Dulu saya tak pernah kenal abang Fadzil, hanya semenjak dua menjak kita di dalam TBSST baru kita berkenalan. Kali pertama kita bersua pada 1 Mei semasa kita mengadakan majlis perjumpaan TBSST buat kali pertama di Taman Tasik Shah Alam. Tika itu saya melihat abang seorang yang sangat lembut, pekerti yang exampilary walau pun mulutnya kurang peramah. Namun tak saya sangka pula di sebalik kelembutan itu terdapat satu keberanian tahap luar biasa, tahap kenekadan yang begitu jitu.....tak ketinggalan tahap keRomeoan yang sukar ditandingi. Hmmmm.......Tingkatan 4 dah pandai, dah berani, sampai perabih duit abah semata2 nak bg gf satu hadiah yang bukan calang2 nilainya......syabas kau warigh. Memang handal kau abang Fadzil...!! Namun syukur Alhamdulillah kerana semuanya settle selepas itu, dan abang dapat menyambung pelajaran balik dan dilantik vice school captain pulak tu....seterusnya berjaya dengan cemerlang. Tahniah......

    ReplyDelete
    Anonymous23 July 2012 07:05
    Apabila saya baca kisah yang ditulis oleh A.F.Yassin, teringat saya akan peristiwa Guru Sejarah Mr. M.C. Chacko bercerita tentang perayaan pelbagai kaum di Malaysia daam satu kelas Sejarah. Banyak pelajar yang merungut kerana Mr. Chacko terkeluar dari subjek sejarah. Namun oleh kerana kepintaran Mr. Chako brceloteh tidak terasa kebosanan sepanjang 45 minit belajar itu. Walaupun Mr. Chacko mengajar dengan menggunakan buku nota di tangannya namun dia pandai menarik minat ramai pelajar. Mr. Chacko adalah salah seorang guru pengawas yang turut serta dalam rombongan ke Pulau Pinang itu. Salah seorang yang lain adalah Cikgu Tara Singh, juga seorang guru yang dedikasi kepada tugasnya.Yang masih kami ingat ialah kalau ada pelajar yang tidak dapat menjawab soala maka alamat pelajar itu akan kena hukuman "to get taller". Yang kelakarnya ada pelajar yang telah anticipate hukuman yang bakal dikenakan akan berbisik sesama sendiri; "get tolol".Maksudnya kena berdiri di atas kerusi sepanjang dia mengajar. Apapun, tahniah buat mereka yang mengasuh kami hingga kami menjadi seperti adanya hari ini. Walaupun kami sudah lama bersara.

    ReplyDelete
    Anonymous23 July 2012 13:47
    Tiap kali ese lalu kek sekolah rendah government Tampin (sekarang)TBS, teringat ese tigo anggota keluarga yang semuanya guru - Mr. Chapman, Mrs. Chapman dan Miss Chapman. Mrs. Chapman ngajar ese lagu-lagu Mat Saleh sambil main piano. Salah satu lagu yang ese masih ingat ialah Humpty Dumpty.

    ReplyDelete
    Anonymous24 July 2012 11:26
    Sapo lah gek eh pompuan botuah yang dapek hadiah solendang sutoro. Agak he sapo yang toghimo hadiah itu angkek tangan, kona an diri he.. nak tau yo, manolah tau kok kono waghih den. first..first nak tau kek mano toboh kampong he, kek pulau sobang ko, kek Tampin ko, kek ropah ko atau kek kondong ko. Atau kek ulu gadong atau kek sotano rajo. Bak kata mat saleh put your hands up if u are the person. kito musti ingat watak "aku" dalam kisah ini berkorban duit mak bapak he somato-mato syokkan pompuan ni. Takkan lah watak "aku" ini hanya botopok sobolah tangan atau bak kata oghang puteh "unrequitted love".

    ReplyDelete
    Anonymous24 July 2012 20:36
    ini musti cinto koro ni kalau ikut bahaso budak-budak mudo ari ni

    ReplyDelete
    Anonymous28 July 2012 04:12
    Hebat kau afy. Baru form four dah berani ketempat yang asing bagi mu. Yo tk iyo kan sapo lah pompuan yan bertuah tu gak eh kan? Kok lah dio baco cerprn tu gimanalah reaksinya kan?

    ReplyDelete
    RepliesALUMNI TBSST28 July 2012 10:55
    Ese pun mongolintin gak nak tau reaksi hee. Sobab dah lamo bona coghito ni. Donga cito eh tak donga langsung bogitu lopeh tu.

    ReplyDelete
  2. Anonymous29 July 2012 08:17
    AFY, kok sony Abdullah tak cadangkan kita tulis cito cito ni tk kuar cito selendang sutera ni doh kan. AF Y sesajolah sobut nama eh tak uleh koh? Anda kan ada sumpah setia pun tak revealkan penerima selendang tu. ala sobut an lah dio tak kan baco punya. Sobut lah

    ReplyDelete
    Anonymous29 July 2012 08:24
    AFY, mosehlah edit an sumo yang se dah tambah. Jadi kesah se tu kiro dah komplitlah tu. tingga satu cito sampingan lai. Yang Zariman lupo suruh cito. Kisah putus cinto pertama. Ini raso eh lai sensasi dan pathetic sikit.

    ReplyDelete
    A.F.Yassin31 July 2012 09:14
    Ini ese dah tambah gambar ilustrasi pada cerpen ini yang ese ambik dari majalah URTV tu. Judul cerpen eh pun ese dah ubah balik ko asal eh. Dah tak ado dotdotdot laie doh. Haghap somuo kenkawan pueh hatilah yo. Misteri dah tobongkar, paling-paling AAB pun dah tolorai coghito awek misterinya. Dah jadi macam coghito Labu dan Labi pulak dah. Duo jantan syokkan pompuan yang samo. Rahsio punyo rahsio bilo lihat gambar, muko eh samo. kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Boto boto cam cito labu labi kesah kito berduo ni kan? Hebat yo arwah tan sri tu kan. Rupo rupo eh labu labi ujud lam dunia nyato. Tompi kok kito tak hint hint keh pp kito hari tu bongka tak gadis z tu kan? Wallah hu aklam!

    ReplyDelete
  4. Dah borapo kali ese tengok filem labu dan labi ini. Kadang-kadang ngeleng palo sondighi. Camno boleh syok pada pompuan misteri yang samo. Dan osah handa eh simpan rahsia. agak eh kalau tak ado fb dan blok TBSST ini tontu coghito ini tak tolondeh keluar. Kotawa bosa dibuek eh..

    ReplyDelete