PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR TBS BATCH 1969 PADA 01 NOV. 2008

PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR TBS69

Foto by Aziz Majid.

Zahriman Alias:  Tahniah kepada TBS 69 kerana telah mengadakan perjumpaan ini di kalangan mereka seawal tahun 2008. Ramai jugak yang hadir nampaknya tu, saya kira ada 27 orang dalam gambar tu. Saya tidak pasti konsep apa yang digunakan untuk menjayakan majlis ini. Nampaknya ada khemah didirikan, tetapi lokasi tak tahu di mana, rumah siapa. Makanan pulak cara buffet saja, siapa pula yang menyediakan makanan. Yang pasti, konsep perjumpaan macam ni memerlukan perancangan dan persediaan yang banyak dan remeh. Boleh dapek tahu sapo yang main peranan ponting dalam menguruskan ni dulu.....nak ucap tahniah kek dio.
Tapi pado pendapat sei, perjumpaan kito kek Kodai Kopi Taman Tasik Shah Alam dulu lobeh sonang dan boleh terlaksano dengan tanpo apo2 persiapan. Esei sudah memulakan perjumpaan ex-TBS di Kodai Kopi tu semenjak tahun 2005 (lebih kurang). Kami mengadakannya lebih kurang sebulan atau 2 bulan sekali. Diantara yang kerap hadir maso tu ialah saya, Allahyarham Tahirul Tahir TBS66 yang selalu membantu saya membuat pengajuran, Salleh Simon TBS66, Alias Talib TBS66, isterinya Noraini TBS66, Ibrahim Shamsudin TBS 65, Mohammad Ibrahim TBS67, Dato Hamzah Shamsudin TBS68, Fisol Hj Mahmud TBS65 pernah datang sekali, Amin Tambi TBS69 dan isterinya Kasmah TBS69 pernah datang diperingkat kemudian, dan sorang lagi yg agak junior pernah datang bersama Tahirul. Ekoran dari perjumpaan itu, saya bersama 4 beranak, Tahirul suami isteri dan Amin Tambi suami isteri telah menyertai lawatan ke Solo, Jogjakarta dan Jawa Tengah pada hujung tahun 2008. Namun selepas meninggalnya arwah Tahirul, perjumpaan kami telah terhenti. Pada ketika itu semua urusan untuk mengadakan perjumpaan hanya dibuat melalui panggilan telefon dan SMS sebab ketika itu belum ada fb.
Perjumpaan2 kita yang terkini sebenarnya bermula dari satu majlis perkawinan anak Karim Bidin di Kelaya Jaya pada tahun 2009 di mana ramai ex-Tbs telah hadir. Di perjumpaan itulah saya mengenai antara lain saudara Mohd Zain Mohd Yassin dalam pertemuan sepintas lalu. Kalau tak salah, pada tahun 2010 saya bertembung semula dengan Zain di kedai Nasi Kukus Ayam Dara di pekan Kepong (bersebalahan Balai Polis Kepong) dan kami terus berkawan akrab, mula2 melalui telefon, kemudian melalui fb. Dan melalui fb jugalah saya mengenali saudara Ahmad Fadzil Yassin sehinggalah saya mengesyorkan perjumpaan terbesar kita di Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam pada tahun lepas.
 
Hattar Othman : Perjumpaan yg dinyatakan oleh Zahriman di atas di atas adalah kali ketiga bagi kami yg batch '69. Kali pertama di Shah Alam (Hotel Concorde ko apo namo eir), (tak salah tahun 2000). Kali kedua kami buat di Hotel Hilton Seremban, saya tak berapa ingat tarikh nya. Yang pada 1/11/2008 ini adalah kali ke 3 kami buat, bertampat di Seremban di sekitar kawasan rumah Sdr Hj Mohd Rais bin Abd Hamid. Taman Bukti Ampangan. Pengerusi majlis Sdr Hj Shariffuddin Idris daripada KL, AJK-AJK kebanyakan daripada Seremban. Hj Johari Hashim sebagai Bendahari dan saya sebagai Setiausaha. Semua kami buat sendiri.
Kutipan anggaran perbelanjaan dibuat semasa melapor diri. Saya rasa tiada masalah, tentang menu-menu pula ada yang di sponsor oleh individu dan yang disediakan oleh AJK. Peralatan yg diguna sama, perbelanjaan di kongsi bersama. Kalau kita mempunyai perancangan yang baik dan kerjasama yang mantap, semuanya boleh dibuat dengan baik dan berkesan. Sehingga sekarang kami yang di Seremban ada juga berkumpul-kumpul yang kecil-kecilan, sembang-sembang dan makan makan ditempat-tempat dan masa-masa tertentu. Pokoknya kita boleh berjumpa tak kira apa kaedahnya.
 

7 comments:

  1. Komen pertemuan tbs69 2008 dalam FB.
    Foto by Aziz Majid.
    Zahriman Alias: Tahniah kepada TBS 69 kerana telah mengadakan perjumpaan ini di kalangan mereka seawal tahun 2008. Ramai jugak yang hadir nampaknya tu, saya kira ada 27 orang dalam gambar tu. Saya tidak pasti konsep apa yang digunakan untuk menjayakan majlis ini. Nampaknya ada khemah didirikan, tetapi lokasi tak tahu di mana, rumah siapa. Makanan pulak cara buffet saja, siapa pula yang menyediakan makanan. Yang pasti, konsep perjumpaan macam ni memerlukan perancangan dan persediaan yang banyak dan remeh. Boleh dapek tahu sapo yang main peranan ponting dalam menguruskan ni dulu.....nak ucap tahniah kek dio.

    Tapi pado pendapat sei, perjumpaan kito kek Kodai Kopi Taman Tasik Shah Alam dulu lobeh sonang dan boleh terlaksano dengan tanpo apo2 persiapan. Esei sudah memulakan perjumpaan ex-TBS di Kodai Kopi tu semenjak tahun 2005 (lebih kurang). Kami mengadakannya lebih kurang sebulan atau 2 bulan sekali. Diantara yang kerap hadir maso tu ialah saya, Allahyarham Tahirul Tahir TBS66 yang selalu membantu saya membuat pengajuran, Salleh Simon TBS66, Alias Talib TBS66, isterinya Noraini TBS66, Ibrahim Shamsudin TBS 65, Mohammad Ibrahim TBS67, Dato Hamzah Shamsudin TBS68, Fisol Hj Mahmud TBS65 pernah datang sekali, Amin Tambi TBS69 dan isterinya Kasmah TBS69 pernah datang diperingkat kemudian, dan sorang lagi yg agak junior pernah datang bersama Tahirul. Ekoran dari perjumpaan itu, saya bersama 4 beranak, Tahirul suami isteri dan Amin Tambi suami isteri telah menyertai lawatan ke Solo, Jogjakarta dan Jawa Tengah pada hujung tahun 2008. Namun selepas meninggalnya arwah Tahirul, perjumpaan kami telah terhenti. Pada ketika itu semua urusan untuk mengadakan perjumpaan hanya dibuat melalui panggilan telefon dan SMS sebab ketika itu belum ada fb.

    Perjumpaan2 kita yang terkini sebenarnya bermula dari satu majlis perkawinan anak Karim Bidin di Kelaya Jaya pada tahun 2009 di mana ramai ex-Tbs telah hadir. Di perjumpaan itulah saya mengenai antara lain saudara Mohd Zain Mohd Yassin dalam pertemuan sepintas lalu. Kalau tak salah, pada tahun 2010 saya bertembung semula dengan Zain di kedai Nasi Kukus Ayam Dara di pekan Kepong (bersebalahan Balai Polis Kepong) dan kami terus berkawan akrab, mula2 melalui telefon, kemudian melalui fb. Dan melalui fb jugalah saya mengenali saudara Ahmad Fadzil Yassin sehinggalah saya mengesyorkan perjumpaan terbesar kita di Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam pada tahun lepas.

    Spescial mention untuk Abang Fadzil dan Zain kerana mereka adalah antara tonggak utama penubuhan TBSST dan Alumni TBSST, juga menyelaraskan pertemuan2 kita. Terima Kasih tidak terhingga kepada Abang Fadzil kerana peranan utama beliau dalam mengendalikan Blog Alumni TBSST dari mula hingga kini. Saya lihat beliau banyak berusaha secara sendirian tanpa bantuan pihak lain. Saya rasa, sepatutnya ada pihak lain yang membantu abang Fadzil menguruskan blog ini bagi memastikan kesimbungannya di masa2 akan datang.
    Abu Aman Bachik: Ese maseh memikirkan bahawa pertemuan di Kedai Kopi is still the best and the easiest. Kita tk perlu persediaan apa apa selain daripada memberi tahu members cara sms atau fb! Tempatnya santai dan banyak space.

    Zahriman Alias: Tepat sekali cikgu. Sebarang pertemuan di tempat lain akan memerlukan pengajuran, kena tubuh AJK, kutip duit dan sebagainya.....nak kutip duit satu hal, nak mengesahkan kehadiran s...See More

    Abu Aman Bachik: Yo boto kato u tu. lagi pun it involves a lot of cash. Kek kedai kopi tu if u go dutch, tak komeh pun sepuluh hinggit kan?

    Mohamad Ayob Hasim: ese memang setuju buek kek kodai kopi tu....dapek gak tolong org kg kito dan yg ponting tompek tu santai jo

    Ahmad Fadzil Yassin: sotuju. kito jadinlah Koddai Kupi Shah Alam venue kito yang kokal kalau nak botomu. Lokasi eeh pon strategik. Dan kito boleh jumpo anytime, walaupon soghang kito jo.

    ReplyDelete
  2. Komen tambahan foto tbs69 by aziz majid
    Zahriman Alias: Tepat sekali cikgu. Sebarang pertemuan di tempat lain akan memerlukan pengajuran, kena tubuh AJK, kutip duit dan sebagainya.....nak kutip duit satu hal, nak mengesahkan kehadiran satu hal lagi. Kang kok ramai tak datang, sapo nak tanggung rugi......hish banyak kojo eh hee....orang2 tuo macam kito dah maleh dah nak buek kojo2 macam tu.

    ReplyDelete
  3. Den kigho-kigholah dah banyak kali alumni TBS ini bojumpo, botomu sejak zaman dulu laie. Tak ada rekod atau sojarah eh. Ponah den ingat kito buek kek Kelab Rekreasi Tampin, ponah kito bek kek soromban, ponah kito buek kek shah alam.

    Tak ado soghang pun tahu sejarah potomuan ini. Kaghang ini dah ado FB, dah ada blog kito sondighi, elok bonalah kito manfaatkan. Sapo jo yang ada boghito atau pongumuman hantar jo ko dalam fb atau emel atau melalui kenkawan. Nanti adolah soghang yang haghi ini tak ado kojo eopanjang tahun yang tolong catatkan, rekodkan sebagai satu sojarah alumni atau bokeh pelajar TBS ini.

    Den ghaso dah boghibu dah bokeh pelajar TBS ini bosolerak di solughuh nogara. Ada yang dah pencen, ado yang kojo laie, tuo muda miskin kayo. Somuo eh ini bokeh polajar TBS. Den sotuju bonar kaghang ini Zahriman Alias dan Mohd Zain Mohd Yassin dah kito lantik monyelaraskan kogiatan Alumni kito ini ke dalam grup ALUMNI TBSST.

    Jadi eloklah kita manfaatkan an kito buek sobagai satu grup dan di bawah satu bumbung. Taak payah pasang khemah ko, buek di ghumah masing-masing ko, kecuali nikah kahwin dan ziarah kematian. Kito gunaan Kedai Kopi Shah Alam itu tompek kito botomu. Dan yang lobeh ponting we go dutch. Den sotujo bona tu.

    Kito pon dah banyak yang tuo-tuo. Ontah bilo kito dapek jumpo laie. Ada poluang dan ruang yang tinggak sikit-sikit ini, kita eratkan saliturrahim kito. Tak payalah kito jumpo topisah-pisah. Amacam boys and girls, sotuju cadangan den ini?

    ReplyDelete
  4. Ese setuju bebona cadangan tu. go dutch sonang ringkas dan santai. Apo selero nak order yo. Tompi kok ado yang sponso eh, kocik tapak tangan niru kito nantian.Kok ado yang berhajat nak buek sendiri sendiri, po salah he lak. Buek jo lah. Nang jumpo kek kodai kupi tu pun kita hidupkan jugak. Cam no pikian yang lain?

    ReplyDelete
  5. Komen temu tbs 69 tambahan fb
    Abu Aman Bachik: sotuju. kito jadinlah Koddai Kupi Shah Alam venue kito yang kokal kalau nak botomu. Lokasi eeh pon strategik. Dan kito boleh jumpo anytime, walaupon soghang kito jo.

    Car Lim Aboo : Man, ese sokong ponoh KODAI KOPI kita jadikan hq kito tompek lebar, carpark ado bak kato AAB kito sonang tak payah planning apo pun call ajo kekawan dan call owner kodai masak lobih sikit itu saja then we go dutch no hanging bill sesuai sunggoh nak mongok sampai sonjo pun boleh

    Abu Aman Bachik: Mang boto tu Car Lim. Toknak balek pun takpodoh kan Car Lim. Nak bermalam kek situ pon buleh. Mosojid pun dokek, bosa. Bontang kemah untuk bermalam pun seleso.

    Abu Aman Bachik: AFY, makan borianingam dah lon? Tak do gamba eh puuun!

    Ahmad Fadzil Yassin: bolom laie AAB, Ese masih kek ghumah anak kek BBB (kajang). Nk ikut ko, u are welcome. Tompek ini kek Jalan Rahman Putera, ese solalu makan kek situ. Kalau makan malam siap dongan karaoke sokali. Nasi boriani gam Power Btu ahant. Hargo pon taklah maha sangat.

    ReplyDelete
  6. Keterangan Hattar Othman melengkapkan caption story ini. Ese ghasolah pertemuan dalam kalangan batch ini elok bona diteruskan, baik secara grup mahuun secara kecil-kecilan seperti yang dijelaskan Hattar. It's good, it really is. Apatah laie dalam tempoh yang kito tidak mengetahui boghapo lamo laie kito akan bertemu dongan kenkawan. Nmun pada maso yang samo kito konolah tulih pongalaman kito untuk generasi penorus - anak-anak kito dan cucu-cucu kito. Pendek dan ringkas will do, seperti yang ditulih Zahriman, AAB dan yang lain-lain itu amt momadai. Kalau boleh sertakan foto sekali, baik foto solo yang lamo-lamo itu atau foto boghamai dongan geng-geng. Barulah nostalgia habih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen di ateh ditulih oleh Admins. Alumni TBSST, bukan oleh Admins. Aluni TBSST. Ado huruf totinggal. Maklumlah oghang tuo yang nulih. Mintak maaf jo le...

      Delete