Saturday, 15 September 2012

ARWAHATUK LATIFF SENALI NAIK HAJI TAHUN 1951


 
STESEN KTM TAMPIN DI PULAU SEBANG  ATUK LATIFF KE SINGAPURA MELALUI STESEN INI TAHUN 1951. PADA TAHUN ITU LOKOMOTIF GUNAKAN ARANG BATU.
 
Tahun 1951 saya baru berumur tiga tahun. Pada tahun tersebut arwah atuk saya sebelah abah pergi menunaikan haji ke Mejah. Namanya Abdul Latiff bin Senali, tinggal di Kampung Tengah, Penajih, iaitu kampung asal arwah abah. Beliau pergi Mekah naik kapal laut dari Singapura. Ye, saya ingat, saya pun ikut serta menghantar Tok Latiff pergi Mekah sampai ke Singapura. Mula-mula kami naik kereta sapu dari kampung sampai ke stesen keretapi Tampin. Ramai sungguh sanak sedara yang turut hantar atuk sampai stesen Tampin. Itulah pertama kalinya juga saya pergi stesen keretapi dan dapat tengok keretapi dekat-ekat.....wah sukanya.
 
Inilah gambar keluarga saya pada tahun 1959 (bukan 57). Dari kiri Bang Ngah Dzulkifly masa tu MCKK, saya masa tu SMC II URES, Emak tersayang Aishah meninggal 1 tahun lepas gambar ni diambil, arwah abah Cikgu Alias bin Abd Latiff, adik bongsu dari 1 emak 1 abah Norlin sekarang mendiami rumah kampung, kakak Siti Zubaidah masa tu MGC Jalan Damansara, dan Bang Lang Baharuddin masa tu Federal Military College Port Dickson
 Mula-mula saya ingat kami pergi hantar atuk sampai Tampin saja. Rupa-rupanyanya masa Atuk naik keretapi, arwah abah, emak dan beberapa sedara lain pun naik keretapi tu. Saya pun ikutlah. Wah lagilah best. Itulah pertama kali saya naik keretapi. Amat jauh perjalanannya. Tiba di Singapura, ada tiga perkara yang saya ingat dengan jelas. Satu, di sana banyak kereta dan banyak bangunan tingg. Kedua, saya dibawa pergi ke satu taman. di mana saya lihat ada binatang, ada ikan dan patung dibuat dari batu yang ada keluar darah. Taman apa tu saya pun tak tahu. Mungkin Botanical Garden. Ketiga, saya ingat tinggal di berek askar.

 Peristiwa tinggal di berek ni saya tak boleh lupa, sebab suatu ketika saya keluar merayau sorang-sorang  keluar dari rumah. Taklah jauh, dekat aje. Kemudian semasa hendak balik saya tak tahu rumah mana nak dituju, sebab semua rumah di situ sama saja rupanya. Saya jengok dari satu pintu ke satu pintu, tengok muka orang-orang yang saya tidak kenal. Sahlah, saya dah sesat. Lalu saya menangis sekuatkuat hati. Barulah emak abah saya perasan dan jemput saya balik.
 
KERETAPI PULAU SEBANG, MELAKA, TAPI TERKENAL DENGAN NAMA STESEN KTM TAMPIN
 
Atuk selamat mengerjakan haji di Mekah. Semasa dia balik, saya tidak pergi jemput. Giliran saya pulak duduk di rumah. Kakak saya Siti Zubaidah ikut emak abah jemput atuk di stesen keretapi Tampin. Mengikut ceritanya, Atuk Latiff, abah, emak dan kakak saya naik satu kereta sewa dari Tampin untuk balik ke Penajih. Malang tidak berbau, tatkala hanya tinggal tiga batu lagi hendak sampai ke rumah, kereta yang di naikinya bertembung dengan sebuah lori bawak buah durian di atas jambatan tengah-tengah sawah Terata, berhampiran Chengkau. Akibat perlanggaran itu atuk Latiff terpelanting keluar dan tersangkut di atas pokok mengkuang di tepi jambatan itu. Atuk meninggal di tempat kejadian. Yang lain-lain hanya cedera ringan.

 Yang saya ingat lagi, saya hanya duduk di atas tangga hadapan rumah. Saya melihat orang ramai mengusung jenazah arwah atuk melintasi rumah saya untuk dibawa balik ke Kampung Tengah......
 Al-Fatihah untuk arwah atuk Latiff, moga2 rohnya sedang ditempatkan bersama-sama orang-orang  beriman!

 


 

2 comments:

  1. Mohd Zain Mohd Yassin Zahriman Alias That link above to Haw Par Villa tidak dibenarkan utk dipostkan tadi oleh fb sbb ada kemungkinan spam. Cuba masuk link yg berikut ini: ...See More

    Haw Par Villa
    maps.google.com.my
    View maps and find local businesses on the web..

    Norlida Abu Hassan alfatihah....

    Zahriman Alias Tq Mohd Zain Mohd Yassin, saya rasa memang betul taman yang saya pergi tu ialah Haw Par Villa. Walau statue2 yang saya lihat dulu tu tak ada dalam gambar, tapi saya ingat gerbang di gambar pertama tu......

    ReplyDelete