Saturday, 1 September 2012

BALASUNGKAWA! HAJAH AMRAH YASIN -TBSST 1969 (1951 - 2012)


 
Allahyarham Hajah Amrah Yasin
Segala-galanya bermula apabila pada 28 Ogos 2012 Allahyarham mengadu sesak nafas dan sehari sebelumnya. Ketika itu tidak ada seorang pun berada di rumah keluarga di Gadong kecuali Allahyarham dan Mak yang juga tidak sihat badan. Alllahyarham ambil inisiatif panggil ambulans dari Hospital Tampin. Mak tinggal di rumah sendirian sementara Allahyarham ke hospital kira-kitra tengah hari. Pada pukul 3.00petang Allahyarham terpaksa dipindahan ke hospital Tuanku Jaafar di Seremban kerana disyaki kesesakan nafas dikaitkan dengan jantung. Apabila ahli-ahi keluarga sampai kira-kira 4.00 petang di Bahagian kecemasan hospital Allahyarham masih lagi dirawat di bilik kecemasan sementara. Baru setelah kira-kira jam 6.00 petang Allahyarham dibawa ke wad di Tingkat 6A. (Kami – Basrah, Shahrir dan saya mengikuti ke wad. Sempat kami berbual perlahan dengan Allahyaham. Tidak banyak bicaranya kali ini. Lebih banyak berdiam diri namun kami lihat nafasnya telah kembali seperti biasa, mungkin kerana Allahyarham masih menggunakan alat pembantu pernafasan.
Dua orang doktor merawatnya dan setengah jam kemudianBasrah memberinya seteguk air kerana kemungkinan Allahyarham kehausan. Tidak beberapa saat kemudian, Allahyarham muntah. Saya menggenggam tangan kirinya, erat dan seolah tanpa mahu melepaskannya. Saya tak pasti sama ada saya menciumnya seperti yang selalu saya berikan setiap kali bertemu.

Apapun, pandangan Allahyarham tepat ke mata saya memperlihatkan bahawa Allahyarham seperti mahu berkata-kata sesuatu, namun tak terungkapkan. Kelihatan Allahyarham begitu sayu melihat saya, bagaikan Allahyarham mahu mengulangi kata-katanya ketika bersama-sama keluarga di kampung. Kata Allahyarham ketika itu,” Oni sayu saja sehari dua ini.” Mengapa Allahyarham berkata begitu kami tak pasti.
Sebelah malamnya kira-kira 9.00 malam saya menerima panggilan telefon dari doctor yang merawatnya. Doktor wanita itu memaklumkan risiko yang bakal dihadapi Allahyarham kerana “pihak kami berusaha menstabilkan  jantungnya yang mengikutnya tersekat oleh darah yang semakin membeku. Doktor berusaha mencairkan darah di pembuluh. Apabila saya desak risiko apa yang bakal dierima, saya terkejut besar dengan tanda-tanda yang diberikannya.

Lantas saya terus menghubungi anggota keluarga agar bergegas ke hospital dan memantau keadaan dengan lebih dekat. Ketika ini semua anggota keluarga mula berkumpul di rumah Allahyarham di Paroi Jaya, Seremban. Manakala saya pulang sebentar menjemput isteri di Rawang. Saya kembali ke Hospital Seremban pada pukul 1.00 pagi 29 Ogos. Kami kemudian  dinasihatkan pihak hospital supaya berehat di rumah sahaja kerana tidak ada apa yang dapat dilakukan kecuali berdoa sahaja. Manakala Allahyarham telah dipindahkan ke bilik CCU.
Sementara itu semua anggota keluarga telah berkumpul di Paroi. Ada yang datang sejauh Johor Bahru, dari Gadong dan dari Kuala Lumpur. Berdoa dan berharap agar Allahyarham kembali pulih. Ada sesuatu yang  memilukan kami apabila Allahyarham berbisik kepada Basrah sejurus sebelum kami diminta meninggalkan wad untuk tujuan rawatan intensif. “Kalau Oni koma, ertinya maut.” Dua kali Allahyarham berbisik kepada Basrah. Sedih dan terlalu pilu rasanya apabila kami mendengarnya.


Dan begitulah sekitar 2.30 pagi kami terima telefon dari Hospital meminta  kami datang segera. Basrah yang menerima panggilan itu memberitahu, “Sedih bunyi suara di hujung line.” Kami pun mengerti apa yang Basrah maksudkan dan apa yang kami takuti berlaku selama ini pun berlakulah. Semasa kami sampai Allahyarham telah pergi buat selama-lamanya. Innalillah- Wainna-IllahiRaji’un!. Tenang wajahnya adalah segala-galanya bagi kami.    
Masih segar dalam ingatan, pernah Allahyarham  ingin mengerjakan Haji sekali lagi pada tahun 2013 (kali ketiga). Pernah juga pada hari raya kedua lalu, Allahyarham bincangkannya  dengan keluarga, malah dengan anak saudaranya, Izanul Fazliah yang bertugas di Tabung Haji, di Kuala Lumpur. Allahyarham bersetuju untuk bersama-sama Izanul ke Mekah pada tahun 2014. Menurut beberapa orang anggota keluarga Allahyarham banyak kali meminta maaf sambil berpelukan, terutama dengan adiknya Mohd Zaki (hr immediate younger brother). Tetapi ketika itu mungkin kedatangan lebaran menyebabkan Allahyarham bermaaf-maafan dengan anggota keluarga. Tidak ada yang luar biasa. 

 
Potret keluarga Hj. Yassin & Hj Minah. Allahyarham hj. Amrah dua dari kanan. Keterangan: Baris depan - dari kiri Zalina, Rozita, Sabariah, Emak, Amrah (Allahyarham) dan Basrah. Belakang berdiri: dari kiri Ahmad Fadzil, Mohd Zaki, Mohd. Zubir dan Ahmad Nezam.

Pernah juga Allahyarham ingin mensedekahkan sebahagian daripada pungutan rumah sewa apartmennya di Ampang didermakan kepada yang memerlukan. Namun ia belum dapat dilaksanakan kerana masih di peringkat cadangan.
Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai jurujual Syarikat Minyak geliga di Johor Bahru sebaik sahaja selesai persekolahan di Tunku Besar School, Tampin pada tahun 1969. Allahyarham ke Johor Bahru dan tinggal bersama kakaknya Sabariah yang bekerja di sana. Lagi pula, abang sulungnya, Ahmad Fadzil Yassin masih bertugas di Johor Bahru. Semasa bekerja secara sementara di Syarikat Minyak Geliga ini, sempat pula Allahyarham berkawan sesama jurujual yang lain, antarnya Othman Hj. Zainuddin (yang kemudian bertugas di DBP sebagai pelukis).

Tidak lama Allahyarham di syarikat itu. Allahyarham bertugas pula sebagai kerani kewangan di Hongkong Bank di Petaling Jaya.  Allahyarham kemudian bertugas pula dengan Malaysia-Singapore Airline (MSA) sebelum Allahyarham pindah ke MAS. Jawatannya Pramugari MAS membolehkannya berkhidmat di dalam (domestic)  dan di luar Negara (International). Teman sekerjanya Ayob Hashim mungkin lebih mengetahui perkara ini.
Kesihatannya mula terganggu sejak petengahan tahun 1977 dan akhirnya terpaksa bersara awal (pencen ilat) melalui SOKSO. Kesihatannya dikaitkn dengan penyakit apa yang disebut doktor sebagai SLA ( a rare disease). Allahyarham berubat ke merata-rata tempat di dalam dan luar negeri. Pernah bertemu tabib di Bandung dan di Solo. Ada pula yang menganggap Allahyarham “termakan santau”.
 
Bersama rombongan GAPENA mengerjakan Umrah tahun 1989. Kelihatan Emak (kiri, Amrah dan Kak Ruby di kediaman Konsul Malaysia di Jeddah.

 
Allahyarham Amrah (kanan), suami Kassim Sir, Pak Onong (tengah) isteri dekan dan anaknya.

 Pernah mendirikan rumah tangga dengan pegawai eksekutif Bank, Kassim Sir beberapa ketika namun oleh kerana kesihatannya tidak mengizinkannya betahan dan mereka berpisah beberapa tahun kemudian. Antara yang hadir di majlis perkahwinan Allahyarham ialah Datuk Usman Awang dan Datuk M. Noor Azam, dua rakan Allahyarham.  Ketika berkunjung ke Bandung pada tahun 1977, Allahyarham suami isteri pernah diraikan oleh mantan Dekan Fakultas Pubisistik, UNPAD, Drs. Onong Uhjana Effendy M.A. Ini adalah sebagai balasan kunjunga Pak Onong ke Malaysia di mana Alahyarham meraikannya dalam satu jamuan khas di rumah Allahyarham di Subng Jaya, ketika itu.
Berubat di Bandung tahun 1977. Kelihatan dari kiri Kassim Sir, Iwan Sirod (Gimbal), isteri doktor perubatan tradisional. Amrah dan Ruby di Lembang, Bandung.

Sejak berpisah Allahyarham tinggal sendirian bersama ibu di kampung. Hajat Mak untuk berziarah ke Makam Walisongo ditunaikan apabila kami mengunjungi Makan Walisongo di Cirebon pada awal tahun ini. Kami berempat ke sana, bertemankan teman-teman dari Bandung- Allahyarham, Mak, kakak ipar Ruby dan saya. Di Bandung yang menamani kami Deni Moerdiana. Walaupun pada mulanya kunjungan ke makam akan disertai dua lagi anggota rombongan, Abdullah dan Bahari Abd. Rahman, jiran sekampung, tetapi oleh sebab kesuntukan masa  Abdullah dan Bahari terpaksa pulang ke Kuala Lumpur lebih awal.
Al-Fatihah!   

Ucapan Takziah Melalui Facebook:
Erina Bte Eddy, drs. (Jakarta):

Assalamualaikum WBT, Abang dan Kakak, kami sekeluarga mengucapkan Innalillahi wa innailaihi rojiun atas berpulangnya almh Kak Amrah kepangkuan Ilahi Robby, semoga almh diterima di sisi Allah SWT dan diterima amal ibadahnya, Aamiin Ya Robb,,,
Ahmad Fadzil Yassin:

Innalillahi Wainna Ilaihiraji'un!!  Berpulangnya adik kami, Hajah Amrah bte Yasin (62), ke Rahmatullah pada 2. 30 pagi 29 Ogos 2012 adalah kehilangan yang amat sukar diterima, namun demikianlah perencanaan Illahi yang tak dapat kita mungkiri
. Namun Almarhumah lebih disayangi dan kami terpaksa merelakan adik kami pergi. Adik kami pergi dengan wajah yang tenang namun tersirat daripada wajah tenang itu terukir keabadian jiwa yang luhur dan ikhlas. insan istimewa! Dan kepadamu Ya-Allah, kami serahkan kembali.

Pagi ini kami masih lagi mendengar ingatan terakhir bacaan terakhir talqin oleh Haji A. Rahman, Imam Masjid Kg. Gadong memangggil Allahyarhamah "Ingatlah Amrah anak Minah, tinggalah kamu sekarang berdepan dengan Allah, jawabah dengan tenang apa saja yang akan ditanyakan, kerana yang bertanya itu juga adalah makhluk Allah jua."
Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban mengesahkan punca pemergian adik kami ialah"myocardial Infraction with Cardiogenic Shock. Bersemadilah adik kami di daerah yang kekal dan abadi. Selama-lamanya.

Tajul Ariffin Kamat:
Assalamualaikum wrbth.. Inna lillah hi wainna lillah hirajiun.. Alfatihah… Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita AMRAH YASIN, ex TBS 69 telah kembali ke rahmatullah jam 2 pagi ini di Kg Gadong Rembau. Jenazah akan dikebumikan selepas solat DZOHOR.. Alfatihah... Ini ada lah number mobile arwah dan sekiranya ingin mendapatkan alamat arwah, adik nyer akan memberitahu lebih lanjut..019 2690825,  7.56 am, 29 Ogos 2012.

Ucapan Takziah SMS: Antaranya daripada
Sedek Suleiman:  Innalillah…Takziah. Semoga Allah menempatkan rohnya di tempat mereka yang beriman. 4.00 am, 29 Ogos 2012.

Wan Aizan Wan Ahmad: Salam. Takziah dari sayautk Sdr sekeluarga. Innalillah…Di mana mninggalnya & nak dikebumikan di mana? 6.59 am 29 Ogos 2012.
Zain Yassin: Innalillah…Saya dan isteri mengucapkan takziah atas meninggalnya adinda anda tersayang. Semoga allah  mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah! 7.22 am 29 Ogos 2012.

Akeen: Salam Bang. Takziah utk abang sekeluarga. Akeen x dapat hadir ke Gadong. Semoga roh Aunty Amrah dicucuri rahmat. 7.29 am, 29 Ogos 2012.
Induk (Suriah Abd. Rahman, Dato’): BPINHP, 7.36 am, 29 Ogos 2012. (Bercakap melalui telfon sebelumnya).

Zahriman Alias: Innalillah…Salam takziah dari saya dan isteri atas pemergian adinda Abg Fadzil tercinta. Allah juga yang telah menyayanginya. Al-Fatihah! Smoga rohnya berada di tempat orang beriman, 8.09 am, 29 Ogos 2012.
Ismail Abdullah, Dr. : Saya dan family turut berdukacita. Semoga rohnya mendapat tempat yang baik di sisi Allah SWT. Amin! Semoga anda tabah menghadapi ujian ini  – Ismail & Umi, 8.21 am, 29 Ogos 2012.

Borhan & Zah: Salam takziah dari kami sekeluarga. Al-Fatihah! Kami doakan rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. 10.05 am, 29 Ogos 2012.
Vin Hadiyanto, Drs. (Bandung: Bang, kami mengucapkan ikut berdukacita yang sedalam-dalamnya. Semoga amal ibadah beliau diterima Allah SWT. Amin! Dan keluarga besar abang dapat menerima dengan lapang dada. Nanti saya smpaikan ke temn-teman salam berduka buat keluarga besar di Malaysia. Bang, Wah, mengejutkan kami.  8.25 am 01 September 2012.

Deddy Mulyana, Prof. Dr. (Bandung): Innalillah….Saya sekeluarga ikut berdukacita Bang. Semoga Kak Amrah Almarhumah diterima di sisi Allah SWT. Amin! 9.15 am, 1 September 2012.
Irawaty Nasution, Drs. & Karim Papatungan, Drs. (Jakarta):  Turut berdukacita . Semoga arwahnya mendapat tempat di sisi Allah. Diampuni segala dosanya . Diterima iman Islamnya dan yang ditinggalkan diberi kesabarn. Wass. 11.09 am, 1 September 2012.

Betty Soemirat, Dr. & Soleh Soemirat, Dr. : Innalillah…. Pa Fadzil dan Bu Ruby ytc, Saya dan Pa Soleh sekeluarga turut berdukacita atas wafatny Kak Amrah. Semoga Al-Marhumah mendapat tempat yang paling mulia di sisiNYA dan kepada keuarga yang ditinggalkan, semoga diberi ketabahan dan kekuatan Iman. (Soleh Soemirat sekeluarga di Bandung). – Bu Betty kemudian bercakap melalui telfon dengan saya selama 5 minit bercerita tentang Arwah. 5.36 pm, 1 September 2012.   

 

11 comments:

  1. Al-Fatihah. semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada.

    ReplyDelete
  2. Demikianlah berakhirnya satu episod didalam kehidupan insan didunia ini. Allahyaraham telah kembali menemui Allah yang menyayanginya. Dari Nya kita datang dan kepada Nya lah kita kembali. Yang kekal hanyalah Dia Allah yang Maha Besar. Allah Hu Akbar. Kepada keluarga Allahyarham dipohonkan banyak bersyukur dan bersabar. SubhanaAllah. aab tanggal 02.09.2012 putra heights 15.09

    ReplyDelete
  3. Ada sedikit pembetulan dalam memberi gelran akademik di atas. Untuk wanita biasanya gelar yang dipakai adalah Dra, dan bukannya Drs , gelaran khas buat Sarjana Lelaki. Maka Erina edy, beliau harus digelar Dra. Erina, Irawaty Nasution digelar Dra. Irawaty dan Vin Hadiyanto digelar Dra. Vin (Ervina). Kami mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan.

    ReplyDelete
  4. I didn't realize that this ex-MAS stewardess has a long history of medical record. Imagine she has been suffering quietly for almost 35 years and yet she survived just that long. I could hve imagined such ordeal of that magnitude.

    ReplyDelete
  5. Abdullah Abd. Rahman

    Terkejut dg berita yang menyedihkan, tapi itu semua telah tersurat di loh mahfoz, kita mesti redha atas suratan itu dah baca 'Balasungkawa" tu selama ini tak berapa mengenali allahyarhmam telah lebih jelas perjalanan hidup allahyarhmah, wal
    au pun duduk sekampung masa kunjungan ke Indonesia bersama allahyarham itu baru pertama kali bertemu, janjinya nak datang K.l. tapi ternyata tak kesampaian, semuga roh Allahyarham bersama-sama orang yang beriman, dg ikhlasnya saya fidayahkan bacaaan Al fatihah ini semuga Allah menyapaikan pahalanya kepada Allahyarham, al FATIHAH.

    ReplyDelete
  6. Melihat kepada jumlah yang hadir menziarahi jenazah di kampung Gadong pada 29 Ogos lalu, (lebih 100 orang), Allahyarhamah merupakan seseorng yang disenangi di daerah itu. al-Fatihah!

    ReplyDelete
  7. Saya difahamkan oleh anggota keluarga ada dua Alumni TBSST yang sempat menziarahi jenazah sebelum pengkebumian 29 Ogos lalu. Dua Alumni itu ialah Bahari Abd. Rahman dari Keramat dan Nabjeah Aziz dari Seremban. Terima kasihlah kerana sudi berziarah dan kami mohon maaf sekiranya kita tak dapat bersalaman atau bertegur sapa ketika itu. Maklum sahajalah.

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Turut Berdukacita kak.

    ReplyDelete
  9. Innalillahi Wainnailairajiun! Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada Drs. Ahmad Fadzil dan keluarga. Tak apa, tolong jangan rasa kesal, saya amat faham dengan keadaan ini. Salam hormat. TBS Siti Ruhani Dato' Mohd. Yunus, 9.21 pm 5 September 2012.

    ReplyDelete
  10. Ucapan takziah 5 September 2012 di atas telah dikirimkan oleh Datin Siti Ruhani Dato' Mohd. Yunus, alumni TBSST. Bagi pihak keluarga Ahmad Fadzil Yassin, abang Allahyarham Hajah Amrah, kami ingin menyatakan rasa kesal kami kerana tidak memberitahu Datin yang majlis makan-makan di rumah Ahmad Fadzil pada 5 September 2012 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri telah dibatalkan. Hal ini mungkin disebabkan Datin hanya dapat dihubungi melalui emel dan HP beliau beliau sedangkan pengumuman pembatalan hanya dilakukan oleh Mohd Zain Mohd Yunus dan Ahmadfadzil Yassin melalui Facebook dan twitter.

    ReplyDelete
  11. Bekas suami Allhyarham Hajah Amrah Yasin (X-TBS batch 1965), mengadakan kunjungan hormat kepada AFYassin di Sungai Buloh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Minah & Haji Yassin atas pemergian Allahyarham pada 29 Ogos lepas. Kassim Sir tidak dapat dihubungi ketika pemergian Allahyarham dan hanya dapat dikesan melalui Aunty Rohana Yatim X-TBST yang ketika itu berada di Houston, USA sehingga AUnty kembali beberapa hari sebelum pemergian Allahyarham. Pertemuan berlangsung selma dua jam dan berakhir menjelang Maghrib, hari ini 23 September 2012.

    ReplyDelete