Monday, 10 September 2012

DIALOG AAB-ZAHRIMAN: CINTO SYOK SENDIRI!









ABU AMAN: SEI MULO BOCINTO MASO KEK TBS TK II
 


Yang syok sendiri tu dah cito dah ari tu. Alkesah cito bermulo semasa sei di tingkatan dua. Ngok tu tingkatan duo dah pandai giloan anak orang. Huui yo terorlah rang tuo ni! Awek tu Iman tu la saudara Rashid Aris tu. namo tak yah sobut lah. Awek ni kek mato sei mang lawa, putih, gobu rendah. Isssh meng lawalah, agak sei mang kan sei sorang yo yang terimpi impikan dio doh.

Siti ado orang lain yang gilokan dio gak. Tiap hari balik sekolah sei mang selalu ngekoran kek belakang dio. Dio dok kuarters kek pokan Tampin. Anak orang gomenlah katokan. Tompi dio tak tahu pun sei selalu ngekoran dio. Kito jam tu tak tau buek cam P. Ramlee ngeseh an Saloma dalam filem Bujang Lapuk do. Sonyap yo tak berani nak approach takut kok jobo muko. Kok disumpit eh mo ludah. Tu sobab eh sei sok sendiri yo.

Kito nak oghang kg. Dio anak pegawai gomen. Tak beranilah nak usik-usik. Kongkawan pun takdo yang tau eh. Mang tak do cerito kek sesapo pun. Kok ada kongkawan yang tahu eh mesti ado yang dajal eh mengusik ngusikan kito. Ni tak do yang tau eh. Jadi tingga lah sei sok sendiri. Sampailah sendiri tesodar. Tulah cito eh. Kan den katoan tak sodap. Kau tak cayo.

 Abu Aman Bachik 19 Julai 2012

 
ZAHRIMAN : INI CITO SODAAAAP NI!
 
 Zahriman Alias: Mungkin tak sodap dek orang lain.....tapi dek kito, maso tu, sodap nak mampuih. Sei yakin, walau cikgu dah tuo, dah beranak bercucu.....tapi konangan kek dio masih ado. Maso sorang-sorang, maso mato belom lolap, kadang-kadang wajah eh akan datang menjolmo.....iyo tak? Yo lah tu....sobab kito pun samo, sumo orang samo.......

 Abu Aman Bachik : Mano nak lupo episod-episod yang macam ini Iman. Ia akan di bawa sampai nafas terakhir. Kengkadang mesra bona lak ingatan eh tu kan. Maklumlah pengalaman gilokan anak orang kali pertama. Maha suci Allah yang membekalkan kita perasaan yang halus nikan. SubhanaAllah!
 
 
Catatan Alumni TBSST: Dimaklumkan dialog pendek ini pertama kali disiarkan dalam facebook pada 19 Julai 2012. Kisah cinto monyet anak mudatahun-tahun 1950'-an.Asyiiiiik!


23 comments:

  1. Dialog cinto macam ini patut diperbanyak melalui blog ini kerana ramai yang nak banding cinto dulu-dulu dengan cinta sekarang. Lebih-lebih lagi kalau ada awek yang sama dipetar oleh "cowok-cowok" yang sama heheheh...

    ReplyDelete
  2. Terorlah budak-budak sekolah dulu bercinta. Masa di Sekolah Menengah Rendah lagi dah keluarkan kisah halus perasaan. Hebat. Tetapi nampaknya ada semacam malu-malu kucing pula, segan nak cerita kepada awek dia. Pada hal kalau ikut cerita dia sudah menjejaki perjalanan balik sekolah dari kawasan sekolah sampai ke pekan Tampin. Jauh tu. Hai goli den!

    ReplyDelete
  3. AFY. Timokasihlah u kuakan yang komplit eh diateh tu. Barulah pueh maco eh. Sobab ado dailog Iman sekali. Thanks alot yo.........aab0923 11092012.

    ReplyDelete
  4. Anon, sobona camni. Kan malu kan sogan doh. Tompi tak berani. Mang tak beghani boto. Mano nak beghani eh! Dio anak orang kojo gomen. Ese ni langut dari kampung ulu. Takut kok di sumpit eh lai. Tuuuuiiiii keteh he. Mano muko ni nak surok an. Lai pon kito soda kito anak orang miskin kere. Poi sekulah pun ngan ihsan kerajaan bori scholarship federal, RM 45.00 se bulan . Kok tak do tu tak do rupolah nak berfacebook ngan anon ni doh. Ontak menyungko pangka gotah manolah gek eh? Itulah cerito eh. Jadi, syok sendiri yopun cukuplah. Tu lah namo eh cinto syok sendiri. Sampailah sendiri tersoda. Eh den ni nak mampuih ko. Fail sok baru padan muko. Mangko eh tulah sobab eh tak do ngurat cam p. ramlee do. aab 0948 11092012.

    ReplyDelete
  5. Anonymous26 July 2012 09:15
    Waghih kek Air Mawang, mano laie coghito baghu. Takkan yang ni jo. Biaso he oghang jadi head Boy ini banyak coghito. Memang jadi pujaan dagho. Tambahlah coghito laie. Eden ni tak ghoto bocito. Baco tu eden ghotilah.

    ReplyDelete
    Anonymous22 August 2012 07:10
    La, kan dah ado cito lai satu tu lon baco lai koh? Kan cito no 2 tu lai sensasi sikit daripada delog yang kek ateh tu. cukuplah tu dulu. Kok rajin sok cito lai. Tompi takut MZY marah. Cito yang akan datang ni kisah cinto yo. MZY tak suko cito cinto cinto ni. Dio suko cito success macan cito Nasa. Orang lain cam no? Takdo ko yang nak cito cito pulak. Asik cito kito yo.Balik balik cito dari orang tuo ni yo. Boringlah pulak kan!

    ReplyDelete
  6. Aiyo handa kau AAB. Kau dah lotakan poto Air Mawang tokona di soluroh dunio. Kau tau tak namo Air Mawang ini dah dibaco oleh somuo yang ikut blog ini. Tak lamo laie adolah oghang dari Amerika ko atau London ko atau Rusia yang baco blog ini. Den salute kek kaulah AAB. Kau ini bukan jo pandai dalam kelas tapi pandai bocinto maso umo baghu Tk II. Den tabiklah. Oghang ghumah tak maghah ko kau tulih ni. Den pulak naik jeles dibuek eh. Oh! Air Mawang den. Untung boto namo kau Air Mawang!

    ReplyDelete
  7. Yang den to ghoti ini ialah biaso he bilo jadi Head Boy ghamai nak dagho togilo-gilo kek Head Boy. Tompi ini nampak eh tobalik lak. Head Boy giloan anak dagho yang soghang ni. Silap eh Cikgu Abu ini agak eh, maso itu dio tak togo anak dagho ni, hanyo ngekor daghi bolakang jo. Kalau denlah den confront face-to-face, cubo togo. Tanyo torus, "U suko ese tak?" Takkanlah dio nak maghah. Tompi yo pulak, oghang kampung ulu macam Abu ini takut jobo yo jugak. manolah tau kok kono maki kek anak dagho yang sorang ni. Mano nak lotak muko. Takut jobo tak habis sampai haghi ini dibuek eh. Den ingek dari sudut jiwo-jiwolah, anak dagho ini porasan yang dio kono ekoran. Dio mungkin syok kono buek bogitu. Cumo maso itu kau Abu bolom jadi Head Boy laie kan baghu Tk II jo. Maso itu anak dagho ini mungkin syok kek Head Boy maso itu. Kito kono caghi sapo namo head boy tahun tu. Eheh, den pon dah confuse ni. Tompi tak apolah kito ni bocoghito jo. Boto tak boto soal lainlah kan.Toingat pulak den dongan lagu Saloma "Sejak ku Bertemu Padamu, fikiran ku selalu terharu. Hanya kekanda yang akan dapat mengubat hatiku rindu.

    ReplyDelete
  8. Warga pokan Johol. Kau kono timokasih kek AFY. Dio yang uboh tittle tu. tajuk asal den memoir seorang guru tua. Dio yang nokar an tajuk ateh tu. org ghumah den tak heran pun nak maco lai pun den tak unjuk an kek dio suroh baco. Kau jeles tulihlah pulah pdasal joho. Joho ado banyak cerito. Ineh ko leh lah tulis peh tu hantar yo kek AFY, mesti depablish heh punyo. Cubolah lon cubo lun tau!

    ReplyDelete
  9. Shim, kek ateh tu den dah bori sobab eh, selain takut kok diludah eh, ese takut kok muko ni jobo. Jadi bia lah sok sendiri sendiri yo. Tak rugi pun! Ado ko tidak tino yang sok kek den tak taulah. Yang ado den dapek feedback iolah ramai dak tino yang ngato an den sombong. Kan sombong! Tompi kito no sodar kito ni anak orang miskin kere. Tu sobab eh tak melayan diorang. Cubo kok den teruih an ngurat awek yang den gilo an tu, tah dapek moli ipad ni hari tah tidak. Ondak ondak kok awek yang den gilogilo an tu respona. Sti nak laram ngan dio. Sti nak poi ngok wayang, poi makan makan, poi dating keteh orang sekarang punah lingkup lah duit FMS se tu. mano tidak eh asik poi berjoli yo. Mangko itu lah sobab eh ese sock sendiri yo. Pengalaman tingkatan dua se ni berguna untuk se mndisiplinkan anah anak se yang ompek. Se koba an kek dio orang ekau sobolon habis form five ngan nak ngendao cari boyfriend. Dah masuk versity sok baru kok nak cari pasangan. Alham dulillah anak se sumo tak ikut abah heh sumo dongar kato jadi anak anak se tak do yang kantoi eh do. Elok yo abah heh mengalami episod
    SS ni kan. aab0950 11092012.

    ReplyDelete
  10. Macam manolah agak eh alam sokita TBS maso tu yo. Sapo lobih agresif polaja lolaki ko polaja pompuan?Sapo koja sapo.

    ReplyDelete
  11. Den lihat dah ado pombaca dari Indonesia baco blog ini. Ghoti eh namo Air Mawang dah dibaco oghang Indon. Den dah agak dah. Mokasihlah Abu.

    ReplyDelete
  12. Den kan apo doh Abu. Den tau u lobih senior daripada Den tompi tak jauhlah pon. Lobih kughang sotahun duo jo. Hanyo den ini tak pandai macam Abu. Kadang-kadang tak masuk kelas. Form 3 pon tak luluih. Lalu ko KL, caghi kojo. Somuo eh Den buek, kojo kuli batak. Moghaso somuo eh. Tompi sokagahang ini alhamudulillah, taklah susah sangat. Member pon ghamai kek KL, campur dongan oghang politik. Tompi tak bawak ko mano, cukup jua air liur jo. Kaghang ini monotap kek kawasan Solayang-Gombak, kawasan oghang Melayu. Bolehlah hidup. Anak-anak pon banyak dah lopeh. Dan kampong asal den kek daerah logong-istano rajo itu pun dah banyak tingga. sokali balik yo kampong, tompi tak ada apo nak buek. Tompi den tak dapek lopeh daripado kotawo bodokah-dokah bila oghang botino yang u giloan tu samo pulak dongan soghang laie yang teror jugak kek sokolah dulu. Dah jadi coghito labu-labi pulak. Den tak ronti-ronti kotawo, bilo den sughoh bini den baco, dio pon mongilai. Apo kato eh, ini dah mongalahkan P. Ramlee. Dio buek filem tahun 1960an. Dan Abu ini dongan soghang laie ini dah buek coghito hidop akhir tahun 50an.Pulak den nak buek coghito ini memang tak ghoti. Mongarng den tak pandai, bocakap jua air liur bolehlah. Ponah yo jadi Tok Ompek kek kampong den ini. Tompi kaghang ini dah boghonti somuo eh. Cumo potang-potang jumpo kawan minom teh tarik kek warong. Coghito tontang politik. Itulah Abu, beo he. U tingga kek tompek elit Putra Heights, den kek kampong oghang Melayu, boli tanah sokangkang koro tompi cukup buek ghumah sobuah. Walaupon boghimpit tompi sobuah jo.

    ReplyDelete
  13. AAB, nampak eh blog dan fb Alumni TBSST ni dah jadi hangek-hangek tai ayam. Dah jadi luncai toghojun dongan labu-labu eh. Agak eh somuo eh dah monteneng ghayo sakan tahun ini. Tompi soghonok gak ada yang tuka gambar haghi-haghi dalam fb. Eae pun dah mulo maleh dah. Ghaso-ghaso eh tak lamo laie alumni TBSST dan fb ni kan tingga namo yo "moningga tak bokubo...

    ReplyDelete
  14. Anon, apolak kau cakap macam tu. kan fb dan alumni tbsst ni elok po? Cuba lah kau browse alumni ni banyak cito apo. Kau yang tak ondak menyumbang ngan lah cakap kato angek angeh taiik ayam. Kok tak ondak jadi cam tu kau tulihlah samo. Nganlah pandai kondem yo. Ngondem ni mang sonan yo. Nyumbang an sesuatu tu yang susah. Tak baiklah kau cakap cam tu. yang baikek kok ado komen komen yang negetib tu ontok yo Lah lai elok. Pado nyakit an ati oran lain elok lah ontok ontok yo. Apo paedah eh nyakit an ati orang. Suko baco baco. Taksuko ontok onto yolah. Tak do sapo melawa u baco pun!!!!!

    ReplyDelete
  15. Elok dijelaskan di sini bahawa tujuan kita mewujudkan grup TBSST dan website ini adalah untuk membantu menggerakkan satu jaringan komunikasi dalam kalangan Alumni TBSST. Tidak ada paksaan dari sesiapa. Kita bertemu dan mengadakan Reuni bila perlu dan pada waktu yang sesuai. Maka diharapkan setiap Alumni TBSST sama ada yang dah jadi member atau belum, yang enggan menjadi member atau yang sudi menjadi member janganlah menyempitkan tujuan murni kita ini. Kita serahkan kepada hasrat dan keinginan masing-masing yang pernah bersekolah di TBS dahulu. Sekali lagi kami nyatakan bahawa tidak ada unsur paksaan untuk menjadi member grup atau sebaliknya. Saya setuju dengan saran Anonymous di atas bahawa siapa-siapa yang keberatan menyumbang eloklah duduk "ontok-ontok. Mungkin ramai lagi di luar sana yang ingin mengadakan hubungan komunikasi dan silaturrahim melalui fb dan website ini. Mohon pengertian. It's free for all and no coersion or "paksaan". terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Eden sotuju dongan apo yang dicakapkan Anonymous botarikh 12 September di atas. Eden bukanlah jadi member grup ini tompi eden baco website melalui link website yang lain. Lagipun eden tak sokolah TBS dulu. Tompi eden suko baco coghito dalam blog ini. Masalah eh, bilo tengok profil blog ini memang hebat bunyi eh. Dah duo kali buek Reuni. Namo Zahriman dan Mohd Zain Mohd Yassin disobut-sobot sobagai ponggorak. Tompi tak donga pulak yang Alumni ni nak buek perjumpaan haghi ghayo. Patut eh haghi bosa bulan bosa ini adokanlah ghumah tobuko ko atau Reuni ko. Sonyap jo. Itulah mungkin Anonymous bilang hangek-hangek tahi ayam dah monteneng gayo sakan hingga tolupo grup. Dan bilo eden baco coghito dalam blog ini balik-balik oghang yang samo kirim, mano poi yang lain. Ado 50 oghang membar eden tengok. Itulah sobab eh eden samo sopondapat dongan Anonymous di ateh. Kalau nak buek, buek boto-boto jangan jadi luncai yang torojun. Kadang-kadang eden ikuti fb grup ini melalui kawan-kawan yang jadi member. Soghonok gak maco eh. Eden ni suko maca, tak kirolah blog mano yang dapek eden baco. Dan eden bukan oghang politik. Eden ni sokolah Melayu yo dulu, tak poi sokolah oghang putih pon, sokolah ataplah kato an. Macam kain senteng, naik ko ateh nampak bawah, tughun ke bawah nampak ateh. Jadi jangan marah, komen eden ni, bukan nak mengondem soporti Anonymous tu, tompi nak minta aktif toghutamo buek coghito dan banyak yang dapek eden baco.Eden mintak maaf kalau ado yang tosinggong.

    ReplyDelete
  17. Ese soghnag laie yang moramalkan yang grup Alumni TBSST ini akan lonyap bogitu sajo momandangkan lukewarm response daripada anggotanya. Tak pocayo lihat jolah nanti. Tk lamo doh.Makin tak bogorak ese liat. Nak buek camno bro. Somuo eh leweh yo. Macam hidup sogan mati tak maun jo. You don't walk the talk. Zahriman dah sonyap, Mohd Zain tak muncol-muncol. Hattar langsung tak nampak muko laie, Nasha hilnag ontah ko mana, AFY asyik dongan pompuan misteri eh dongan AAB. Tak habih-habih. Yang lain apo hal.

    ReplyDelete
  18. Bukan mudah waghih nak hidupan persatuan oghang pencen ni. Bunyi eh memang sodap, bodoga-doga. Ingat tak mulo-mulo 1 Mei dulu kito buek Reuni kek Kodai Kopi Shah Aam. Lobeh 40 oghang datang. Mohd Zain siap dongan list namo laie, jumpo sotiap yang hadir. Edar an list pado somuo, siap gambar laie. Lopeh itu 15 Julai buek laie sokali laie kek tompek yang samo, Kodai Kopi Shah Alam. Kali ni taklah ghamai yang datang tompi lumayan gaklah. Komudian Poi ziarah ko ghumah insan istimewa - AAB, Khalid Rahman. Boghapo yang poi. AFY donga eh poi ghumah AAB jo lopeh itu kono balik. Donga cito adik he masuk sopita. Kemudian dongar bogito tak baik adik moninggal. Kita terharulah dan takziah buat keluarga AFY. Oklah. Kemudian kito donga AFY batalkan rancangan nak ajak makan-makan di rumah eh kek Sungai Buloh. Kito somuo fahamlah kerano keadaan tak mengizinkan.Tompi lopeh itu apo, tak kito donga grup ini nak buek pertemuan haghi ghayo ko apo ko. Teruih sonyap sampai nak habis Syawal minggu ini.Mano poi somangat yang bokoba-koba dulu itu. Itulah sobab eh mungkin Anonymous sobut hangek-hanek tahi ayam tu. Bukan apo, kalau nak buek kito somuo mesti buek boto-boto. Tak tahu mungkin ada sobab tosombunyi yang waghih tak tau apo. Mungkin Zain atau Zahriman atau Fadhil atau Abu Aman, atau Hattar atau Nasa boleh jawab. Waghih tak boleh jawab. Sayang boto kalau grup ini tinggal tobia bogitu sajo.

    ReplyDelete
  19. Kitotak boleh salahkan sapo-sapo doh dalam grup ini. Maing-masing bebas nak keluar ko nak masuk ko. Macam ese. Ese join grup ni sobab ese pocayo ia boleh boghi manfaat. tak banyak sikit. Kita boleh sembang kedai kopi. Kita boleh jumpo. Dan tak somostinya berkalo. Bila kito ghaso kita nak buek kito buek. Tak ada salah eh do. Macam dulu ada ghamai yang datang, komudian sikit jo yang datang. Tak apo do. Bia duo oghang jo yang datang. Kiro oklah tu. Kito kono pikir. Kebanyakan kito dah pencen. Jago cucu, ada masalah sondiri. Takkan kito nak buek soporti grup yang formal, tokoja ko sinun, tokoja ke sinin. Kito bebas. Jangan nak salahkan Zahriman ko, Zain ko, AAB ko, AFY ko, Hattar ko, Nasa ko CLA ko. Dio oghang ada hal masing-masing. Dongan ese sonang jo, suko boleh join, tak suko diposilokan tarik diri. Apo yang kito buek ini botollah tu. Bilo free,free kito jumpo, bilo kita sibuk kito buek kojo kito. Kan mudah gitu. Jangan cubo-cubo nak pakso-pakso. Kalau kito baca poranan fb ini namo eh pon dah social media. Nak bogolumang siloan, nak bobengkeng siloan, nak bocinto siloan nak maki hamun janganlah Ini bukan tompek eh. Kito jangan pikir somuo suko nulih, ese pocaya kobanyakan suko maco, suko donga, suko nak bokawan. Inilah prinsip kito.

    ReplyDelete
  20. Carry on the good work AAB, AFY, Zahriman or Zain. You're not alone. We'll stick by and with you. Rain or shine, we will be there. In any organization, whether formal or informal, there is always what we call detractors and misfits, who hve nothing else to say but doing bad-mouthing. this small group of people does nothing else but bulldozing his or her rotten ninkompoop good-for-nothing ideas and bad opinions. I don't give a damn whoever they are or whatever they are. There is always spoilt beans among us. And let this small group of people say if they so wish. No offence!

    ReplyDelete
  21. Ahem, ahem, garang bunyi he. Nak molotop blog ini dibuk ek. Eden for one thing,support this idea of bringing ourselves together. We never know for how long we will be around. I would be next, or you, you or you. So why don't me make use of the remaining moments, days or years. Is that too terrible to do? Wake-up Gang. Enjoy and go to Kedai Kopi and refresh yourself with Teh Tarik or whatever!

    ReplyDelete
  22. Hoi sumo, ngan amek hatilah kek yang ngtoan fb dan alumni tbsst ni angek angek tahik ayam lah dan akan mati tak berkubor. Tak po doh. Yang ngatoan tu kan mampus yo one day. Apolak blog alumni tak bes? Cubolah tengok, baru kisah AAB syok sendiri dah panjang komen eh. Cam nolak buleh mati tak berkubor! Tu lon orang yang ngato an angek angek tai ayam tu nulih lai! Kok dia dah stat nulih sok lailah hebat fb n blog ni. Jadi hamba Allah yang pandai nyampok yo tu, buktikan anda punbuleh sumbangkan sesuatu. Kito niPOP jadi sementara RTM tulislah apo apo yang patut. Kan mesti yang philosophical sensational cam nobel agong Tolstoy atau Shakespear doh. Jadi usah lah meramalkan sesuatu. Tak goma ontok ontok yo lah. Nyakit an ati kongkawan buek apo. Dosa dapek. YANG DI TUNTUT IALAH MENGGEMBIRAKAN HATI SESAMA INSAN. KITA SEMUA HAMBA ALLAH TIDA YANG LEBIH DARI ITU. SUHANALLAH!!!!!!

    ReplyDelete
  23. Nampak eh dah ontok oghang yang ngato an blog ini hangek-hngek tai ayam. Atau dio oghang nak caghi poluru baghu nak buek kecoh balik agak eh. Den agak lah oghang yang ngatoan hangek-hangek tai ayam ini tangan eh bogolumang taik. Cakap jo pandai tampi buek satu haram jadah pon tak ado. Kan elok ontok-ontok. Tak mahu maco sudah, bungkuih lah. momokak yo.

    ReplyDelete