Saturday, 25 August 2012

SAHABATKU ZAINAL, NAMUN KAU POIE JUO: ABU AMAN BACHIK

 
Semasa hadir di majlis Rumah terbuka Alumni TBSST Ahmad Fadzil Yassin di Sungai Buloh pada Hari Raya Aidilfitri (tarikh tak ingat) bersama-sama tetamu lain. Kelihatan Allahyarham Zainal Jani (dua dari kanan), Abu Aman Bachik di sebelah kananya. Produser TV3, Zilan Abd. Rahman (kanan sekali), Rashid Ahmad (tiga kiri), Wahba (kedua-duanya daripada Utusan Melayu dan Abdul Ahmad dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

 
Allahyarham Zainal Abidin bin Md Jani adalah sahabat akrab saya sejak di Darjah Satu Sekolah Melayu Nuri sehinggalah ke Tingkatan Lima di TBS Tampin. Kami sesama berguduh gandah naik bas Eng Giap setiap pagi hari sekolah. Sehinggalah kami berpisah untuk meneruskan hidup masing masing selepas sama sama menjadi guru sementara di TBS.

 Beliau ke Kolej Teknik KL, saya ke Kolej guru, di Brinsford Lodge, England. Lepas itu kami putus hubungan. Tak tahulah sama ada beliau dapat diploma KT ke tidak. Apabila ketemu semula ketika beliau jadi Setiusaha Khas kepada Datuk Rais Yatim tak pernah pula saya bertanyakannya. Masing masing take things for granted sahaja. Satu perkara yang saya tahu ialah beliau memang banyak pengalaman bekerja. Sebab pun saya katakan begitu kerana beliau pernah bertugas menjadi juru propaganda  Jabatan Penerangan. Beliau lama dalam Jabatan ini.
Kemudian beliau bertugas di firma swasta, beliau diambil oleh Menteri Besar Datuk Rais Yatim sebagai setiasusaha tugas tugas khas. Selepas Datuk Rais tidak menjadi MB lagi saya pun tak tahulah apakah tugas Zainal ni. Sebab beliau pun telah Ke KL. sedangkan saya masih lagi di Tampin.

Semasa hayatnya yang boleh saya ingat, beliau seorang yang sangat periang. Kata katanya bernas penuh makna dan klisye. Bahasanya banyak berkias. Dan kadangkala penuh jenaka.
 Memori akhir peninggalannya buat saya ialah keriangan yang dilahirkannya melalui telefon, apabila beliau memberi tahu bahawa anaknya yang bongsu, kok tak silap saya, telah selamat balik dari India sebagai seorang doktor perubatan. Ternyata dari perbualan telefon kami itu beliau sungguh berbangga dan bersyukur atas kejayaan anaknya itu. Semasa hayatnya juga setip kali beliau akan akan ke HKL untuk rawatan kimoterafinya beliau akan sms saya memberi tahu tentang rawatannya. Kemudian setelah habis rawatannya beliau juga akan sms saya rawatan kimonya telah berjaya. Anehnya di saat akhirnya tiada lagi sms-nya saya terima. Dan langsung tidak terduga oleh saya kenapa sms saya tidak di jawabnya.

Biasanya apabila beliau menerima sms saya beliau akan menjawab dengan menalifon saya. Rupa-rupanya keanaehan ini terjawab ketika sohabat-sohabat menalipon handsetnya dari rumah Anjang Zahriman, Khamis 23 Ogos lalu. Alangkah terperanjatnya saya apabila Hj. Mohd Zain Mohd. Yassin menalipon saya mengatakan beliau telah pergi menemui Allahnya sekitar lima bulan yang lalu. Al-Fatihah!
Catatan AAB. 25.08.2012.  22.48 mlm



ZAHRIMAN: KISAH LAMO PENGHUNI ASRAMA TBS TAMPIN


  1966 maso sei duduk hostel, kek sebolah hostel tu kan ado kuaters askar British. Kuaters yg paling dokek ngan asrama tu diduduk dek sorang sarjan namo Mr  Wallbank. Dio tu memang tak nak amik kisah ngan kito, menyampah adolah agak eh sobab budak2 ni memokak jo kojo eh. Tapi dio ado anak daro sorang umur 15 tahun lobih namo Sheila.
 
Zahriman Alias (tengah) mungkin "share joke" dengan Car Lim Aboo (kiri) dan Zain Yassin tontang cito kehidupan asrama di TBS Tampin tahun 1960'-an dulu. Foto 23 Ogos 2012 di rumah Zahriman diabadikan Ahmad Fadzil Yassin.
 
Sheila ni memang kaki gatal....ari2 dio datanglah ngan kengkawan eh, sumo budak pompuan mengete yo kek topi pagar asrama tu. Apo lagi budak2 hostel pun tekinjo2 lah melayan mereko. Ado yang berani menciumlah anak owgputih tu dari colah2 lubang pagar tu. Iyo boto, kan olok2 ni doh....memang gata rupo eh anak2 owgputih ni.

Sei nengok yo perangai budak2 kito ni.....maklum maso tu ni sei naib ketuo prefek asrama. Jadi sei tunjuk alim2 kucing yo lah.....Tapi naib ketuo prefek asrama ni sebona taklah baik bona doh......syyyyy, mano bulih cakap apo kito buekkk.....hehehe. Gamba Sheila pun ado lagi sei simpan....ni tongah carik mano poei eh albam tu agak eh......hehehe.
First posted on May 4 2012 at 4:38am

 

 

 

Friday, 24 August 2012

ZAINAL JANI: TERBARU YANG DITINGGALKAN KEPADA KITA ALUMNI TBSST

 
Allahyarham Zainal Jani (Batch 1961 TBS Tampin) ketika menyambut tetapu di Majlis Perkahwinan anak lelakinya di Taman Melawati tahun 2009. Kelihatan Zainal bersama Mohd Zain Mohd Yassin (Batch 1963).di majlis berkenaan.

Dengan penuh takzim dan rakaman rasa duka ALUMNI TBSST menyiarkan beberapa foto Allahyarham Zainal Jani (batch 1961 TBST) yang diabadikan Mohd Zain Yassin untuk kita hayati bersama. Zain merakamkan foto-foto ini pada majlis Perkahwinan anak lelaki Allahyarham di Taman Melawati. Tidak kita duga samasekali yang Allahyarham pergi tanpa kita ketahui akibat mungkin ceteknya akal budi kita untuk saling kerap berhubungan dengan Allahyarham dan keluarga.

Namun demikianlah, kita hanya dapat merencanakan tetapi segala-galanya dalam ketentuan dan genggaman Illahi jua akhirnya. Sebaik sahaja kami mendengar berita pemergian sahabat kita ini Khamis, 23 Ogos 2012 sekitar jam 4.00 petang , kami (Zahriman Alias, Zain Mohd Yassin, Karim Abu @Car Lim Aboo, Ahmad Fadzil Yasin dan keluarga hanya mampu bertafakur,  berastagfirullah sambil mengucapkan Innalillah... Ketika itu kami berada di rumah Zahriman sempena Hari Raya Aidilfitri 1433 dan saling bermaafan. Terpegun, tersentak dan bungkan seribu bahasa merupakan reaaksi spontan kami.

Semoga Allah mencuri rahmat ke atas rohnya... Amin Ya Rabul Alamin!!
Kami sertakan salinan emel yang dikirimkan Zain Yassin kepada Blog Alumni TBSST seperti di bawah ini:

Fadzil,
Saya tak tahu macammana nak upload gambar-gambar ni kedalam Blog anda berkenaan Arwah Zainal Jani kita. Jadi saya hantarkan gambar2 ini melalui emel.  Harap anda boleh gunakan gambar2 ini di dalam blog anda. (Ada gambar yg saya telah edit supaya nampak lebih jelas).

Saya dan isteri menghadiri majlis walimatul urus anak arwah Zainal. Majlis perkahwinan anak (lelaki?) Zainal ini berlangsung pada 27 Sep 2009. Bertempat di perkarangan Masjid Taman Melewati, Ulu Kelang, Selangor. Semua urusan masak memasak/menghidang dll atas gotong royong AJK masjid dan anak kariah.
Memang ramai tamu yg hadir. Jelas arwah ada ramai sahabat handai (dan sdra mara). Arwah was his usual exuberant self and it must have been one of his very, very happy days. Beliau tidak nampak macam seseorang yg menghidapi penyakit yg kritikal (cancer).

 Fadzil olahlah kisahnya utk tatapan kngkawan kita yg mengenalinya. Terima kasih.
Alfatihah.

 s.k. kepada AAB - kerana anda adalah rakan seperjuangan arwah. Mungkin anda ingin menambah sepatah dua kata utk dimasukkan kedalam blog AFY tu.
Suasana di Majlis Perkahwinan anak Lelaki Allahyarham Zainal Jani di Taman Melawati pada tahun 2009 daripada lensa Mohd Zain Mohd Yassin yang hadir meraikan Walimatul Urus.

 
Zainal Jani (kiri) dan Zain Yassin
 
 
 
Kedua-dua Pengantin Baru diapit para jemputan khas di meja "santapan".
 
 
 
Para jemputan yang hadir menambah seri majlis
 
 
 
Para jemputan yang datang dan yang pulang ketika Majlis meraikan dua pengantin.
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ZAINAL JANI: POIE YANG TAK PULANG LAIE! AL-FATIHAH...



Arwah Zainal Jani. Foto ini dirakamkan di Majlis perkahwinan anak Abu Aman Bahik di Putera Heights pada 25 Mei 2003.

Saya sempat mengabadikan beberapa keping gambar Arwah ketika menghadiri Majlis perkahwinan anak sahabat rapatnya Abu Aman Bachik (AAB) di rumah AAB di Putra Heights, USJ, Petaling Jaya. Itu pada 25 Mei 2003.
Ketika kami ziarah raya di rumah Zahriman Alias di Kuala Selangor Khamis lalu, kami merancang untuk ke rumah Arwah di Taman Melawati setelah berziarah raya di rumah AAB di Putra Heights. Mohd Zain menghubungi rumah keluarga Zainal namun jawapan yang diterima Zain memeranjatkan kami. Kata Zain, “Zainal sudah pergi.” Kami semua tersentak, tak dapat berkata-kata. Hanya suara kecil “Innalillah…!  Sahaja yang dapat kami ucapkan. Kami mendapat tahu bahawa Zainal telah pergi buat selama-lamanya lima bulan dulu. Ini bererti Zainal telah menjadi arwah kia-kira bulan  April 2012.
Gambar Kolaj Majlis Perkahwinan anak Abu Aman Bachik di Putera Heights 25 Mei 2003. Kelihatan Zainal  Jani (empat dari kiri) bergambar ramai dengan Alumni TBSST. Isteri Zainal (kiri sekali) turut sama hadir dalam majlis berkenaan. Cikgu Zainal Mohd. Dom (No. 3  dari kiri)

Hanya takziah dapat kami ucapkan kepada keluarga Arwah. Kami kira Zain orang terakhir dapat menemui Allahyarham. Sahabat rapat, AAB pun tidak menyangka yang Zainal telah pergi. Ini dapat kami fahami ketika Zain menghubungi AAB untuk menyampaikan berita duka itu.
Arwah Zainal mula saya kenal rapat ketika Arwah bertugas sebagai pegawai Khas kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Rais Yatim pada tahun-tahun 1978 -1982. Pernah beberapa kali saya ke rumahnya di kawasan Taman tasik Seremban, terutama pada Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu pula Zainal aktif dalam Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).

Setelah Datuk Rais pindah bertugas dalam Kabinet Persekutuan, Zainal khabarnya menceburi bidang perbankan dan bertugas sebagai Pengurus  Pembangunan Dagang di Bahagian Hal-Ehwal korporat di salah sebuah bank terbesar di Kuala Lumpur.  Tidak lama beliau di situ kerana kami difhamkan beliau mengambil keputusan untuk bertugas pula di sebuah syarikat penerbitan beberapa ketika. Tidak pasti bila Zainal meninggalkan kerjayanya kerana apa yang difahamkan kesihatannya tidak mengizinkan. Keluarganya memklumkan Arwah menjalani  by-pass jantung  tiga tahun lalu. Pertemuan di majlis perkahwinan anak AAB di Putra heights dalah kali terakhir saya bertemu dengannya. Ketika itu turut sama meraikan majlis ialah Akhbar Baba dan Zainal Mohd Dom, kedua-duanya Alumni TBSST, Zainal  Mohd Dom sama bec dengan saya pada tahun 1962. Sementara Arwah sama bec pula dengan AAB (1961).
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Amin Ya Rabul Alamin! 

Sunday, 19 August 2012

ZAHRIMAN ALIAS MENULIS...KISAH ASRAMA TBS LAGI

 

ZAHRIMAN ALIAS MENULIS.... KISAH ASRAMA TBS TAMPIN LAGI


Sekumpulan Alumni TBS Tampin yang menghadiri REUNI TBSST 2 menjelang ketibaan Ramadhan al-Mubarak di Kedai Kopi Shah Alam, 15 Mei 2012 lalu. Zahriman Alias (No. 5 dari kiri barisan hadapan) telah dilantik sebulat suara sebagai Pengerusi (Presiden) TBSST Protem Committee.
Asrama TBSST Kisah 2
Ni nak cerito kisah cikgu pulak.....maso Form III-FormIV dulu, cikgu english Literature sei sorang jantan bangso asing. Dio ni lain sikit....kok maso ngajar, dio tak rapat amek ngan budak laki2....tapi kok ngan budak2 pompuan punyolah dio rapat, sampai begesel2....tangan eh pulak menjalar yo kek bahu, kek pinggang budak2 pompuan....tapi yg cantik2 yo lah. Yg burok rupo eh tak pulak dio rapat doh. Haaaa.....satu lagi dio ni, budak2 selalu cakap dio anti- Malay, tapi sei pun tak paham amek maso tu anti Malay macam mano dio tu. Tapi dalam kelas dio ni suko bona burok2an UMNO, burok2an Tunku Abdul Rahman, PM kito maso tu....tapi sei tak berapo ingat butir2 yg dio marah kek Kerajaan ni, sobab maklumlah kito ni kan paham bona hal2 politik ni doh.....Haaa....ado satu lagi tontang cikgu ni, tontang poem yg diajar eh suruh kito hafal......Poem, cikgu suruh hafal, kito hafal lah.....sampai nijam, dah dokek 50 tahun berlalu, sei masih boleh hafal lagi poem tu. Tajuk eh Dungeon Spoil...........bla,bla,bla..
My hair is grey though not with years,
Nor grew it white in a single night as men has grown from sudden fears,
My limbs are bowed though not with toil,
but rusted with a vile repose.
We were seven who now are one,
Six in youth and one in age,
Finished as they had begun.....bla,bla,bla.........​...
Maso tu kito budak2 montah, apo bona yg kito paham.....rupo2 eh, bilo dah bosa, bilo dah kojo, kojo pulak dalam Special Branch.....barulah sei faham....rupo2 poem tu kisah kezaliman orang Islam terhadap orang kristian joman peperangan Crusade dulu.....huuhhh, baru sei perasan.....rupo eh ini kojo cikgu tu, dio ni bukan sajo gatal dengan budak2 pompuan, anti Melalyu, anti-Kerajaan....dio jugak ngaja hal2 anti-Islam kek kito budak2 Melayu........mano dio nijam tak tau lah. Ado donga dio ghonti cikgu poei amik law,.... guno duit Kerajaan jugaklah tu......
Zahriman Alias, 7 Mei 2012




ZAHRIMAN ALIAS MENULIS...KISAH LAMO DI HOSTEL TBS TAMPIN 1

 


Zahriman Alias (kiri) dengan orang-orang lama TBS Tampin. Foto ini diabadikan pada 15 Julai 2012 


Asrama TBS Tampin dibuka pada tahun 1964.

1964 hostel TBS dibukak. Sei antaro penghuni pertamo. Perkaro manjek pagar poei menghayap pokan Tampin malam2 perkaro biaso. Satu ari dlm tahun 65, l/k 10 orang studen telah ditangkap guru asrama kerana manjek pagar, hukuman eh pablik canning. Sumo kono berhimpun dlm dewan. sorang lopeh sorang kono dtg kedopan, londeh an seluar sampai kelutut....zapp-zapp!! kono 2 kali sorang kek buntot. Mengolintin nampak eh masing2 yg kono. Tibo giliran budak yg last, tinggi orang eh, golap sikit kulit eh, panjang remos eh.....bilo dio londeh seluar, sumo orang ketawo....takut jugak kek cikgu sobab dio tongah bongeh,k tapi ketawo tak leh tahan2....sobab seluar dalam budak tu besopai, bekocai, macam roti tirai....hehehe. Cikgu pun tak tahan goli hati nengok eh......bilo dio kono rotan, bertorbangan dobu kuar dari bontot eh yg samo kopam dongan suar dalam eh......hehehe, goli bebona hati den nengok eh.


Friday, 17 August 2012

SELENDANG SUTERA UNTUK ZAINAB DI URTV

 


Ilustrasi Cerpen "Selendang Sutera Untuk Zainab" yang menghiasi cerpen itu di majalah URTV 1-15 Januari 1999.
Aku melihat jam inding pukul 3.00 pagi. Tanpa gosok gigi dan mandi aku mencapai begi kecilku yang sarat dengan pakaian dan melangkah ke pintu serambi. Aku melihat ayahku tidur di hujung serambi. Dia seperti kesejukan dengan badannya “mengekot” bagai udang galah baru dimasak. Sedih aku melihat ayahku tidur begitu dan seoraang diri ula. Biasanya ayahku tidur di kamar bersama ibu. Barangkali ayah terlalu mengantuk untuk ke kamar lalu tidur di serambi. Ayahku baru pulang dari Kuala Lumpur membawaku pulang bersama Uwan Saadan. Seminggu yang lalu aku lari dari rumah.
Tidak sampai hatiku meninggalkan ayahku begitu. Dan sebentar lagi ayahku pasti akan bangun untuk makan sahur bersama ibu dan adik-adikku. Tetapi aku telah bertekad untuk memenangkan semula hati ayahku. Dan untuk itu aku perlu meninggalkan rumah dan kampong halaman. Aku dapat membayangkan betapa ayahku akan marah apabila mendapat tahu sebahagian wang simpanan, hasil durian pada musim yang baru berlalu, telah aku gunakan. Hasil jualan durian itu  

telah ayah masukkan ke dalam akaun simpananku. Dan aku telah keluarkan $200 tanpa pengetahuan ayah. Dengan demikian, sebelum ayahku tahu aku perlu menggantikan semula wang itu. Aku telah menggunakan wang itu semasa mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang seminggu sebelum bulan puasa dahulu.
Aku meninggalkan rumah menuju jalan besar kira-kira saatu kilometer (lebih kurang setengah batu) jauhnya. Aku akan menaiki bas menuju Kuala Lumpur semula dan kali ini aku akan meneruskan perjaanan menuju pantai timur. Aku membawa bersama Sijil rendah pelajaranku. Sewaktu aku meninggalkan rumah minggu lalu, sijil itu kubawa juga. Hajat hati hendak mencari kerja sementara di musim cuti akhir tahun itu untuk mengembalikan semula wang ayahku.Ketika itu selama tiga hari berturut-turut aku mencari kerja dengan mengayuh basikal, milik sepupuku, seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang tinggal di berek depoh di Malaya Command Jalan Gurney. Sepupuku anak-beranak pulang kampong sewaktu aku menyelinap masuk ke dalam rumahnya dengan memanjat tembok dapur dan tanpa pengetahuannya.
Pada masa seminggu itu, aku menemui pengurus beberapa panggug wayang di Kuala Lumpur, antaranya panggung wayang Cathay, Federal dan Capitol. Rasanya panggung wayang Rex juga aku pergi. Aku menemui mereka untuk memohon kerja sebagai pekerja panggung. Tetapi gagal. Aku juga menemui tauke restoran untuk menjadi pelyan atau tukang cuci pinggan. Namun tidak seorang pun mahu memberiku kerja. Alasan mereka aku terlalu muda. Badanku yang relative besar belum boleh menjamin aku diterima bekerja, kerana kad pengenalanku menunjukkan aku belum cukup umur[a1] .
Semasa menunggu bas di jalan besar di Kampong Perah, aku teringatkan masa-masa gembiranya bersama rombongan ke Pulau Pinang. Itulah kali pertama aku ke Pulau Mutiara itu. Sepanjang perjalanan dalm bas menuju pulau itu aku dan kawan-kawan sekolahku menyanyi dan menari dalam bas. Ada yang tanggalkan baju kerana kepanasan dan ada yang basah kuyup oleh keringat. Sepanjang malam ramai yang tidak tidur kerana kesukaan. (Bas yang membawa rombongan adalah bas Southern yang bernombor plat N 4050).
Turut dalam rombongan seorng primadona sekolah, rakan sekelasku. (Namanya terpaksa dirahsiakan bimbang sensitif- afy). Kawan wanita sekelasku ini sungguh ayu dan tak seorang pun akan jemu memandangnya. Mukanya bujur sirih dan kulitnya putih melepak. Ramai juga pelajar senior yang cuba mendekatainya namun dia pandai jaga diri. Adalah dua orang pelajar lelki yang si dia ini berasa senang berdmpingan, dan kalau aku tak perasan, aku salah seorang daripada dua pelajar itu.
Semasa berada di Pulau Pinang, aku mahu berdampingan lebih rapat lagi dengannya. Aku meminta bantuan sepupuku yang turut sama dalam rombongan (nama juga dirahsiakan bimbang sensitif). Sepupuku ini begitu intim dengan si dia.Di Kebum Binatang (Botanical Garden) aku menghampiri mereka berdua yang kebetulan sedang asyik berbual di satu bangku. Aku menyapa mereka. Si dia menjelingku hingga membuatkanku jadi tak keruan. Darahku berderau dan jantungku berdegup kencang.Aku dipersilakan duduk dan kami pun berbual panjang. Dan kami juga ketawa memanjang apabila ada cerita yang kami anggap kelakar.
Tidak ramai orang di persekitaran tempat kami duduk itu. Barangkali anggota rombongan yang lain serta pengunjung taman tengah asyik dengan kera dan monyet serta melihat pohon-pohon tua yang masih lagi utuh dibelai dan dijaga rapi.
“Kau tak nak kasi hadiah ke kepada orang sebelah ini? Hari ini hari jadinya,” ujar sepupuku.
“Yang ke berapa” Ke 17 atau 71?” gurauku.
“Jangan nak mengada,” kata si dia. “Tengok orang ya!”
Lama juga kami bertiga di tempat itu sehingga Miss Loo Kim Leng (salah seorang guru pengawas rombongan memanggil kami. Aku memikir-mikirkan sesuatu. Inilah masanya untuk aku ingin buktikan yang dia tertarik denganku. Dan inilah juga masanya aku akan mendahului pesaing-pesaing yang lain untuk menambat hatinya. Petang itu juga aku bersama seorang kawan baikku, ke kedai pakaian. Aku memilih selendang sutera dan satu set sapu tangan untuk si dia. Sebelum itu aku mengeluarkan wang simpananku di pejabat pos.
Sepupuku berasa hairan dari mana aku dapat wang untuk membeli hadiah untuk si dia. Sepupuku itu tahu benar ayahku cuma membekalkan aku dengan $50 untuk kunjungan itu. Sepupuku melihat aku “happy” sahaja nampaknya.
“Kau curi duit kawan-kawan ke?”tanya sepupuku.
“selisih malaikat,” jawabku. “Aku pun ada duit simpanan.”
“Kau bukan tak tahu aku dapat biasiswa Federal setiap bulan,” ujarku lagi. Sememangnya aku terima wang biasiswa Persekutuan (Federal Scholarship) sebanyak $45 sebulan sejak Form 1 lagi.
Sepupuku tak banyak tanya lagi selepas itu tetapi sepupuku tetap kurang yakin. Si dia menerima hadiah dariku dengan senyuman melirik. Matanya lekat menerjah mataku sehingga debar jantungku kembali kencang. Aku bagaikan berada di mahligai syahdu dan rasanya aku benar-benar tengah mabuk cinta.
Aku tak sedar bahawa bas pertama pagi itu dari Tampin telah sampai di tempatku menunggu di Kampong Perah. Serta-merta ingatanku kepada peristiwa di Pulau Pinang itu hilang semasa aku bergegas menaiki bas. Hari sudah tinggi benar apabila aku sampai di Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur aku menaiki bas ke Kuantan pula. Sungguhun aku belum mempunyai tujuan yang pasti tetapi aku teringatkan bapa saudaraku yang bekerja di Bandar itu. Walauun aku tiak ada alamatnya namun aku nekad mencarinya, paling-paling aku dapat menumpang beberapa hari dalam usahanya mendapatkan pekerjaan. Aku mengerti bahawa bapa saudaraku sekeluarga akan pulang kampong beraya. Aku berharap dapat berhari raya di kampong sebaik sahaja aku dapat mengembalikan semula wang ayahku yang telah dipakai itu.
Di Kuantan, senja mula menyelubungi suasana. Bandar Kuantan aku jejaki buat pertama kalinya. Aku langsung mencari masjid yang rupanya berdekatan dengan stadium. Dalam keadaan begitu aku ingin menemui Tuhan. Pun waktu berbuka puasa hampir tiba. Aku hanya berbuka puasa dengan air paip dan nasi bugkus yang kubeli daripada warong behampiran. Selesai solat Maghrib aku memikirkn Hari Raya yang bakal tiba. Apakah mungkin aku Berjaya mendapatkan wang sebelum hari raya? Apakah ayahku akan merestui perbuatanku ini? Atau ayahku akan menempelakku. Aku tahu benar perangai ayahku seorang yang pebengis kepada anak-anaknya. Aku ingin mencari petunjuk. Dalam waktu yang bersamaan wajah si dia terbayang di depan mataku.
Ayunya dia. Kerapkali, selepas sekolah, aku akan mengiringinya pulang bersama teman-teman yang lain yang akrab dan sekelas denganku. Kadang-kadang turut juga sepupu perempuanku dan kawan-kawan wanita sekelas yang lain. Rumah orang tua si dia ini tidak berapa jauh dari sekolah dan dalam perjalanan pula ke Stesen bas Tampin-Seremban. Sesekali tangan kami bersentuhan dan ketika bersentuhan si dia menjelingkan matanya kepadaku dan diiuti senyuman yang hampir menghilangkan separuh imanku. Bagiku, ketika itu inilah wanita jatung hatinya, dan aku seperti berikrar akan bersamanya selagi hayat di kandung badan. Begitulah nekadnya aku meletakkan cintaku.
Pernah juga aku berkirim surat melalui sepupuku. Tetapi jarang aku lakukan kerana hampir setiap hari aku melihatnya di sekolah. Suratku dibalasnya, juga melalui sepupuku. Semakin lama semakin dekat wajah si dia di hatiku, sehingga kaang-kaang aku lupa di mana aku berada – di dalam kelas, di stesen bas atau di rumah. Begitu taksub rasanya aku terpaut kepadanya.
Aku melihat sekeliling. Aku berusaha meyakinkan diriku sedang berada di sebuah Bandar yang begitu asing bagiku. Ada risikonya. Malam semakin larut dan aku tidak punya piihan kecuali tidur di masjid. Aku beruntung kerana ada ramai tamu yang tak diundang di majid malam itu. Ada yang datang dari Kota Bahru dan Kuala Terengganu untuk tumpang tidur.
Tiba-tiba belum pun sempat aku melelapkan mata, aku terasa ada orang sedang menghimpitku dan satu benda keras lagi tajam menyucuk belakangku.
“Jangan bersuara,” Aku terdengar suara seorang lelaki sedang berbisik sesuatu kepadaku.

Aku mendiamkan diri. Cemas.Aku menggigil ketakutan. Sekonyong-konyong aku terasa satu tangan menyelok saku seluarku. Dompet dan buku akaun simpananku diambil dan sebentar sahaja orang itu menghilangkan diri dalam gelap. Aku tergamam dan tak terkata. Peluk sejuk mulai mengalir di bahagian belakang badanku.
Sepanjang malam aku tak dapat tidur, memikirkan apa yang perlu aku lakukan esok dan hari-hari beikutnya. Wangku sebanyak $30 telah lesap bersama dompet dn buku akaun simpananku. Turut hilang kad pengenalan dan secebis kertas yang tertulis alamat rumahku. Sepanjang malam aku bersandar di tiang veranda masjid, hanya memerhatikan orang lain tidur dengan nyenyak di sekelilingnya.
Esoknya, sepanjang hari aku mencari rumah bapa saudaraku itu. Aku bertanya ke sana ke mari, namun gagal menemuinya. Ada yang bilang bapa saudaraku telah pindah ke Kuala lumpur. Ada yang kata dia sudah meninggal dunia, malah ada pula yang kata tak pernah kenal orangnya. Senja datang lagi apabila aku pulang semula ke masjid. Aku bukan sahaja keletihan tetapi sudah mula berasa takut. Senja itu aku hanya berbuka dengan air paip lagi dan kali ini makan sebuku roti kelapa.
“Hari Raya,” fikirku, “mahu pulang? Bagaimana kata ayahku nanti?”
Aku bermalam sekali lgi di masjid itu. AKu tidak apat meramalkan apa akan terjadi kepada diriku malam itu lagi kerana sekali lagi aku akan tidur bersama-sama orang-orang musafir.
Serta-merta itu juga aku rindukan keluargaku di kampong. Aku teringatkan kawan-kawan sekolahku. Mereka mungkin bersama-sama dengan keluarga sambil menikmati juadah berbuka. Air jernih mula keluar di kelopak mataku.Kata-kata terakhir ayahku semasa membawaku pulang beberapa hari lalu menerpa –nerpa datang dan pergi dalam kepalaku.
Aku tahu dalam bengisnya ayahku tetap menyayangiku. Aku menyedapkan diri dengan berkata dalam hati bahawa ayahku tidak akan marah aku menggunakan wang itu. Ayahku cuma mahu aku berterus terang. Apa sahaja masalah boleh dibincangkan. Aku teringatkan kata-kata ayah, “duit boleh cari.” Ketika itu juga aku mahu sahaja menangis sekuat-kuat hatiku. Namun hanya sedu-sedan mengiringku dalam gelap malam itu.
“Pulanglah,” kata hatiku, “Ingatlah ayah, ibu dan aik-adikmu.”
Namun aku memperkuat tekadku untuk mencari wang menggantikan wang ayahku. Banyak itu. $200. Namun aku tidak tahu caranya atau di mana. Setiap kali aku melamar pekerjaan setiap kali itu pula lamaranku ditolak dengan alasan aku masih bawah umur dan sijilku terlalu rendah. Dalam keadaan begitu aku hanya dapt melayani perasaanku sendiri bersama nyanyian nyamuk yang kadang-kadang membingitkan telingaku sahaja.
Entah bila aku terlena aku tidak pasti kerana apabila aku bangun suara azan sedng mengalun lunak memecah subuh sunyi. Aku bangun dan mengambil wuduk. Aku memhon petunjuk daripadaNya. Setelah sembahyang Subuh aku terasa ingin menemui Imam masjid dan dengan penuh khusyuk dan tawaduk aku menyerahkan nasibku kepada Imam yang kemudian membawaku pulang ke rumahnya.
“Kamu puasa?” tanya Imam setibanya kami di rumahnya.
“Ya, Tuan Haji,” jawabku.
“Tak sahur malam tai?”
“Tidak.”
“Boleh tahan ke sampai petang?”
“Insya –Allah, Tuan Haji.”
Imam kemudian mengangkat telefon dan cuba menghubungi Balai Polis Kota yang terletak berhampirn rumahku.
“Tak mengapa. Polis Kota akan menghubungi ayah kamu untuk memberitahu yang kamu selamat di sini. Pergi mandi dahulu dan nanti saya akan hantar kamu ke stesen bas.”
“Tapi saya tak ada duit, Tuan Haji!”
“Tak usah fikirkan. Yang penting cuba fikirkan perasaan ayah yang mungkin siang malam berdoa akan keselamatan kamu. Pulanglah, Insya-Allah kamu akan selamat. Minta ampun pada ayah di bulan Ramadhan ini. Raya pun tak lama lagi. Hari yang baik untuk kamu minta ampun pada ayah dan ibu. Sekolah jangan abaikan. Kata kamu kamu ada hanya tinggal setahun lagi nak selesai. Ingatkan ayah dan ibu. Sebengis-bengis ayah, sayangnya kepada kamu dan anak-anak jangan kita lupakan. Jangan terlalu ikutkan hati,” katanya.
Aku mengucup tangannya sebelum menaiki bas menuju Kuala Lumpur. Tiba-tiba aku betul-betul rindu kepada ayahku, ibuku dan adik-adik semua. Dn lebih pada itu wajah si dia tetap berbayang di depan mataku!
(NB: Tajuk asal cerpen karangan A.F.Yassin ini ialah "Nekad" tetapi telah diedit oleh Editor majalah URTV yang menyiarkan cerpen ini kepada tajuk “Selendang Sutera Untuk …. Nama watak digantikan dengan orang pertama, kedua dan ketiga untuk melindungi nama sebenar. Cerpen ini didasarkan kepada cerita benar. Kisah berlaku sekitar awal tahun 1960-an. Cerpen ini telah disiarkan pada 1-15 Januari 1999.)

Komen:
Cerpen ini ditulis berdasarkan ilham yang dicetuskan gambar ini daripasa hasil koleksi peribadi crpenisnya.











SEMBANG NOSTALGIA OMPEK ALUMNI TBSST


Sembang FB Ompek Alumni TBSST tentang cito nostalgia di TBSTTop of Form
Nasa Abu Bakar: itu lah zaman dolu2 tak berani nak meluahkan perasaan berbanding dgn remaja sekarang ... terlalu advance. Memang rugi ketiko tu, banyak yang masuk angin keluar asap .... nak2 bilo dengar lagu2 hidustan, asyik berangan ajo tapi sigadis tak tahu langsung yg ada org syok kat dio. Akhir nya remaja yg tak disangka2 mendapat gadis berkenaan Den pun gitu jugo ketika itu tapi cuba masa kini .... memang tak lopeh punya. Bak kata org sekarang 'Talk n don't shy away'. Yg pelik tu ada kawan2 yg syok sendiri tu bila gadis yg dio syok tu melintas dihadapan dia dan tersenyum sikit .... wah2 senyum melebar sampai balik ke rumah, makan pun tak lalu. Karut juga geng2 kito dizaman itu ya?

Abu Aman Bachik:  Nasa mano nak berani eh dio anak orang gomen . Ese anak orang kg ulu pulak tu. langut pun. Sekolah pun ngan batuan federal minor scholarship. 45.00 sebulan. Kok nak ek buleh tu duit banyak poh. Maso tu 45 inggit tu bosa. Tampi kito soda diri. Oran miskin mano beghani usek anak orang gomen. Lawa pulak tu. kok di sumpit eh ngan ludah. Mano nak suruk an muko ni. Jobo yo. Jadi gilo lah kito sendiri.
Abu Aman Bachik:  AFY cito den kono halau balek kg dah delete koh.? Tu cito yang motan eh tu. nganlah delete.

Nasa Abu Bakar:  yg den ingat kakak den tu memang cantik dan putih org nyo ... tapi tak ponah dio sobut ada boyfriend semasa zaman2 sekolah dulu. Yg den suko kat kakak den ni dia pandai buat cito2 remaja... alah cito cinto2 dan ketiko tu den pun dah pandai bercinta boneka ( puppet love) apa laei asyik mengadu kat dio ajo.....
Ahmad Fadzil Yassin: AAB, cito u tak kan di delete doh, mano boleh delete, cumo ese tunggu giliran nak masokan somulo ko dlam blog ini. Bilo Nasa kato akak eh tak ponah sobot dio ada bf itu boto jugak, korano mungkin kita jo yang hidung tak mancong pipi tosorong-sorong. Lagi pon boto kato u to AAB, kito oghang ulu, anak ponurih gotah dio anak gomen vetenari lai. ghumah gomen siapkan, bapak kito buek ghumah caghi kayu hutan dan buluh buek polopah. Inilah bezonya. kalau nak ikut borani tak boraninyo kita dongan pompuan, ese ingat samo jo dulu dan sokarang, cumo kita ini ibarat pipit, oghang ibarat enggang.

Kito samo-samo dapek subsidi skloarship kerajaan persekutuan, $45 sobulan. Ese masih ingat abah ese dua tigo haghi sobolum dapek duit subsidi itu abah ese dah kasi warning pada esse jangan usik satu sen pun duit. Sobab nak boli papan nak tutup soghambi ghumah ese yang sojak sokian lama tododah siang malam. Itulah coghito eh kalau Nasa nak tahu konapo kita tak bogani nak agresif dongan gf yang kito anggap anya syok sondiri sajo. Dan memng pun akak Nasa itu pondiam oghang eh, bokawan pun tak ghamai dan momilih. Sobonar kito tak all out nak buek lobih daaripada cinto syok sondiri, Sorrylah Nasa coghito ini hanya tingga konangan.
Ahmad Fadzil Yassin:  Soingat eselah akak Nasa ini ghapat dongan Masitah Yatim, yang ese panggil Dak Itah jo walaupun dari segi pangkat Masitah ini omak sodaro ese. Sobab omak Masitah itu omak sodaro pada omak ese. Tapi Masitah ini udo onam bulan sobayo dengan akak Nasa, Zenab. Ese porhatian maso buat excursion kek Penang tahun 1961 itu Zenab solalu jo dogan Masitah. Dan sorang lagi yang mungkin akak Nasa kona ghapat maso itu ialah Cik Om, sokaghang ini dah jadi isteri kopada Yusof Rahman ex-kolonel tentera itu. Yusog ponah bersama dalam Reuni pertamo 1 Mei lalu. Dio datang sama Saleh Somen.

Ahmad Fadzil Yassin:  Masitah sekarang tingga kat Bandar Baru Bangi, nikah dongan Dr. Ismail Hamzah, ex pensyarah UPM sementara Cik Om itu ghaso eh tingga kat Kg. Pandan.

Mohd Zain Mohd Yassin : Fadzil, Gambar budak Z... Laie torang dlm gambar ini - kok nak bandingkan dgn gambar dlm Sch Magazine tu. Gambar ni collection ekau. Den cpy frm yr email in Aug 2011 dulu. Ni lah namo eh simpan gambar goffriend sonyap-sonyap. Den cayo lah ghamai budak-budak dulu boli gambar sch sports day yg ado gambar goffriend eh. kah kah kah.Top of Form


Abu Aman Bachik:  Oh ok. X pe!

Mohd Zain Mohd Yassin : Nasa Abu Bakar Anwar tu kini kek JB. Seorang yg flamboyant tapi kini physically slowed down after a car hit him abt 2 yrs ago. He doesn't drive but can still move around with some difficulty. He walks around like someone who've had a strok...

e. His spirits have not dampened though. If u meet him, he would still be like the old Anwar that you used to know in Tampin before. Asmah Mansor tu cousin dia. Maybe u remember Boboy and Halim younger brothers of Asmah but I don't know where they are.


Bottom of Form


ABU AMAN BACHIK: INILAH KISAHKU MASUK SEKOLAH ORANG PUTIH 1954.


Cikgu Abu Aman Bachik  (kiri) di Reuni TBSST di Kedai Kopi. Shah Alam pada 1 Mei 2012 yang lalu. Beberapa alumni wanita TBSST turut bertanya khabar akan keadaan Cikgu Aman. Cikgu Abu Aman telah mengajar selama 33 tahun 3 bulan sebelum bersara.  

Pada Januari tahun 1954, setelah mengucapkan selamat tinggal kepada sekolahku, Sekolah Melayu Nuri, Air mawang, Johol, maka berpindahlah aku ke Government English School, Tampin, yang jauhnya 10 km dari rumahku. Aku memasuki Special Malay Class One di GEST, barmulalah aku menerima pendidikan Inggeris mulai pada tarikh itu bersama beberapa orang kawan sekelas dari Sekolah Nuri. Aku terpilih ke SMC itu pun adalah atas jasa guru yang amat ku kasihi, Cikgu Ismail Haji Saad, yang telah melihat potensialku untuk berjaya.

Pengalaman pahit ku sebagai seorang murid dari kampung yang ulu ialah di usir dari kelas oleh beberapa rakan sekelas yan duduk bersebelahan ku. Mereka ini dari Sekola Melayu Repah. Mereka tinggal berjiran di bandar Tampin. Mereka memang biasa bersama dan bapa mereka pun adalah penjawat kerajaan di Tampin. Jadi mereka menganggap diri mereka lebeh serba serbi dari aku yang langut yang datang dari kampung. Demikianlah penampilan sulungku pada pandangan mereka yang dari bandar ni begitu lekeh sehingga sanggup mereka menghalau aku balik ke sekolah lama.
pengalaman pahit yang pertama ini membarakan azam aku untuk cemerlang menamatkan tanggapan kenalan sekelasku yang cukup bongkak itu. Nyata setelah keputusan peperiksaan kali pertama diketahui mereka tiada lagi memandang hina terhadapku.

Keputuasan peperiksaan kali pertama itu, alhamdulillah dapat ku kekalkan sehingga akhir zaman persekolahanku di TBS. Dalam zaman persekolahan ku di TBS aku alhamdulillah telah mengalami beberapa peristiwa pahit mannis yang lain. Pernah semasa aku di Tingkatan Dua, aku di tampar oleh seorang guru sehingga terpelanting cerminmataku. Mujurlah ia tidak pecah. Ini adalah kerana salahku sendiri kerana tidak fokus kepada apa yang diajar oleh guru itu, padan muka aku.
Satu lagi episod dalam zaman persekolahanku yang tak mungkin akan kulupakan ialah satu jangkamasa di mana aku sungguh syokkan seorang awek dalam kelas junior darku sehingga pelajaranku merosot kerana tiada tumpuan belajar, asyik tergilagilakan awek ini. Apa yang menyedarkanku ialah keputusan peperiksaanku yang merosot. Ia membuatku berfikir jika aku terus menggilai awek ini, aku akan menjadi sampah masyarakat. Sedangkan anehnya awek itu tak tahupun yang aku menggilainya. Allah masih terlalu sayang kepadaku kerana aku di sedarkan dari episodku yang sia sia ini. Syukur. Dan pengalaman ku ini amat berguna bagi ku Sepanjang aku menjadi guru dan dalam membesarkan anak anak ku. Aku melarang anak anak muridku dan anakku sendiri terjebak seperti yang berlaku kepada ku sekiranya mahu sentiasa berjaya dan fokus dalam pelajaran. Ramai murid ku yang meneladani pengalamanku. Dan aku bersyukur kerana anak anakku empat orang semuanya semuanya memilih pasangan mereke ketika di universiti.


Bangunan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin, dulunya dikenali Government Primary English School Tampin. Di tempat ini dulunya terletak kantin sekolah yang dinamai "School Tuck Shop".

Satu lagi episod yang amat ku syukuri ialah peristiwa aku di lantik menjadi School Captain. Anehnya aku bukanlan pelajar yang terbaik untuk layak dilantik menjadi ketua sekolah tu > Tapi hanya sekadar tiada pelajar lain yang lebeh layak lagi. Aku tak ubahlah seperti, pabila tiada rotan bergunalah akar. Ini kerana pelajar yang best best, seperti Md Akbar Baba, Ridzuan Md Piah (Allahyarham) dan A Subramaniam semuanya telah berjaya ke Royal Military College di Sungai Besi. Aku mencuba juga untuk ke RMC tapi kantoi. Itulah ranking aku. Aku kata pabila tiada rotan bergunalah akar, kerana aku ni kaki bangku, satu permaian sukan pun aku tak shine. Namun dilantik juga SC. tapi alhamdulillahlah aku maintain kecemerlangan akademik ku. Betapa tidak, aku satu satunya Melayu di TBS 1961, yang memperolehi dua satu: Division One for School Certificate dan Division One for Federation of Malaya Certificate. Tompi kecemerlangan takat tu jolah! Mendapat pendidikan tertiari dah tua. Melalui Rancangan Pengajian Luar Kampus, USM yang di promotekan oleh Tan Sri Hamzah Sendut, god bless his soul. Sedangka kawan kawan yan lain: Akbar terus dapat ijazah, Datuk Aris Abas terus dapat PHD, Dr zainal Said terus PHD, Abdullah Mulup terus buat ijazah, dan ramai lagi yang tak shine spm terus dapat ijazah.

Dalam episod hidup aku mengalami banyak kegagalan. Aku gagal untuk masuk RMC, aku gagal masuk Maktab Teknik, aku gagal masuk Maktab Pertanian dan aku gagal dalam cinta pertamaku sehingga aku merana dan sengsara. Mujurlah Allah memberiku kejayaan untuk jadi guru sehinggalah aku menikmati tahun tahun persaraan sehingga sekarang. Alhamdulillah!.

Satu perkara yang menarik juga untuk dinukilkan ialah,aku amat amat berbangga dan bersyukur kerana dikesan oleh arwah Cikgu Ismail Hj Saad sebagai seorang yang ada potensi untuk maju dan disekolahkan di TBS. Aku bukan sahaja memulakan pendidikan Inggeris ku disitu sehingga aku berjaya ke maktab di Brinsford Lodge, Wolverhampton, England, malah aku telah memulakan karier guruku sebagai guru sementara di TBS, disitulah mula bermesra dengan Tuan Zahriman Alias, Salleh Semin, arwah Tahirul Arifin dan arwah Shuha Hj Shukur, untuk mengingat beberapa orang, sebagai muridku. Di TBS jugalah aku telah mengajar, dan di TBS juga lah aku telah memegang batang kapur terakhirku kerana terpaksa bersara setelah tiga puluh tiga tahun tiga bulan aku menjadi guru. Pengkisahan ......
Abu Aman Bachik 20 Julai 202.