Sanak Saudara Arwah berada di sisinya beberapa ketika sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhi.
Rabu, 6 Oktober 2012, Mohd. Zain Mohd Yassin (Zain) berada dalam kadaan tak sedarkan diri semasa saya, Zahriman dan isteri minta diri pulang dari isteri Zain setelah kira-kira sejam berada di sisi katilnya di Wad 167 CCU, Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Sejam kemudian, tepatnya pukul 10.10 malam dapat berita dari Car Lim Aboo (CLA) bahawa Zan telah menghembuskan nafanya yang terakhir. Ini bererti Zain pergi tidak sedar-sedar sejak kedaannya begitu dari 11.00 pagi.
Call dari CLA ini adalah kali kedua. Pertama kali CLA call, semasa saya masih di rumah Siungai Buloh. Saya baru sahaja menghantar Abu Aman Bachik (AAB) dan steri pulang ke Putra Heights, Subang Jaya setelah menghadiri majlis perkahwinan anakanda Zahriman Alias (ZA) di Malaysia-German Institute di Bangi. Tanpa membuang masa saya terus "rush" ke IJN dan apabila sampai di Wad CCU, CLA telah pun pulang. Yang masih di sisi Zain, isteri dan kesemua anaknya yang sedang membaca Surah Yasin. Isteri Zain menjelaskan keadaan Zain.
Mohd Zain Mohd Yassin di wad IJN, sejam sebelum tutup usia. Seorang ustaz berusaha dan berdoa agar Zain kembali sedar. 9.30 pm 6 Oktober 2012
Menurutnya, Zain mengambil sarapan seperti biasa pagi itu dan beliau kelihatan ceria dan rileks. setelah itu beliau menjengok Blog dan FB Alumni TBSST. Barangkali beliau ingin melihat dan membaca mesej kenkawan dan cerita baru dari blog jika ada. Pukul 10.00 pagi beliau masuk bilik air dan ketika kembali ke katil beliau terasa sakit kepala yang amat sangat. Kata isterinya lagi, Zain tiba-tiba muntah dan setelah itu langsung longlai (slipping) tidak bermaya dan terus tidak sedarkan diri. Sebelum itu beliau menyebut nama "Zahriman" dua kali, malah bertanya tempat kahwin anak Zahriman di mana. kemungkinan besar beliau ingin hadir majlis.
Tiba-tiba pukul 10.10 malam terima call rigkas dari CLA menyatakan "Zain telah tiada lagi." CLA minta saya sahkan dengan anggota keluarganya. Saya kemudian menghubungi AAB di rumahnya di Putra Heights memberitahu bahawa Zain telah pergi buat selama-lamanya. Tidak lama kemudian saya hubungi Zahriman minta pengesahannya dan bila jenazah akan dikebumikan. Kata Zahriman Sekitar pukul 11.00 pagi tetapi lebiih baik hubungi keluarga arwah untuk pengesahan. Saya buat call dengan anak bongsu arwah yang menjelaskan bahawa semua persiapan jenazah akn dilakukan di IJN dan jenazah akan dibawa ke rumah keluarga di Kepong. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan , Kepong sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ehsan kir-kira 11.00 pagi.
Kini arwah telah pergi buat selama-lamanya. Ini adalah ketentuan Illahi tanpa mungkir. Allah lebih menyayangi arwah dan semoga pemergiannya diredhoi oleh anggota keluarga dan kenkawan, terutama Grup Alumni TBSST yang penubuhannya arwah sendiri yang menjadi salah seorang penggeraknya. Ada beberapa hal yang tidak kesampaian bagi Arwah.
Pertama, arwah ngin sekali menghadiri majlis perkahwinan anak Zahriman di Bangi. Kedua, arwah ingin sangat memulakan kisah memoirnya semasa belajar di TBS Tampin. Malah satu masa yang belum lama sekitar dua minggu lalu kami (saya, isteri dan menantu saya) berziatah ke rumahnya di Kepong dalam perjalanan pulang daripada menghantar Irfan (cucu) balik asrama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Permaga, Bentong, Pahang. Arwah minta petua untuk menulis cerita yang bakal ditulisnya. Dengan senang hati saya menunjuk ajar secara lisan, apa sepatutnya persiapan yang perlu dikuasai Arwah sebelum mula menulis.
Kurang pasti apakah Arwah telah mula membuat persiapan untuk menulis. Dan keempat, hajat kami (Zahriman, Zain dan saya dengan isteri masing-masing ingin menjamu selera hidangan Nasi Briyani Gam Batu Pahat di Jalan Rahman Putra, Sungai Buloh, yang menurut Zain dan Zahriman pernah dipromokan dalam TV.
Bsikan terakhr Zahriman di telinga Zain sebelum kami beredar 0.00 malam tadi ialah, "Zain, ini Zahriman . Kami datang. Fadzil pun ada sama." Sambil itu kami memegang beberapa ketika tangan kanannya sambil menguspnya ke atas dan ke bawah.
Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin Ya Rabul Alamn.
Zahriman Alias melaporkan : Pukul 7 00 petang tadi, sebaik selesai majlis perkawinan anak saya di Bangi, berkesempatan singgah di IJN untk melihat keadaan sahabat kita Mohd Zain. Saya berasa pilu melihat keadaannya .....beliau dalam keadaan koma, kini hanya bergantung kepada life support machine. Menurut isterinya, Raja, ........Saya tidak sempat menghabiskan ayat di atas.....baru terima panggilan dari anaknya, Mohd Zain passed away jam 9.17 pm tadi.......alfatihah....
Kisah terakhir mengenai sahabat kita
MZMY.......pada pagi tadi kira2 9 00, beliau masih berada di wad IJN menunggu
op bypass yg dijadual pada 11 oct 12, dan dia kelihatan sihat saperti biasa dan
berbual2 dengan isterinya sambil melihat fb dan membaca pos2 kita dalam grup
TBSST. Tiba2 dia bagi tau isterinya, kepalanya sakit sedikit. Isterinya
menyuruh beliau tutup fb itu dan berihat. Allahyarham tidak membantah, terus
tutup fb, dan pergi ke bilik air dulu sebelum berbaring.
Tiba2 Allahyarham kata
kepalanya sangat sakit, mula2 dia memicit dibahagian dahi, kemudian memicit
dibahgian tengkuk, lalu berkata,...dont tell me I am having stroke. Sejurus
kemudian dia muntah melambak2 terus tidak sadarkan diri. Namun dalam dia sudah
tidak sedar diri itu, dia masih mengeluarkan suara
terakhir......Zariman,zariman.....dia memanggil nama saya dua kali....lalu
terus terlentok dalam keadaan koma......Menurut doc yang memeriksa dan merawat,
Allahyarham mengaloami pendarahan dalam otak yang serious dan tidak dapat
diberi apa2 jenis bantuan lagi........
Kata Zahriman Alias " Perkenmbangan terkini,....janazah
akan dibawa balik ke rumahnya di kepong, dan dikebumikan jam 11 pagi
esok......."
Zahriman Alias: Telah confirm sekali lagi dengan anaknya, jenazah akan dibawa balik kerumahnya di Kepong pada malam ini, dimandikan malam ini juga, dan akan dibawa ke Masjid pukul 11 00 esok sebelum pengkebumian..
ReplyDeleteZahriman Alias Alamat 1662, Jalan E5/1, Taman Ehsan , Kepong....
Ahmad Fadzil Yassin : Zain Yassin meninggalkan kita buat selama-lamanya. Al-Fatihah
ALUMNI TBSST: ALLAHYARHAM ZAIN YASSIN: AL-FATIHAH & TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM
alumnitbsst.blogspot.com.
Hattar Othman: Saya baru terima info dpd Sdr Car
Lim Aboo, beliau minta tolong saya supaya memanjangkan berita ini kepada semua kenkawan. "Quote - Sdr Mohd Zain Mohd Yassin, kono attack, dia coma kobar eh dari anak eh pendarahan dalam otak, ese sdg tunggu jam 6pm baru boleh melawat, panjangkan berita ini pada kenkawan kito - unquote". Saya mendoakan keselamatan Sdr MZMY dijaga dan dilindungi oleh Allah SWT tentang musibah yg menimpa dan kembalikankanlah keadaan kesihatan nya pulih seperti sediakala.
Masdar Abu: Innalillah wainnalillah hirojiun. Takziah dari saya untuk keluarga Allahyarham.
Azali Abdol : Salam Takziah .. Al Fatihah .. Semoga roh nya Sdr MZMY sentiasa dicucuri Rahmat Allah swt ...
Mohd. Hanafi Hassan: Asslm n alfatihah.Saya ingin memaklomkan berpulangnya ka Rahmatullah aruah saudara Mohd Zain Yassin sebentar tadi.SEMOGA ROHNYA dicucuri rahmat Allah SWT Amien...Jenazah ketika ini ada diIJN.
Rozita Taharim Al Fatihah
Abu Aman Bachik: Saya dapat berita dari AFY, mayat akan dikebumikan di kepong, esok pagi pukul 11.00 pagi. Insya Allah. Alfatihah.
Norlida Abu Hassan: alfatihah....
Norlina Abu Hassan al fatihah....
Ishak Othman: Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan soleh. Amin
Norsiah Awalludin: Alfatihah.. semuga roh allahyarham di cucuri rahmat Allah swt.. salam takziah buat keluarga..
Abu Aman Bachik : Saya baru terima call dari AFY, mayat sohabat kita akan dikebumikan di kepung esok pagi jam 11.00 am. Alfatihah.
Ann Sara: Al Fatihah ... dari kami sekeluarga termasuk keluarga abg Jamal Husseiny dari Seremban untuk arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan soleh. Amin
ReplyDeletePemergian MZMY sukar untuk di cari ganti. Kegigihannya menghubungkan silaturrahim sukar di tandingi sesiapa. Keceriaannya dan senyumannya akan sentiasa terbayang di mata. Demikiankalah berpulangnya seorang sahabat yang amat sukar dicari ganti. Semoga Allah menilai segala usahanya menghubungi kengkawan sebagai amal ibadah untuknya. Saya masih terngiang ngiang perkataannya dalam perbualan telefon lapan sembilan hari yang lalu : "Aku ni Bu, kalau ada je blood clot, that will be the end of me" . Seolah olah belau tahu beliau akan meninggalkan kita semua. Innalillah hi wa ina ilaihirrajiun. Dari NYA kita datang kepada NYA lah kita kembali. Alfatihah.
ReplyDeleteHabibah Manaf: AlFatehah... Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama roh orang2 yg syoleh & beriman... Amin...
ReplyDeleteMohamad Ayob Hasim: Alfatihah,muga rohnya d tempatkan bersama org2 yang soleh.Ese ghaso satu kehilangan sobab baghu jo bermesra dgn dio ketiko perjumpaan yg terakhir d kedai kopi Shah Alam...sungguh riang orgnya
ReplyDeleteNasa Abu Bakar: Alfatihah semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh. Kerana Zain Yassin, saya dapat berinteraksi dan berjumpa kawan2 lama di FB dan TBBS blog ... satu pagi kira 3 minggu atau 4 minggu yg lepas dia buat pangilan dan panjang lebar dia menceritakan kpd saya tentang kawan2 lama dan juga FB dan Blog TBBS... memang tak diduga kita semua telah kehilangan seorang kawan yg sentiasa berusaha merapatkan siratulrahim diantara kita bekas2 TBBS. Semoga keluarga nya bersabar menempoh dugaan ini. Amin.
ReplyDeleteYa Allah, ya Tuhanku, hanya engkau sahaja yang berhak menentukan. Pemergian sahabat kami, Mohd Zain amat kami rasakan. Allahyarham penggerak semangat silaturrahmi kami dan kami begtu rapat dalam semangat kekeluargaan. Buktinya FB dan web ini adalah saksi keeratan silaturrahmi kami. Kepada balu Allahyarham, terimalah takziah ikhlas kami. Hanya dari jauh kami panjatkan doa. Semoga roh Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang soleh dan solehin. esok lusa mungkin diri kami pula yang menemui-Mu. Kami redho Ya Allah. Amin Ya Rabul Alamin.
ReplyDelete