Sanak Saudara Arwah berada di sisinya beberapa ketika sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhi.
Rabu, 6 Oktober 2012, Mohd. Zain Mohd Yassin (Zain) berada dalam kadaan tak sedarkan diri semasa saya, Zahriman dan isteri minta diri pulang dari isteri Zain setelah kira-kira sejam berada di sisi katilnya di Wad 167 CCU, Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Sejam kemudian, tepatnya pukul 10.10 malam dapat berita dari Car Lim Aboo (CLA) bahawa Zan telah menghembuskan nafanya yang terakhir. Ini bererti Zain pergi tidak sedar-sedar sejak kedaannya begitu dari 11.00 pagi.
Call dari CLA ini adalah kali kedua. Pertama kali CLA call, semasa saya masih di rumah Siungai Buloh. Saya baru sahaja menghantar Abu Aman Bachik (AAB) dan steri pulang ke Putra Heights, Subang Jaya setelah menghadiri majlis perkahwinan anakanda Zahriman Alias (ZA) di Malaysia-German Institute di Bangi. Tanpa membuang masa saya terus "rush" ke IJN dan apabila sampai di Wad CCU, CLA telah pun pulang. Yang masih di sisi Zain, isteri dan kesemua anaknya yang sedang membaca Surah Yasin. Isteri Zain menjelaskan keadaan Zain.
Mohd Zain Mohd Yassin di wad IJN, sejam sebelum tutup usia. Seorang ustaz berusaha dan berdoa agar Zain kembali sedar. 9.30 pm 6 Oktober 2012
Menurutnya, Zain mengambil sarapan seperti biasa pagi itu dan beliau kelihatan ceria dan rileks. setelah itu beliau menjengok Blog dan FB Alumni TBSST. Barangkali beliau ingin melihat dan membaca mesej kenkawan dan cerita baru dari blog jika ada. Pukul 10.00 pagi beliau masuk bilik air dan ketika kembali ke katil beliau terasa sakit kepala yang amat sangat. Kata isterinya lagi, Zain tiba-tiba muntah dan setelah itu langsung longlai (slipping) tidak bermaya dan terus tidak sedarkan diri. Sebelum itu beliau menyebut nama "Zahriman" dua kali, malah bertanya tempat kahwin anak Zahriman di mana. kemungkinan besar beliau ingin hadir majlis.
Begitulah keadaan apabila saya, Zahriman dan isteri melihatnya sejak kami tiba di Wad CCU 167, Tngkat 1 IJN. Selang setengah jam sanak saudara Zain mulai berdatangan sambil bertanya tentang keadaan Zain. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan kecuali berdoa dan membaca al-fatihah sebanyak mungkin. Malah petugas di wad iu memaklumkan kepada isteri Zain, sama ada Zain akan response dengan keadaan begitu "kita tunggu sajalah".Petugas di wad hospital menganggap Zain berada dalam keadaan pendarahan di bahagian kepala. oleh kerana tidak ada sesiapa yang berwenang di situ waktu itu dapat memberikan pengesahan.
Tiba-tiba pukul 10.10 malam terima call rigkas dari CLA menyatakan "Zain telah tiada lagi." CLA minta saya sahkan dengan anggota keluarganya. Saya kemudian menghubungi AAB di rumahnya di Putra Heights memberitahu bahawa Zain telah pergi buat selama-lamanya. Tidak lama kemudian saya hubungi Zahriman minta pengesahannya dan bila jenazah akan dikebumikan. Kata Zahriman Sekitar pukul 11.00 pagi tetapi lebiih baik hubungi keluarga arwah untuk pengesahan. Saya buat call dengan anak bongsu arwah yang menjelaskan bahawa semua persiapan jenazah akn dilakukan di IJN dan jenazah akan dibawa ke rumah keluarga di Kepong. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan , Kepong sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ehsan kir-kira 11.00 pagi.
Kini arwah telah pergi buat selama-lamanya. Ini adalah ketentuan Illahi tanpa mungkir. Allah lebih menyayangi arwah dan semoga pemergiannya diredhoi oleh anggota keluarga dan kenkawan, terutama Grup Alumni TBSST yang penubuhannya arwah sendiri yang menjadi salah seorang penggeraknya. Ada beberapa hal yang tidak kesampaian bagi Arwah.
Pertama, arwah ngin sekali menghadiri majlis perkahwinan anak Zahriman di Bangi. Kedua, arwah ingin sangat memulakan kisah memoirnya semasa belajar di TBS Tampin. Malah satu masa yang belum lama sekitar dua minggu lalu kami (saya, isteri dan menantu saya) berziatah ke rumahnya di Kepong dalam perjalanan pulang daripada menghantar Irfan (cucu) balik asrama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Permaga, Bentong, Pahang. Arwah minta petua untuk menulis cerita yang bakal ditulisnya. Dengan senang hati saya menunjuk ajar secara lisan, apa sepatutnya persiapan yang perlu dikuasai Arwah sebelum mula menulis.
Kurang pasti apakah Arwah telah mula membuat persiapan untuk menulis. Dan keempat, hajat kami (Zahriman, Zain dan saya dengan isteri masing-masing ingin menjamu selera hidangan Nasi Briyani Gam Batu Pahat di Jalan Rahman Putra, Sungai Buloh, yang menurut Zain dan Zahriman pernah dipromokan dalam TV.
Bsikan terakhr Zahriman di telinga Zain sebelum kami beredar 0.00 malam tadi ialah, "Zain, ini Zahriman . Kami datang. Fadzil pun ada sama." Sambil itu kami memegang beberapa ketika tangan kanannya sambil menguspnya ke atas dan ke bawah.
Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin Ya Rabul Alamn.
Zahriman Alias melaporkan : Pukul 7 00 petang tadi, sebaik
selesai majlis perkawinan anak saya di Bangi, berkesempatan
singgah di IJN untk melihat keadaan sahabat kita Mohd Zain. Saya berasa pilu
melihat keadaannya .....beliau dalam keadaan koma, kini hanya bergantung kepada
life support machine. Menurut isterinya, Raja, ........Saya tidak sempat menghabiskan ayat di
atas.....baru terima panggilan dari anaknya, Mohd Zain passed away jam 9.17 pm
tadi.......alfatihah....
Kisah terakhir mengenai sahabat kita
MZMY.......pada pagi tadi kira2 9 00, beliau masih berada di wad IJN menunggu
op bypass yg dijadual pada 11 oct 12, dan dia kelihatan sihat saperti biasa dan
berbual2 dengan isterinya sambil melihat fb dan membaca pos2 kita dalam grup
TBSST. Tiba2 dia bagi tau isterinya, kepalanya sakit sedikit. Isterinya
menyuruh beliau tutup fb itu dan berihat. Allahyarham tidak membantah, terus
tutup fb, dan pergi ke bilik air dulu sebelum berbaring.
Tiba2 Allahyarham kata
kepalanya sangat sakit, mula2 dia memicit dibahagian dahi, kemudian memicit
dibahgian tengkuk, lalu berkata,...dont tell me I am having stroke. Sejurus
kemudian dia muntah melambak2 terus tidak sadarkan diri. Namun dalam dia sudah
tidak sedar diri itu, dia masih mengeluarkan suara
terakhir......Zariman,zariman.....dia memanggil nama saya dua kali....lalu
terus terlentok dalam keadaan koma......Menurut doc yang memeriksa dan merawat,
Allahyarham mengaloami pendarahan dalam otak yang serious dan tidak dapat
diberi apa2 jenis bantuan lagi........
Kata Zahriman Alias " Perkenmbangan terkini,....janazah
akan dibawa balik ke rumahnya di kepong, dan dikebumikan jam 11 pagi
esok......."