Tuesday 9 October 2012

TAHLIL BUAT ARWAH ZAIN YASSIN DI SEKSYEN 19 SHAH ALAM 1 NOV. 2012

 
Antara yang hadir di rumah Zahriman Alias (kanan sekali), Kuala Selangor dan berbincang tentang cadangan mengadakan majlis Tahlil buat Allahyarham Mohd. Zain Mohd. Yassin. Pertemuan diadakan pada Selasa, 9 Oktober 2012 12.00 tengah hari.

Kunjungan oleh rakan-rakan lama ex-Schoolmates dari Tunku Besar School (TBS) Tampin.
By: Zahriman Alias.
 Pada hari ini 9 Okt 2012, beberapa orang rakan dari Alumni TBSST telah datang ke rumah saya di Kampung Sg. Yu Kuala Selangor. Semasa kunjungan ini, kami telah berbincang mengenai cadangan untuk mengadakan majlis Tahlil untuk Allahyarham Mohd Zain Mohd Yassin. Setelah berbincang , kami bersetuju untuk mengadakan majlis tahlil/baca Yassin, yang akan diadakan di Masjid Seksyen 19 Shah Alam pada hari Khamis malam Jumaat 1 NOV 12 selepas solat Maghrib.

 
Presiden Alumni TBSST mengabadikan foto perbincangan ini di rumahnya di Kuala Selangor. Car Lim Aboo (dua kanan) adalah Setiausaha Alumni yang baru menggantikan Allahyarham Mohd. Zain Mohd. Yassin.

Semua kawan rakan bekas pelajar TBS adalah dijemput untuk menghadirkan diri. Sumbangan tuan puan akan disampaikan terus kepada AJK masjid tersebut yang telah bersetuju untuk menyediakan makanan. Untuk makluman, Seorang AJK masjid tersebut ialah Sdra Mohammad Ibrahim TBS67.

Harap beri maklum balas mengenai kehadiran tuan/puan.

Monday 8 October 2012

TERIMA KASIH, SUDI HADIR DI MAJLIS KAHWIN ANAK - ZAHRIMAN ALIAS

 
Selamat Pengntin Baru Shahrin Nazrain dan Nurul Sheila, 6 Oktober 2012. Majlis berlangsung di GMI Bangi.

 
Ketibaan Nurul Sheila Khalib, pengantin perempuan bersama jambangan bunga

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak termasuk saudara-mara dan rakan taulan yang telah sudi menghadirkan diri dan menyumbang dalam bentuk apa jua, untuk menjayakan majlis perkahwinan anak lelaki saya Shahrin Nazrain bin Zahriman dengan pasangannya Nurul Sheila Khalib pada 6 ooct 12 yang lalu. Moga2 budi baik tuan puan, Tuhan Maha Esa juga akan membalasnya.
 
Bapa pengantin lelaki, Zahriman Alias bersama emak saudara pengantin lelaki, Zabedah Alias

 
Ketibaan pasangan pengantin disambut barisan teman-teman bermotor berkuasa tinggi
 
Bagi rakan-rakan dan jiran tetangga tidak menerima undangan dari saya, saya mohon ampun dan maaf kerana majlis saya kali ini tidak dibuat secara besar-besaran. Ia diadakan secara berkongsi dengan pihak perempuan, dan kehadirannya pula hanya dihadkan kepada saudara-mara terdekat dan rakan-rakan kedua-dua mempelai sahaja. Malah segala urusan persiapan perkahwinan dilaksanakan oleh kedua-dua mempelai sendiri tanpa bantuan dari orang tua mereka......Terima kasih. (Zahriman Alias)

 
Selamat Pengantin Bru Shahrin-Nurul



Mini Reuni Aluni TBSST di majlis pengantin di GMI, Bngi, tanpa MZMY yang ketika itu sedang berada di IJN, Kuala Lumpur.

 
Suasana majlis dalam Dewan.
 
 
 Lagi suasana majls dalam Dewan

 
Menunggu kompang berbunyi sebelum diarak masuk ke dalam Dewan.
 
 
Dewan Gemilang Mercu Idaman GMI, Bangi  tempat berlangsungnya majlis perkahwinan Shahrin Zahrain-Nurul Sheila 
 
 
Dewan Gemilang Mercu Idaman GMI, Bangi.
 
 
Bapa pengantin lelki, Zahriman menjelaskan kira-kira 20 orang kenkawan Kumpulan Alumni TBSST hadir pada majlis gilang-gemilang ini. Antara yang terawal hadir ialah Car Lim Aboo, Nathan  dan Hattar Othman sementara yang terakhir hadir Bahari Abdul. Rahman dan isteri Datin Rosiah.. 
 


 

Saturday 6 October 2012

ALLAHYARHAM ZAIN YASSIN: AL-FATIHAH & TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM

 
Sanak Saudara Arwah berada di sisinya beberapa ketika sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhi.


Rabu, 6 Oktober 2012, Mohd. Zain Mohd Yassin (Zain) berada dalam kadaan tak sedarkan diri semasa saya, Zahriman dan isteri minta diri pulang dari isteri Zain setelah kira-kira sejam berada di sisi katilnya di Wad 167 CCU, Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Sejam kemudian, tepatnya pukul 10.10 malam dapat berita dari Car Lim Aboo (CLA) bahawa Zan telah menghembuskan nafanya yang terakhir. Ini bererti Zain pergi tidak sedar-sedar sejak kedaannya begitu dari  11.00 pagi.

Call dari CLA ini adalah kali kedua. Pertama kali CLA call,  semasa saya masih di rumah Siungai Buloh. Saya baru sahaja menghantar Abu Aman Bachik (AAB) dan steri pulang ke Putra Heights, Subang Jaya setelah menghadiri majlis perkahwinan anakanda Zahriman Alias (ZA) di Malaysia-German Institute di Bangi. Tanpa membuang masa saya terus "rush" ke IJN dan apabila sampai di Wad CCU, CLA telah pun pulang. Yang masih di sisi Zain, isteri dan kesemua anaknya yang sedang membaca Surah Yasin. Isteri Zain menjelaskan keadaan Zain.
 
Mohd Zain Mohd Yassin di wad IJN, sejam sebelum tutup usia. Seorang ustaz berusaha dan berdoa agar Zain kembali sedar. 9.30 pm 6 Oktober 2012

Menurutnya, Zain mengambil sarapan seperti biasa pagi itu dan beliau  kelihatan ceria dan rileks. setelah itu beliau menjengok Blog dan FB Alumni TBSST. Barangkali beliau ingin melihat dan membaca mesej kenkawan dan cerita baru dari blog jika ada. Pukul 10.00 pagi beliau masuk bilik air dan ketika kembali ke katil beliau terasa sakit kepala yang amat sangat. Kata isterinya lagi, Zain tiba-tiba muntah dan setelah itu langsung longlai (slipping) tidak bermaya dan terus tidak sedarkan diri. Sebelum itu beliau menyebut nama "Zahriman" dua kali, malah bertanya tempat kahwin anak Zahriman di mana. kemungkinan besar beliau ingin hadir majlis.

 
Begitulah keadaan apabila saya, Zahriman dan isteri melihatnya sejak kami tiba di Wad CCU 167, Tngkat 1 IJN. Selang setengah jam sanak saudara Zain mulai berdatangan sambil bertanya tentang keadaan Zain. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan kecuali berdoa dan membaca al-fatihah sebanyak mungkin. Malah petugas di wad iu memaklumkan kepada isteri Zain, sama ada Zain akan response dengan keadaan begitu "kita tunggu sajalah".Petugas di wad hospital menganggap Zain  berada dalam keadaan pendarahan di bahagian kepala. oleh kerana tidak ada sesiapa yang berwenang di situ waktu itu dapat memberikan pengesahan.

Tiba-tiba pukul 10.10 malam terima call rigkas dari CLA menyatakan "Zain telah tiada lagi." CLA minta saya sahkan dengan anggota keluarganya. Saya kemudian menghubungi AAB di rumahnya di Putra Heights memberitahu bahawa Zain telah pergi buat selama-lamanya. Tidak lama kemudian saya hubungi Zahriman minta pengesahannya dan bila jenazah akan dikebumikan. Kata Zahriman Sekitar pukul 11.00 pagi tetapi lebiih baik hubungi keluarga arwah untuk pengesahan. Saya buat call dengan anak bongsu arwah yang menjelaskan bahawa semua persiapan jenazah akn dilakukan di IJN dan jenazah akan dibawa ke rumah keluarga di Kepong. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan , Kepong sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ehsan kir-kira 11.00 pagi.

Kini arwah telah pergi buat selama-lamanya. Ini adalah ketentuan Illahi tanpa mungkir. Allah lebih menyayangi arwah dan semoga pemergiannya diredhoi oleh anggota keluarga dan kenkawan, terutama Grup Alumni TBSST yang penubuhannya arwah sendiri yang menjadi salah seorang penggeraknya. Ada beberapa hal yang tidak kesampaian bagi Arwah.

Pertama, arwah ngin sekali menghadiri majlis perkahwinan anak Zahriman di Bangi. Kedua, arwah ingin sangat memulakan kisah memoirnya semasa belajar di TBS Tampin. Malah satu masa yang belum lama sekitar dua minggu lalu kami (saya, isteri dan menantu saya) berziatah ke rumahnya di Kepong dalam perjalanan pulang daripada  menghantar Irfan (cucu) balik asrama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Permaga, Bentong, Pahang. Arwah minta petua untuk menulis cerita yang bakal ditulisnya. Dengan senang hati saya menunjuk ajar secara lisan, apa sepatutnya persiapan yang perlu dikuasai Arwah sebelum mula menulis.

Kurang pasti apakah Arwah telah mula membuat persiapan untuk menulis. Dan keempat, hajat kami (Zahriman, Zain dan saya dengan isteri masing-masing ingin  menjamu selera hidangan Nasi Briyani Gam Batu Pahat di Jalan Rahman Putra, Sungai Buloh, yang menurut Zain dan Zahriman pernah dipromokan dalam TV.  

Bsikan terakhr Zahriman  di telinga Zain sebelum kami beredar 0.00 malam tadi  ialah, "Zain, ini Zahriman . Kami datang. Fadzil pun ada sama." Sambil itu kami memegang beberapa ketika tangan kanannya sambil menguspnya ke atas dan ke bawah.

  Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin Ya Rabul Alamn.

Zahriman Alias melaporkan : Pukul 7 00 petang tadi, sebaik selesai majlis perkawinan anak saya di Bangi, berkesempatan singgah di IJN untk melihat keadaan sahabat kita Mohd Zain. Saya berasa pilu melihat keadaannya .....beliau dalam keadaan koma, kini hanya bergantung kepada life support machine. Menurut isterinya, Raja, ........Saya tidak sempat menghabiskan ayat di atas.....baru terima panggilan dari anaknya, Mohd Zain passed away jam 9.17 pm tadi.......alfatihah....

Kisah terakhir mengenai sahabat kita MZMY.......pada pagi tadi kira2 9 00, beliau masih berada di wad IJN menunggu op bypass yg dijadual pada 11 oct 12, dan dia kelihatan sihat saperti biasa dan berbual2 dengan isterinya sambil melihat fb dan membaca pos2 kita dalam grup TBSST. Tiba2 dia bagi tau isterinya, kepalanya sakit sedikit. Isterinya menyuruh beliau tutup fb itu dan berihat. Allahyarham tidak membantah, terus tutup fb, dan pergi ke bilik air dulu sebelum berbaring.
Tiba2 Allahyarham kata kepalanya sangat sakit, mula2 dia memicit dibahagian dahi, kemudian memicit dibahgian tengkuk, lalu berkata,...dont tell me I am having stroke. Sejurus kemudian dia muntah melambak2 terus tidak sadarkan diri. Namun dalam dia sudah tidak sedar diri itu, dia masih mengeluarkan suara terakhir......Zariman,zariman.....dia memanggil nama saya dua kali....lalu terus terlentok dalam keadaan koma......Menurut doc yang memeriksa dan merawat, Allahyarham mengaloami pendarahan dalam otak yang serious dan tidak dapat diberi apa2 jenis bantuan lagi........
Kata Zahriman Alias " Perkenmbangan terkini,....janazah akan dibawa balik ke rumahnya di kepong, dan dikebumikan jam 11 pagi esok......."

Tuesday 2 October 2012

DIALOG PRESIDEN DENGAN RAZAK RAHMAN BATCH 1965

 
Abd. Razak Rahman Batch 1965

Zahriman Alias: Diperkonalkan orang baru yang masuk grup kito:
 Welcome Abd Razak Rahman.

 Abd Razak Rahman posted to Zahriman Alias
Assalamualaikum tuan,  Apa khabar ? Baru nak cari kawan lama dari TBS. Ingat tak muka lama ni ?

Zahriman Alias:  Wasalam. Welcome to the group. Apo lambek bona muncul, baru bukak fb ko. Came in.....ado ramai kawan sini, gamba banyak, cerito2 lamo pun banyak.....but dont forget....do contribute also, esp cerito2 lamo yang mengunkit konangan tu.
Abd Razak Rahman:  Eh den baru dapek alamat ni dari Aziz Md Noh. Alhamdulillah kalau dapek nanti beritahu kalau ado reunion.

Zahriman Alias: Bukaklah grup TBSST tu, den dah add namo kau, dah boleh tengok dah.Bueh den meta gamba kau tadi.....kok juimpo kek jalan mmg tak konal lagi ni doh
Zahriman Alias:  Next reunion is on 6 oct .....dimajlis kawin anak den di GMI bangi, dokek ukm. All ex TBS are invited....U included

Abd Razak Rahman:  eh jangan gitu. Insyallah belum lambek lagi kito boleh jumpo nanti
 
Class 5C (Form V?)
 
Abd Razak Rahman:  Alamak den kuno organise mesyuarat agung persatuan Bola Tampar pada hari tu pulak.

Zahriman Alias:  Aiiseyy....datanglah kojap 12 30, Diorang coming at same time.

Monday 24 September 2012

A TRAGIC ACCOUNT OF ONE-EYED ABU AMAN

 
The current cndition of Abu Aman's eyes (left and right).
His vision has been impaired
It was on the 9th July, 2007 that i was referred to the eye clinic at the Serdang Hospital. When the dateline  came excitedly I presented myself at the clinic. i arrived very early thinking that if I would have arrived late I would be faced with parking problem. So, you can see that now. At every clinic and hospital we are facing this problem or car parking. I think Malaysians are a very sickly population.

 After much ado and procedures, I was inspected by a very pretty young budding optometristologist. As usual she scanned and checked both my eyes. Finally this was what the pretty lady had to tell me.
She said, " Pakcik, there is bleeding in your right eye. You've to watch your intake of carbohydrates, otherwise very soon you 'll go blind."  So blunt was she that I  softly told myself, “Ya Allah habislah aku. The news the doctor broke to me was a terrible blow to me. i was blinded.

 I spent the whole day at Serdang Hospital. That's how long I took to be given this bombshell by the young pretty doctor. I left the Serdang Hospital at almost 4.30 in the evening, driving with my vision very blurred towards home. Had it not that I was familiar with the road to my house, I would have gone astray and ended up I do not know where. The blurred vision was the after effects of various lotions and eye drops administered into your eyes.
When I arrived home safely, thank God the Almighty, i sadly told my wife about what the young doctor said. Very comfortingly my wife told me to go for a second opinion.

“Thank you darling,” I told her. “I'll just do that!”
So, on 29th July, 2007, i went to see Dato' Dr. Mohd Shukri, at the Shukri and Hardeep Eye specialist Centre, at Jalan Ipoh. Dr. Shukri was the Surgeon who did an implant operation on my retarded daughter some years ago, for her cataract. After going through all the necessary checking, inspecting, photographing, scanning and testing, then came the delivery of the final findings. In his findings Dr. Shukri concluded that there was no bleeding, contrary to that of the young pretty doctor.

Cikgu Aman Bachik ketika menghadiri REUNI Alumni TBSST 1 Mei 2012yang lalu di Kedai Kopi, Shah Alam.. Beliu kelihatn sedang bersembang dengan MZMY dan alumni wanita TBS. (Perhatian: Atas sebab-sebab tertentu surat Dr. Syukri tidak dapat disertakan dalam posting ini).
Nevertheless, Dr. Shukri said there was a damage especially in the right eye due to what he termed as  diabetic maculopathy. In simple terms, it means that the retina of my right eye had been scarred by a burst of the nerves as an after result of long diabetic malignant. The fluid that came out of the burst caused the scar. And it was this scar that blocked the vision. This misfortune must be addressed immediately, through an Argon Laser Treatment, as advised by Dato'.

Since  Dr. Syukri's Clinic was not equipped with this facility, I was then referred to another opthalmologist, a consultant. i was referred to Dr. Barkeh Hanim bt Dato' Jumaat, daughter of former Director General of Dewan Bahasa Dan Pustaka, at the Pusat Rawatan Islam, in front of the IJN, located near Bangunan Persatun Sejarah Malaysia
 So to Pusrawi I went to seek for another treatment. Sure enough, both my eyes were given laser treatment. Both the eyes were malignant. I visited Dr. Barkeh at  Pusrawi for a couple of years until 2008. I knew through reading the Pusrawi's pamphlets that Dr Barkeh was a visiting opthalmologist there. So I asked her where her main clinic was. She told me that hers was at The Eye Specialist Centre , at Mid Valley City. After getting her consent to see her at her own clinic, I became her patient until today.

After these years of consultation and treatment by Dr.Barkeh, I had gone through a series of operations and treatments, such as injection of  medicine into the eyes for retinal maculation treatment, eye laser, eye cataract and eye glucoma operations, plus the myriad eye lotions and eye drops. Until now, this precious eyes of mine have devoured almost, or probably more than 20k of our savings. I chose to go private for this pair 0f invaluable eyes because of the terrible waiting experience at the Serdang Hospital eye clinic, . After all, the other medical needs of mine are being taken care of by the God-blessed BN Government.
Despite all the treatments and operations, the damaged eyes devastated by diabetes, could not be revived as compared to the original  given by the  Almighty Allah. So there goes Abu Aman till the rest of his life with  1.5 eyes. The vision of the left eye is full 100 per cent, but the vision of the right is left with  only 0.5 per cent. If I cover the left eye I could barely walk. Nevertheless, syukur Alhamdulillah, the vision of the left eye is still good. Thank You, Allah.

Life with 1.5-eye is quite frustrating. When you want to reach for something, and you think you've reached the object, you in actual fact have not. You seem to be probing. If an onlooker looks at you he's sure to think that you are blind.
Another problem is if I try to reach for something, for instance an object nearby. You think you'll not braise it but there it is you would have knocked down that nearby object first. Why does this happen? I think the eyes ' vision is now impaired. It is no longer synchronized.

 When I have a poor vision I often blame the eyes. Little do I remember that I have now only a 1.05 per cent vision.  aab 1245 - 1323.........24092012.


 

Saturday 22 September 2012

PESARA TUA BERTUKAR ARAH JADI PETANI


 
Zahriman Alias pesara tua yang kini menjadi petani
 
 Saya bersara pada tahun 2000. Bermakna kini sudah 12 tahun jadi orang pencen. Saya tinggal di Kg. Sungai Yu, Kuala Selangor. Kampung ini bukan tempat asal saya, malah saya langsung tidak ada saudara mara di sini. Penduduk kampung ini terdiri daripada 400 keluarga, yang rata-rata merupakan petani. Oleh itu memanglah saya rasa cocok duduk di sini kerana saya juga berjiwa tani. Saya mencebur diri dalam bidang sawit dan kelapa pandan.
 Malam tadi, hujan agak lebat. Memang saya ternanti-nanti tika begini, kerana kalau malam hujan, keadaan tanah sesuai untuk menabur baja. Oleh itu, pagi-pagi lagi saya sudah bersiap untuk mengambil baja bawak ke kebun. Ada dua tong semuanya. Baja yang saya guna pada hari ini bukan baja conventional, tapi "baja ajaib". Bubuh satu sudu (40 grm) sudah memadai untuk satu pokok sawit. Harga pun mahal, RM 20 satu kg.

 Jam 7.30 pagi saya dah sampai ke kebun saya yang hanya 1 km dari rumah. Mulalah saya menabur baja dari pokok ke pokok. Nampak mudah je, maklumlah hanya satu sudu untuk satu pokok. Tapi sapa nak buat sendiri, mungkin dia akan fikir 2-3 kali. Pertama kawasan luas, kira-kira 11 ekar. Bilangan pokok banyak, iaitu 660 pokok. Bayangakan anda berjalan mengendong baldi berisi baja di tiap-tiap lorong, dan tiap-tiap pokok seluas 11 ekar......memang memenatkan.
Tambahan pula, pokok-pokok sawit saya masih rendah. Daun-daunnya bergesel-gesel dengan badan dan kepala saya. Nak tau apa yang ada di atas daun-daun tu.....kerengga yang beribu-ribu. Jadi, masa saya membaja, sambil membaling baja, saya terpaksa terkitai sana terkitai sini, memicit kerengga dan menggaru bekas-bekas gigitan. Apabila kerengga masuk ke dalam baju, lagilah haru. Ada kalanya ia menggigit bijik mata.

 Namun semua itu dilalui dengan tabah. Alah bisa tegal biasa. Sebenarnya tidaklah lama mana saya bekerja untuk menghabiskan tugas. Tepat 10.00 pagi sudah siap membaja 600 pokok, iaitu dua jam setengah bekerja tanpa henti. Hanya tinggal 60 pokok yang belum siap, itu pun disebabkan saya kehabisan baja. Besok pagi bolehlah sambung lagi.
 Kerja jadi petani ni sebenarnya sangat menyeronokkan. Pertama, ia memberi kepuasan tidak terhingga kepada kita, melihat pokok-pokok yang ditanam sendiri tumbuh membesar hinggalah mengeluarkan hasil. Hasil berkebun ini jugak sebenarnya sangat lumayan. Dulu saya tidak pernah terfikir begini. Dulu saya sentiasa sangka orang-orang kampung yang bercucuk-tanam itu sengkek belaka. Sekarang baru tahu hasil pertanian memang lumayan. Pokonya, kita rajin...

 Contohnya, Kebun dua ekar belakang rumah yang saya tanam kelapa pandan. Hasilnya sebulan hampir sama dengan duit pencen saya. Juga, hasil kebun-kebun sawit yang saya usahakan secara peribadi tanpa bantuan pekerja sedang menghasilkan buah sawit 10-12 tan setiap bulan. Itu pun dengan keadaan pokok sawit saya masih muda dan belum matang. Kalau sudah matang, hasilnya boleh berganda berbanding sekarang. Namun kerja-kerja memetik buah sawit kena saya serah kepada kuli Bangla. kerja itu memang tidak terbuat oleh saya.
 Seperkara lagi, apabila kita jadi petani, duit tidak putus kerana hasil pertanian sentiasa ada. Pokok sawit sentiasa berbuah, walau kadang-kadang ada masa-masanya buah lebat, kekadang buah kurang.

 Saya berasa sangat bersyukur kerana telah terbuka ruang di hati saya untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian. Bukan sahaja ia membawa kepada keuntungan, malahan juga ia memberi kepuasan kepada diri saya.
 Kawan-kawan pula bagaimana? Tak berhajat nak berjinak-jinak dengan pertanian ke? Jangan takut....tak berat mana kerjanya. Pagi tadi jam 7.30 saya mula kerja tabur baja, pukul 10.00 siap tabur. Saya terus balik rumah mengadap komputer (belum mandi lagi), , sekarang jam 11.25 pagi saya dah siap cerita untuk diposkan buat tatapan kawan-kawan semua. Nukilan Zahriman Alias, 23 September 2012.

Thursday 20 September 2012

DIARI HARIAN ABU AMAN INSAN SI KUDUNG




(Sebelum saya meneruskan pengkisahan, katahuilah pembaca, bahawa nukilan ini dicarek bukanlah untuk menagih simpati atau rasa  kesian belas sebagai respon dari pembaca sekalian. Tujuannya dinukilkan adalah semata-mata untuk informasi dan iktibar; mana yang sesuai dijadikan informasi dan iktibar bagi pembaca. Terima kasih. aab).

 
Bahagian kaki yang terlibat amputasi
 Pada bulan April 2008, saya telah ke pusat pakar mata, di International Specialist Eye Centre, di Mid Valley City, Kuala Lumpur untuk rutin check-up mata saya, yang telah rosak di mamah oleh diabetes. Dari ISEC berjalan kaki ke perhentian teksi jauh juga. Sesampai di rumah saya dapati di celah ibu jari kaki kanan dan jari telunjuk kaki telah meggelembung. Mungkin oleh kerana berjalan masa hendak mendapatkan teksi tadi.
 Setelah beberapa hari disapu minyak dan ointment gelembung tak serap. Saya telah pergi ke Klinik Aman di Alam Megah untuk mendapat rawatan. Saya d beri antibiotik untuk lima hari beserta ubat lain. Namun gelembung tidak juga kempis. Hari yang ke enam saya ke klinik lagi. Setelah dilihat doktor akan gelembung itu, dia nasihatkan saya supaya berjumpa dengan mana-mana doktor pakar orthopedik. Saya pun pergi ke SDMC, berjumpa dengan Datuk Dr Anuar Onah.

 Gelembung dipecahkan dan di beri antibiotik lagi untuk dimakan selama lima hari lagi. Kudis pun didressing, dan saya pun baliklah ke rumah. Setelah lima hari pergi lagi ke SDMC. Kudis didressing lagi dan hari ini doktor mengingatkan supaya kaki ynag berdressing itu tidak dikenakan air, sambil doktor memberi kata perangsang, "Ah ini tak ada apa-apalah pakcik, pakcik boleh daki gunung Kinabalu ni."
Dengan kekata doktor itu saya pun meninggalkan Sime Darby Medical centre dengan penuh harapan dan senang hati.

AAB menunjukkan kaki palsunya kepada member dalam REUNI TBSST 1 Mei 2012 yang lalu di Kedai Kopi Shah Alam. 
 

 Saya tidak amanah. Saya tidak menurut nasihat doktor. Saya buka dressing kaki sendiri dan buat dressing balik selepas tiap kali berwuduk untuk bersolat. Hati kecil saya berkata, “Takkan apa-apa kena air kerana berwuduk. Saya degil, saya ingkar nasihat doktor. Mula-mula kena air tiada kesan apa-apa. Selang beberapa hari keadaan kaki saya bertambah teruk. Oleh kerana saya pengidap kencing manis yang kronik deria rasa kaki saya tiada lagi. Saya langsung tak merasa sakit atau denyutan apa apa. Rupa-rupanya setelah nasi menjadi bubur yang teruk, barulah saya tahu bahawa air paip sarat brerkuman. Saya tak menyangka begitu sebab air paip telah dirawat. Demikianlah ceteknya ilmu saya dalam hal ini.
 Satu hari anak saya yang juga jiran sebelah pintu saya datang. Dia melihat keadaan kaki saya yang bengkak menonoi. Jam itu juga isaya dipaksa ke SDMC. Tiba di sana sebelum dirawat doctor, staff nurse (sn) bahagian emergency  membersihkan kaki saya.  Pada masa membersihkan kaki saya itu, sn tadi memasukkan kira-kira  satu meter gauze ribbon ke dalam kaki saya. Rupa-rupanya gelembung yang asalnya lecet kecil sudah berlubang, bonyo dan luruh dagingnya. Apabila dilihat doktor bertugas malam itu, demikian keadaannya kaki saya, saya terus dimasukkan ke wad.

 
 
Gambar kolaj majlis perkahwinan anakanda Abu Amaan Bachik di rumahnya di Putera height. Kini hanya tinggal kenangn bagi seorang insan OKU seperti Abu Aman

Setelah seminggu dirawat dan diperiksa keadaan kaki saya tidak juga beransur baik. Saya akhirnya dibawa ke operation theatre untuk dipotong kaki yang bermasalah itu. Pernah semasa dalam rawatan saya telah black- out dan koma seketika sehingga telah diumumkan  melalui PA system SDMC bahawa someone is in the blue.
 Selepas kaki saya kudung, saya bisikan kepada isteri saya, "Life will never be the same again."

 Memang benar. Mana nak sama lagi. Kaki dah tinggal sebelah. Sebelah lagi telah ditanam di tanah perkuburan di Seksyen 21, Subang Jaya.
 Kalau dulu ada apa-apa repair kecil seperti menukar bulb lampu,  semua dibuat sendiri. Kalau ada kepala paip rosak semua ditukar dengan yang baik sendiri. Kini (saya) tak berani lagi memanjat anak tangga dan tak berani lagi menukar kepala paip rosak. Sukar untuk membongkok dan menyangkung nak memulas paip wrench. Tak berani memanjat anak tangga takut tergelincir jatuh dan dimasukkan ke hospital lagi. Belanja operasi memotong kaki tempoh hari semua ditanggung oleh empat orang anak saya dan ber tek yan semua saudara yang bersimpati.

Dalam hal pemotongan kaki saya Allah jualah yang membalas budi baik empat orang anak saya: Abu Shahlizan, Anis Ciik Syuhada, Affizah jiran sebelah pintu saya dan anak bongsu, Azlin Suzana , yang tinggal serumah dengan saya. Mereka semua adalah anak-anak yang soleh dan solehah, Alhamdulillah wa syukran lillah ya Allah. Tak lupa juga dipohonkan keampunan untuk saudara yang telah ber tek yan, seperti Datuk Hj Sabri Ahmad dan Isteri Datin Jahara Yahaya serta Tuan Hj. Wan Hamidun dan isteri Hjh Puan Zaitun Hj Idrus.
Untuk yang lain dipohon kan juga  keampunan dari Yang Maha Esa, kerana telah mendoakan keselamatan untuk saya. Bayangkan kalau terjatuh, lagi belanja dipenrlukan untuk rawatan. Itu sebabnya saya tak berani lagi memanjat anak tangga. Untuk makluman rawatan pemotongan menelan melebihi 35k. Saya tidak ke hospital kerajaan kerana tiada persetujuan daripada anak-anak, kerana mereka telah mendengar kes-kes menunggu giliran untuk ke operation theatre, sehingga dibayar dengan nyawa pesakit.

Mana akan sama seperti dulu, kini solat atas kerusi roda, ke tandas adakalanya juga berkerusi roda atau bertongkat paut kaki empat. Dulu lepas berkereta ke mana-mana, kini berkereta di dalam kawasan kampung sahaja, memandu kereta auto dengan kendalian minyak dan brake  menggunakan kaki kiri sahaja. Mujur jugalah boleh memandu ke Hospital Serdang untuk rawatan berkala diabetes saya dan juga isteri. Ini,pun dah kira terpaksa untuk mengelakkan anak-anak terpaksa memohon cuti setiap masa untuk menghantar kami suami-isteri ke hospital.
 Kalau sebelum jadi oku, mandi dua kali sehari kini tinggal sekali sehari sahaja, kerana doktor menasihatkan supaya kaki palsu saya tidak di basahi air. Takut nanti berkarat. Nasihat doktor mesti diikuti kerana beliaulah yang menyokong JPA berbelanja untuk membuat kaki palsu saya yang mencecah harga RM 9000. Dalam hal ini saya amat terhutang budi kepada Dr. Saari  bin Mohammad Yatim, Doktor Pakar Rehabilitasi dan Ketua Jabatan ini yang sungguh-sungguh baik budi dan penyayang, terutama kepada saya. Macam-macam kemudahan diberikan kepada saya di samping memberi saya rawatan, tanpa bayaran sesen pun. Terima kasih Tuan Doktor!!!

 Kini di pasar raya pun saya jarang turun. Yang turun adalah isteri tersayang yang sentiasa berkorban. Beliaulah yang membelikan segala keperluan saya. Benar-benar bagi saya isteri saya inilah contoh isteri yang solehah. Semoga Allah yang Maha Penyayang juga mengiktiraf dan meredhai beliau demikian. Kalau dulu ke mana mana saya jarang ditemani isteri tersayang kini tidak lagi. Ke mana pergi beliau mesti ada disamping. Beliau tak sampai hati melepaskan saya sendirian, terutama di tempat yang terpaksa menggunakan tangga eskelator. Bimbang kalau-kalau saya tersangkut agaknya.

Seperkara lagi saya tak mampu berjalan jauh. Di samping sakit pinggang, saya takut kaki bengkak dan melecet. Pernah saya tak berhari raya tahun 1432 hijrah, kerana kaki melecet. Di samping itu tidak juga bertarawih di masjid kerana kaki yang kudung itu melecet, dan apabila ia lecet untuk sembuh memakan masa yang lama. Maklumlah saya adalah pengidap diabetes yang kronik. Bukan luka dan lecet kecil  saja lambat sembuh, diabetes saya telah memusnahkan segalanya.
Mata sebelah kanan dah hampir buta. Senjata sulit lumpuh seperti lintah kelaparan lakunya. Saraf telah dimusnahkan oleh diabetes. Berjalan jauh sakit pinggang. Mana tidaknya berat badan seluruhnya tertumpu di kaki kiri. Sedangkan yang sehat pun bila berjalan jauh ada kalanya sakit pinggang jua.

Kebanggaan sang lelaki terkulai jadinya umpama si mawar merah yang telah layu longlai, tanpa jirusan setitis embun pun layaknya. Demikian, demikianlah anugerah Allah kapada saya yang terlalu rakus mamakan apa saja, di kala muda dan remajanya. Nasi, nasi, nasi, saban hari, saban minggu, saban tahun. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Rutin nya sama. Nasi, nasi, nasi, siang malam pagi petang. Riadah nya tiada.
Sunnah nabi, berhenti makan sebelun kenyang tidak dihiraukan. Terimalah padahnya abu aman. Memang engkau sendiri yang tempah apa pakaian engkau sekarang. Usah dikesal usah ditangisi rezeki yang dikecapi kini. Nasi nasi nasi. Semasa di England pun nasi menjadi habuan. Sepanjang dua tahun di sana, nasi tetap jadi makanan rutinya. Agaknya itulah sebab diabetes saya begitu kronik sejak mula dihidapi 35 tahun lalu.

 Ni nak cito sikit pasal cinta seorang isteri. Bila kaki kudung tu melecet, ia melecet di hujung di tempat yang di amputate. Jadi saya memang tak dapat nak merawatnya sendiri. Yang menjadi jururawatnya ialah isteri tercinta, yang saban hari mencuci dan menyapu ubat, sehingga lecetan itu sembuh. Demikian pengorbanan seorang isteri yang amat setia.
 Pagi saya kini memang sudah berubah. Bangun sahaja dari tidur terpaksa menghabiskan lima ke sepuluh minit untuk memakai setokin setokin, empat lapis semuanya, lepas setokin pakai pula lining. Setelah itu barulah pakai prostesis ( kaki palsu) dan barulah boleh ke bilik air untuk menyempurnakan hajat dan berwuduk untuk menunaikan solat. Malam sebelum tidur demikian pula, lagi lima ke sepuluh minit, dihabiskan, untuk menanggalkan prostesis, lining dan setokin, menyapu lotion kepada si kudung pula. Barulah si kudung merebahkan diri untuk tidur. Begitulah rutinnya setiap hari.

Kini ke mana-mana dalam kampung ini, dan ke pasar raya atau pergi makan-makan di restoran, saya berkelambu sahaja. Jarang memakai seluar. Pakai seluar cerewet sedikit terpaksa tanggalkan prostesis.  Jika tidak kaki tak boleh masuk kakiseluar. Sebab prostesis itu tak fleksibel. Ia kaku sahaja.
 MasyaAllah, demikian tamatnya kisah sehari dalam hidupku. Akhirnya, ya Allah ampunilah segala dosaku, hambamu yang lemah ini, juga dosa kedua ibu bapaku, dosa isteriku yang makin hari makin menyayangiku sebagai seorang oku, dosa kesemua anak-anak ku, dosa sekalian orang mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat, dosa orang-orang yang  pernah kuzalimi dan dosa orang-orang yang pernah menzalimiku, ya Allah! ya Rahman! ya Allah ya Rahim, ya Ghafururahim! Perkenankanlah doa ku ini oh yang Maha Agung!!!  Nukilan aab 0815---21092012.



ANTARO TIGO SAHABAT DONGAN AYAM DARO KEK KOPONG


 
Di gerai Nasi Ayam Dara di Kepong. Tiga pasangan setelah menikmati hidangan lazat. Dari kiri: AFY, Zahriman Alias, Mod Zain Mohd Yassin, isteri Mohd Zain dan isteri AFY. Tukang ambil gambar isteri Zahriman.

Tiga sahabat dengan pasangan masing-masing berjumpa untuk makan tengahari di Kepong. Yang anehnya perjumpaan ini langsung tidak dirancang lebih awal. Pukul 11 15 pagi saya teringin nak makan nasi ayam dara di Kepong, lalu terus tel Mohd Zain Mohd Yassin di rumahnya, juga saya tel Ahmad Fadzil Yassin bagi tau saya akan jemput dia pergi makan bersama. Jam 12 15 saya dah sampai rumah Fadzil, bawa dia dengan isteri ke Kepong dan jam 1 00 tengahari saya, Fadzil, Zain dan pasangan masing-masing dah mula makan nasi ayam. Ini tanda 3 sahabat yg ngam dan satu kepala......
Makan sini memang sedap. Kedai ni pun ada sejarahnya. Di sinilah saya mula-mula kenal dan rapat dengan Zain. Satu perjumpaan yg kebetulan. Sebelum tu kami pun tak kenal antara satu dengan lain. Kami banyak berbual kosong di sekitar aktiviti TBSST. Zain tak dapat tunggu lama kerana perlu menghantar anak untuk kursus di BTN.

Seterusnya saya dan Fadzil menyambung perbualan di rumah Fadzil. Kali ini betul-betul perbualan yg kao. Dah lama tak berbual macam ni. Selama hampir empat  jam kami berbual perkara-perkara yg serious tetapi sangat menarik, mengenai pelbagai tajuk yang berat-berat. Langsung tak ada perbualan kosong. Oleh kerana terlalu engross dengan perbualan, white coffee yg dihidangkan jadi sejuk dalam cawan kerana leka berborak. Ada macam-macam tajuk......macam-macam......

 
Kelapo gading? Memang sodap, air eh dan isi eh. Mokasihlah ZA ole-oleh ini. MZMY dapek ese pon dapek. Ese sobolum makan dan Zain lopeh tu. Mokasih daun kolapo, kalau boleh lain kali tak lupo kito.
 

Mohd Zain Mohd Yassin:  Empat  jam? Soghang sasterawan/journalist. Soghang laie Ex anggota keselamata/intelligence officer. Sapo temudugo sapo agak eh ni? kah kah kah

Zahriman Alias: Nanti cubo nak ingat balik bondo-bondo yang kito orang bincang tadi......

Security:Kegiatan pengganas komunis,
kegiatan Communist Underground organisation,

ancaman Communist united Front,
Resemblence of CUF with present day overt orgnisation,
Espionage activities by foreign bodies in Msia,
Targets for espionage activities,
Why msia is targetted by certain particular country,

Court cases:
Whys cases cannot get conviction,
advantages of the defence,
disadvantages of the prosecution,
How laymen should read and understand an ongoing case
Implication of admission and cofession,

Ilmiah:critical analysis of any given raw material
how to evaluate credibality
how to measure degree of accuracy of a certain report
cautions that we should take when reading a report esp newspaper report,
etc,etc......many more
 

 


 

Wednesday 19 September 2012

MAGHI KITO COGHITO TONTANG KOBAU LAK!

 
Kobau kek sawah Ponajih ko ni? Sorry gambar hiasan jo!

 
Wajah Bang Charip anak Wan Lamah. Foto oleh Zahriman Alias
 
Ni cerito maso sei kocik2......ado jiran sei, Bang Charip anak Wan Lamah n Tok Udo yang dopan rumah sei tu.Dio maso tu umor bolehan tahun. kojo eh tiap ari disuruh dek abah eh jago kobau. Hari2 tulah kojo eh. Bawak kobau poei baruh untuk bagi makan. Kobau ni kono dijago, kok tak abih padi orang moh diragut eh. Kek mano rumput banyak di situlah deh ikek kobau tu sampai potang kang.

Bilo potang poei amik balik kobau tu.Bawak poei sungai suruh dio minum dan mandi kali. Lopeh tu ditariklah kobau tu balik ke rumah, masuk dalam kandang....

Masalah eh, kobau-kobau ni, time balik kan men dogel. Kan men payah nak ditarik. Ini yang buek bang Charip bongeh sobab bang Charip nak copek-copek.  Kawan eh sumo nuggu, nak main lagi. Kobau asik tak ondak bojalan. Ghonti tekoncinglah deh, ghonti teberaklah deh......

Itu yang buek Bang Charip nyumpah-nyumpah. Celako kobau ni...!!! BINATANG BOTUL KOBAU NI......keteh. Kami duk golak bosa bilo dio cakap cam tu. Nukilan Zahriman Alias, 20 Sept 2012

Sunday 16 September 2012

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH UTK KELUARGA MOKHTAR YAKOB (TBS'63)


Mohd Zain Mohd Yassin dapat berita daripada Hj. Md Din Hadi :  

Inna lillah hi wainna lillah hirajiun.. Alfatihah..
Semalam saya dapat berita pemergian salah seorang classmate dpd Hj Md Din Hadi. Allahyarham Mokhtar Yakob (TBS’63-seorang duda) yg bermastautin dgn anaknya diAlor Setar,Kedah meninggal dunia semalam di Ipoh semasa dalam perjalanan balik ke Alor Setar.
 
Beliau didapati pengsan didalam bas yg dinaiki. Orang awam telah menghantar beliau keHospital Ipoh tetapi ajalnya sampai disitu dan anaknya telah mengambil jenazahnya utk dikebumikan di Alor Setar.
Atas kehendak Allah jua: Hj Md Din menerima panggilan dari seseorang yg tidak dikenali memberitahunya atas perihal musibah yg menimpa arwah. Dia pun pergi keKg.Tanjung,Kota untk memberitahu abang kpd arwah. Rupa-rupanya abang arwah tu belum pun tahu hal itu. Syukur alhamdulillah beliau mendapat tahu dgn cara yg tidak dijangka.
Ini berita awal yg saya terima dan tidak begitu khusus tentang detail-detailnya. Sekiranya saya mendpat berita yg lebih detail dan khusus, akan saya maklumkan kelak. Saya lampirkan gambar kelas Form V kami dalam mana arwah Mokhtar Yakob adalah yg bertanda dgn bulatan.


Top of Form